we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, September 29, 2010

Happy Graduation Day~

at last... aku bergelar graduan UTM. huhu... bangga seh. setelah 5 tahun struggling mencapai kecemerlangan (tak adalah cemerlang sangat. huhu...), semalam, aku menerima ijazah daripada Datuk Naib Canselor UTM. love his speech! sangat suka dengan Dato' Zaini Ujang. my idol! nak jadi macam dia. even pangkat tinggi gabak2 besar, still humble and berbual dengan students tanpa rasa janggal. suka sangat.

okay2, gambar takde banyak sangat sebab aku tak dapat transfer gambar dari handphone. apa masalah entah handphone aku malam ni. takmo detect USB kabel pulak. ai... time2 teruja macam ni dia masalah pulak. tapi picture hari ini semua dari kamera gerek. huhu... ini dia. walau nampak belakang aku je pun, aku tetap nak tunjuk. ketika, momen aku mengambil ijazah daripada Dato' Zaini Ujang. oh... gabra. aku praktis bukan main kat belakang. tapi bila sampai atas terus blurr. hehe...


ni ketika baru keluar dari dewan. mula2 tu semua orang hilang. parents aku hilang... cikna hilang... gerek hilang... abang aku pun hilang. so, tunggulah sorang2 kat depan masjid. at last, nampak cikna and gerek datang bawak bunga. oh, hepinya! nampak tak muka teruja senyum sampai gusi tu. hoho... dari kiri, from cikna, makayah, gerek.


okay... family picture. without amir. tapi takpe, dah take picture awal2 dengan dia. so tak ralat sangat. orang busy lah katakan... so terpaksalah. still, sangat happy sebab semua ada. plus, dapat pass special. so 5, 5 dapat special place in hall. boleh saya lambai2. hehe...


then gerak ke pesta konvo nak tangkap gambar studio. oja datang beli bunga jugak. oh, my favourite flower! i mean, aku memang target bunga ni. yang aku sebut bunga Majang jual tu. gerek ushar2 tapi salah. jadi... Oja lah pemenangnya! hehe... thanks jah, love you always! ada lagi 2 hadiah tak dapat upload lagi. dari Roy dan KJ and also from Saf. thanks you guys. terharu den...


dan ini makcik kesayangan yanna yang gebu2 mantop jengjengjeng. hehe... cikna. thank you for everything. thanks for always be there for me. love you always forever and ever.


akhir sekali... gambar favourite. angle aku tak tengok kamera baru cantik agaknya. haha... thanks to my jurupicture a.k.a Mr. Gerek de Cuddly Bebeh Cun2 Meletop. kerana menangkap every special moments. slek pulak bateri asyik habis. ish!


okay ni mak kata hadiah konvo. yeay! gambar aje dia kata. aiseh... haha... tengok abang macam jeles je kat aku dapat kereta kan. haha...







p/s (i) : oh seronok... tapi... tak cukup rehat. lesson plan pun buat pagi2. hoho... ni sebab nak update blog, lesson plan tak sentuh lagi. hehe...

p/s (ii) : esok macam tak dapat pulangkan jubah aje... ish, nak ke UTM. mahu ronggeng2. kenapa 2 minggu ni masa macam pack gile? tolong... nak enjoy konvo.

p/s (iii) : gerek balik tak minggu ni? lambatnya you nak datang ambil I. ish... lambat macam kura2. ish lagi!

p/s (iv) : bila jawapan KPM nak keluar ni? oh tolong... permudahkan jalan rezeki aku Ya Allah...






29092010 ~ 9.30pm
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, September 26, 2010

movie review : Devil

hello2... dah pukul 10pm lebih seh... weekend yang amat memenatkan. seriously memang takde rehat. dengan semalam sekolah, then straight away photoshoot kat studio. then beraya. then tak sempat buang air, adik aku dah ajak pergi tengok wayang. haha... and hari ni? the whole day di UTM. photoshoot. capek donk! tapi... puas hati! Encik Daus did a very gooooooddddd job! thank you bebeh. khidmat anda akan diperlukan lagi. hehe...

okay, kali ni aku nak komen pasal movie aku tengok semalam dengan adik aku. DEVIL. hui... tengok preview macam seram kan. plus adik aku kata best gile. so, petang semalam, gigihlah kami ke Jusco Tebrau. wayang start pukul 7.20pm. so ada about sejam untuk jalan2. aku heret adik aku masuk beberapa kedai survey barang2. adoyai... mahal tak larat. time2 ni lah nak nyanyi, "Duit, duit... Di mana kau, Duit..." tak apa, bila ada kemahuan, di situ ada jalan. aku tukar sikit. di mana ada kemahuan, di mana2 ada jalan. kena usaha cari aje. yes! positif bebeh yanna!


back to the point ya. digression pulak aku ni hari ni. okay, cerita ni seram. tapi tahap keseraman dia tu... okay2 aje. if dari 5, aku bagi 2 and half. lagi satu, ada 1 tempat aje iaitu dalam lif tu. so, everything jadi dalam lif. memang ada scene luar2 kat bangunan etc, but tulah... kejadian pembunuhan kat dalam lif aje. so, keseraman pun kurang sikit. and, masa pembunuhan terjadi tu, gelap. lampu padam. so kita tak nampak kejadiannya. tahu2, "Eh, mati dah dia ni?" okay, cerita berkisar pasal 5 orang stuck dalam lif. tak tahu punca lif tu stuck. then 1 by 1 mati secara misteri. lampu padam, seorang mati. guard yang menjaga cakap, syaitan punya angkara. but sebagai polis, takkan nak percaya kan? but akhirnya memang sangat2 misteri and polis tu slow2 percaya. salah seorang dari 5 orang tu adalah devil yang menyerupai manusia. dia memang sengaja pilih 4 orang ni. sebab diorang ni boleh dikategorikan sebagai orang jahat. perompak, pencuri, penipu, and salah seorang terlibat dengan langgar lari. jadi kiranya, devil tu nak bunuh 1 by 1 sebagai hukuman cash di dunia lah. tak payah tunggu neraka. hoho...

okay, after tengok wayang, adik aku sebok nak makan Nando's. aku pun baru first time nak makan ni. so, macam debar2 nak order. haha... last2 aku order 1/4 chicken + 2 sidelines. aku ambil nasi dengan chips. hmm... Kenny Roger's better kot. tapi bestnya Nando's sebab kita boleh pilih kepedasan. sedap jugak. soup dia besarr.... nasib ambil 1 je. hehe...


makanan aku : tak ingat lah nama sidelines dia.


makanan adik aku :


and Nando's ada sos yang dijual dengan harga rm8.90. ada 4 perasa. atau boleh di katakan level kepedasan. ada pedas, mild, extra pedas, garlic. unik jugak ye... brand Nando's sendiri ye kawan2.







p/s (i) : photoshoot dengan Encik Firdaus dan Cik Hafizah. seriously sangat seronok. jakun jugak. sori Daus, aku memang tak pandai melompat. lempar mortar pun aku tak reti. hehe...

p/s (ii) : lagi 2 hari nak konvo. baru hari ni terasa mood konvo setelah melawat Safura di Agora. hehe... sori Saf, bunga kecik aje. Congratulation bebeh!

p/s (iii) : nak bunga yang Majang jual tadi... tadi apasal mahal sangat??

p/s (iv) : tak sabar nak upload gambar kaki kami. hehe... sabar ye kalian. mesti kalian suka tengok gambar kaki. even kaki je pun. lagi2 kaki aku yang cute meletop2 tu. haha...






26092010 ~ 9.37pm
rumah aku ~ bilik aku

Thursday, September 23, 2010

mode : graduation day~

hai2 kalian2 readers According To Yanna... terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati saya ini walaupun saya asyik merepek aje dalam blog kesayangan saya ni... terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian kerana memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dan ikhlas lagi jujur dan amanah. dan juga kerana tidak menjadi 'judgmental' terhadap penulisan saya yang merepek meraban ini. oh kalian! thank you, thank you. i love you guys very thee..... hoho... (ni konon2 macam terbayang diri sendiri dekat rostrum sambil memberi ucapan sempena menerima degree. kakakkaa... konon... layankan yek kawan2)

okay, entri kali ini bukan nak cerita sangat pasal konvo. tapi nak cerita pasal perjalanan aku sampailah dah nak konvo ni. he... tapi seronok kan nak konvo. baju baru, kasut baru, tudung baru. mortarboard baru. hehe... apa perasaan mak ayah ek? diorang ni kurang expressive. aku tahu diorang bangga. tapi macam hajat di hati nak tengok lebih. hehe... okay2, ni aku nak cerita pasal aku time sekolah ni. my beloved school; SMTJB. my classmates :


aku sayang sekolah aku ni. yelah, sekolah ni skema. ramai tak suka kena pressure belajar but aku suka sekolah tu. sekolah tu membuatkan aku rajin belajar. sambil mengarut cara skema. hehe... aku kat sekolah baik. tapi biasalah, takkan skema sepanjang masa kan? and nakal aku tu tak extreme lah. orang boleh kata aku tak nikmati zaman nakal sekolah. tak ponteng, tak skip class. but entah, tak regret pun. he... cukuplah dengan kenangan yang dapat tu. nakal tu pun dah cukup.

gambar kat atas tu time kelas kitorang pergi KL. masa ni form 4. baik2 je muka kan? ni dajal masing2 belum keluar lagi ni. hehe... aku mane satu? cari2... sori picture kecil. ni pun grab from FB member. he... dan salah satu sebab aku suka sekolah ni, mestilah sebab jumpa gerek. hehe... but actually, aku suka sebab aku ada kawan2 yang mengong. meh aku listkan kawan2 aku and apa aku buat dengan diorang.

oja : yang makcik ni tak usah cakap. aku dengan dia since darjah 1. then pergi sigs. then pergi tijb. then pergi matrikulasi johor. then pergi UTM. ohoi... kawan kesayangan sampai aku takde nyawa.

mazuin : dia ni lembut aje. aku rapat dengan dia bila masuk PBSM. dia jadi SU. aku jadi KEPOCI. so ikut dia pergi mane2. kikiki...

dayah : minah ni tak usah cakap lah perangai kebudakan aku memang habis keluar. kitorang main kejar2 keliling kelas. sampai matrik pun sama. berkejaran satu aras. suara gelak je lebih. lari slow je. haha...

jiha : minah ni selalu jadi bahan kitorang kenakan. sebab dia paling rendah. nanti kitorang letak dia paling tepi. ikut turutan kan. then bila nak tangkap gambar kitorang cakap, "Jiha, tutup gigi. silau" hehe... gigi kapak dia besar. tapi bukan jongang okay.

ada beberapa lagi yang aku rapat. tapi dengan mereka berempat ni lah yang paling aku rapat. oh rindu mereka... dengan diorang lah kitorang ngumpat budak2 lelaki kelas kitorang. kikiki... sulina, salha, baby, israj. belakang aku zul, bai, isyqi dengan siapa sorang lagi? adehai... lupa pulak. dulu time sekolah, hal aku dengan gerek macam rahsia besar konon. hehe... yang tahu beberapa orang jelah... shahida dan mereka2 di atas ni... sama2 kutuk jari ados macam perempuan. sama2 kutuk gai. kikiki... jihan yang momentum.

hmm... post ni macam tak ada arah tujuan but aku nak highlightkan yang perjalanan kita adalah penting untuk menentukan hala tuju kita. and aku bersyukur, setakat ni perjalanan aku lancar. kalau ada masalah tu macam mengajar aku perlahan2 yang kehidupan ni tak semuanya manis. dan cabaran tulah yang kita ambil sebagai pengajaran supaya tidak melakukan kesilapan yang sama. dan tanpa cabaran nilah, kita takkan sampai di mana kita berada sekarang. alhamdulillah... dan tak sangka, it has been 7 years since we left school. bila tengok angka 7 tu, terus terasa tua. ai...





p/s (i) : kecewa tak dapat round pesta konvo. hujan turun dengan lebatnya. okaylah dapat makan ayam penyet. hehe... tak dapat pinang, bibik pun jadilah. oh tiba2 teringat SB. *kecur....

p/s (ii) : disebabkan hujan dan terlampau excited dengan pesta konvo, aku terlupa nak fotostat handouts nak bagi students esok. aiyo... dahlah printer kat sekolah rosak. ish2... rugi2.

p/s (iii) : nak ambil pakej yang mana ni... confuse2... tapi tawaran yang menarik tertarik memang da bomb!

p/s (iv) : gerek tak balik sebab aku... dia nak balik minggu depan sebab ex-bos dia buat open house. perlu kecik hati tak?





23092010 ~ 9.07pm
rumah aku ~ bilik aku

Monday, September 20, 2010

coffee testing di Starbucks, JJ TamanU

hello you all... if you read the previous entri, intro tu aku cerita pasal ambil jubah then ber'hanging dengan cik hapisang, cik safura and incik daus di SB kan? then aku ada sebut pasal coffee testing kan? jadi... entri kali ni aku nak story pasal experience kitorang ber'testing kopi di sana. hoho... new experience. once in a lifetime. ala2 beli perfume mahal2 gitu. nak bau2 perfume ada kena bau biji kopi. oh, terasa macam orang kaya. huhu...

oh tapi mahu di terangkan di sini. coffee testing tu, kitorang hanya test 1 coffee je. Pike Place Roast Coffee. kejadian dia macam ni... after ambil jubah, beratur panjang tak larat, peluh berkuah2... kitorang pun menuju ke Jusco Taman U. aku and piza dah menggeletik nak SB. aku lagilah lama tak dapat. nak pergi minum sorang macam tak best aje kan? so cik hapisang tekad nak bertanya keberadaan Azim - our favourite SB maker. dah kepoh2 berbual2 dengan Uncle Hisham - the SB JJ Taman U manager. then nampak diorang kemas2 meja area depan tu. kitorang pun buat muka macam kepoh2 ni... Uncle Hisham pun bertanya, "nak join ke? coffee testing?". aku dengan piza tak pikir panjang. angkat HP, beg terus meninggalkan cik safura dan incik daus and join the baristas. hehe... lupa daratan sebentar. sori saf, aku excited nak try coffee.

okay, these are the baristas that day... Encik Hisham, Encik Fizi dan Cik Balqis... aku sangat suka SB di mana2 di JB ni sebab diorang amatlah peramah. especially Taman U lah. our favourite haven. teringat memori silam. tension je, inilah tempat aku. tenang seh kat sini. even sorang2 pun aku boleh layan kepala sendiri. tak percaya? tanyalah encik daus yang pertama kali menjejakkan kaki tapi sudah merasai ketenangan itu.


then, the coffee testing. i'm not sure kenapa diorang buat coffee testing tu. not sure jugak whether Pike Place tu brand new coffee. diorang cakap yang every coffee from different regions have different kind of taste. aku paling ingat Tanzania coffee. ada rasa berry sikit sebab kat tanah tanam coffee tu, diorang tanam berries jugak. so buah2 yang jatuh kat tanah akan menyerap ke akar pokok kopi. so affect the taste also. unik kan?


ha, ni pulak special preview oleh Kak June - manager for Malacca and Johor. hebat kitorang duduk semeja dengan orang besar SB. kikiki... tapi sangat humble. suka! okay, ni ialah instant coffee from SB. dia kata dikeluarkan 4 sachets je sekarang ni untuk preview. dia kata ada 1 jenis instant ni yang takde sugar. so kita tambah gula sendiri macam menepati citarasa sendiri lah. takut bila instant ada yang manis sangatlah... tawar lah... nama instant coffee SB ini ialah VIA. komersial jugak kan nama dia?


okay, experience aku test coffee ni. at first dia suruh bau kopi tu then imagine the smell. apa yang kita dapat bayangkan? aku ada bau macam kacang2 sikit. yang lain kurang dapat. haha... then Kak June cakap, if masa betul2 panas tu kita bau, kita akan dapat floral scent. tapi kena betul2 panas lah. dia kata, bau tu kita kena cari. sometimes kita bau just bau coffee. actually there's more in smell of coffee.

then taste the coffee. aku tanya ada gula tak dalam coffee ni? diorang suruh taste ajelah. hui... menyengat. walaupun tak pahit sangat but still, rasa yang tak familiar. lama2 dia macam nice. tapi aku agak kecewa sebab aku memang tak boleh minum black coffee. macamane nak diet ni?? then... diorang suruh try dengan beberapa makanan pulak. first is the choc. tujuannya macam nak tahu rasa choc tu affect the taste tak? aku suka. macam the combination melt dalam mulut. nikmat je rasa. then dengan cinnamon. aiyo... bau dia... belum minum dah rasa perit. hehe... then dengan susu. hmm... dengan susu macam tak ada effect sangat.

he... itu sahaja cerita pasal coffee testing. new experience. bukan senang dapat. lainlah kerja SB or Coffee Bean or Gloria Jeans kan? memang semalam had a great day. bermengong berempat. hehe... new experience, new information. next mission, hunting for azim. haha...

*ha, a highlight here! attention to all According to Yanna readers. di kesempatan duduk semeja dengan orang besar SB. kitorang pun tanya pasal isu halal SB ni. sebab coffee bean ke... gloria jeans ke... tak pernah pulak dengar pasal isu halal. so Kak June menerangkan. dengar baik2 korang2. STARBUCKS MALAYSIA ADALAH HALAL! yeay! jangan ragu2 lagi. dia kata ni semua strategi competitors diorang. bila SB naik mencanak, tiba2 keluar cerita ni. Kak June mengesahkan, semua barang2 diorang memang through JAKIM. even VIA tak keluar lagi sebab sedang di proses JAKIM. jadi, ni strategi orang2 dengki, busuk hati, cemburu dengan kejayaan orang lain. eh dude! bersainglah dengan sihat. nak tikam2 tu kenapa? tension aku!! tension2, jom pergi SB. hahaha....*

okay, picture of the day... dari kiri, Richeal, Yanna, Daus, Kak Wiwi, Piza, Muni.






p/s (i) : sorry korang... mood aku sedang amat baik. sampai orang cerita benda sedih pun aku senyum. aku ni kurang fokus dan empati sungguh. sorry... bukan sengaja. datang dari hati.

p/s (ii) : bila mak nak pergi Singapura seh ni... nak beli perfume apa pulak kali ni? and nak jalan2 shopping complex pulak. asyik tengok kain langsir mak aje. hoho...

p/s (iii) : esok, first day teaching after 2 weeks break. adeh hai... nak ngajar apa? sakit pinggang dan bahu aku menelaah workbook. kalah budak sekolah. huhu...






20092010 ~ 10.55pm
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, September 19, 2010

happy belated birthday sayang... ♥

hello2... baru lepas ambil jubah dan ber'hanging dengan cik pisang, cik saf and incik daus. letih gelak and letih minum kopi pahit. hoho... apa pun, dapat size yang di ingini tanpa cacat celanya. dan dapat ber'SB setelah sekian lama kepingin. hari ni ambil java chips after trillion time ordering choc cream chip. hoho... and seronoknya coffee testing with the baristas! a new experience. thanks to Kak Jun, Uncle Hisham, Fizi and Bal. our new friends at SB Jusco Taman Universiti!

okay2, hari ni actually nak cerita pasal birthday gerek aku. hoho... yang telah terjadi pada tanggal 11September2010 bersamaan 2Syawal. birthday gerek yang ke-24. oh hoi... tahniah yang, u dah dewasa. hehe... tapi di sebabkan raya, kami sambut secara berjauhan. hoho... aku di KB, dia di Pontian. dan betapa bengongnya aku, siang 10Sept tu bergaduh sebentar dengan gerek. aku merajuk over2 dan malam tu aku tidur awal konon nanti detik 0000 11Sept aku bangun wish. tapi sedar2 dah pukul 2am. hoho... sorry again bebeh. bukan sengaja. letih beraya kan. and bukan merajuk. serius time tu tidur tak larat dah badan2 ni.

jadi akhirnya... setelah 8 hari berlalu, aku baru nak menulis di blog ini perihal hari ulangtahun gerek yang montel2 gebu2 meletop2 dan mantop2 itu... sorry yang, walau apapun, niat untuk menulis memang ada. tapi mood raya kan. so i tulis pasal raya dulu yek. u tak marah kan? u sayang i kan? u sayang i lebih kan? i tahu tuuu... thank you yayang yang montel. lalala~

okay, lihat gambar ini dengan teliti. dengan teliti ya. jangan tenung over pulak. aku marah okay.


soalan : siapakah gerangan orang di dalam gambar ini? A. yanna. B. gerek. jawapan anda? of course lah gerek. tak pakai tudung tu kan. ish korang ni... hehe...

korang rasa kan, muka kitorang sama tak? aku pernah jugak terdetik macam sama. but tilik2, macam lain. sekilas tengok gambar dia, tiba nampak muka aku. aiseh... muka aku macam lelaki atau muka dia macam perempuan? huhu... dulu makcik aku pun sebut muka gerek macam aku. aku tilik lagi. adoi... muka aku ni tak hensom lah ek maknanya? tapi... muka gerek aku cantik kan? macam aku. kikiki... (siapa tak ngaku, dia jeles... lalalaa~)

di kesempatan ini... saya ingin mengucapkan syukur kerana diberi peluang untuk mengenali gerek saya. gerek saya yang memahami, penyabar, sweet dan suka gelak pada lawak saya yang kasar, over dan tak kelakar. pandai jaga hati saya. hoho... semoga you are really meant for me. hope you are still the one i see after my prayer. insyaAllah... Aminn...







p/s (i) : dah ambil jubah. semua size yang di ingini tercapai. ish, macam gabra nak naik pentas. nanti macamane agaknya rupa aku yek. hehe...

p/s (ii) : experience Coffee Testing with Starbucks Baristas was awesome! tapi aku tak tahan pahit seh. menyengat sampai telinga tuuu... i need sugar. i can't black coffee. hoho...

p/s (iii) : malasnya nak pergi sekolah esok... ohoi... kerja tak siap lagi. terasa macam zaman sekolah. dah nak habis cuti sekolah baru mengadap homework. he...






19092010 ~ 6.11pm
rumah aku ~ bilik aku

Wednesday, September 15, 2010

raya kedua di KB =)

hai2... setelah beberapa hari, baru hari ni berkesempatan nak cerita pasal raya kedua di KB. huhu... seperti biasa raya kali ni, lepas subuh terus tak tidur. aku online kejap. cikna pulak sambung online untuk mengupload pictures. huhu... dengan lajunya cik hapisang mengkomen. so seperti biasa, cik baydah keluar dulu ambil enda. then kitorang pergi ambil tokyam.

destinasi pertama, rumah loya. hoho... rumah lawyer. kedudukan tidak dapat dikenalpasti kerana saya memang buta sikit jalan2 di KB. tahu2, "Eh, dah sampai?" terus keluar, masuk rumah, makan. haha... okay, mari story sikit pasal lawyer ni. orang kenamaan. hebat. katanya lawyer terhebat di kelantan. kesahihannya, saya tak tahu. nama dia, Datuk Shukri Mohamad, Penasihat Undang2 Istana Kelantan. pasal pemasyhuran Sultan Kelantan tu, beberapa kali dia keluar paper. masa former Sultan Kelantan masuk hospital di Singapura, dia pun susul untuk update dengan Sultan.

rumah dia amat besar. dan amat cantik. okay, aku tunjuk satu sudut je. tadaaa... cantikkan? kanak2 sedaplah mandi. kita sekali kuak dah sampai lah. tapi still nice kan?


ni kan depan pintu masuk rumah dia. semua macam tak ready lagi tapi cameraman tak bertauliah kan. he... okay, ya, x5 belakang tu Datuk punya.


ni kitorang bersama2 Datuk dan Datin. diorang sangat humble. nenek sedara aku yang tudung peach tu. Datuk and Datin kata, diorang perlukan orang2 tua kat rumah diorang sebab diorang dah takde orang tua, takut anak2 tak pandai hormat orang tua. so nenek sedara aku ni as replacement lah. humble kan?


my favourite pic. kazen aku, aku, cikna, abg aku. aku pikir aku gelap pakai tudung shocking pink. cute pulak nampak. ala2 manja gitu gaya... auw. love it!


picture ni pun i suka. enda with all the girls. aku paling muda lah. tapi mak ni... dia sebok nak suruh orang ambil handphone dia pulak. aisey man... mak...


after pergi rumah Datuk, pergi rumah bapa sedara aku pulak. area mane jangan tanya sebab i seriusly tak tahu. hehe... makan nasi beriani ikan. oh, my favourite. aku tak suka nasi beriani. but nasi beriani ikan i suka. ada banyak dessert. cream puff, cupcakes, puding mango, custard, caramel. wow... anak dia masak sendiri. syok2. sorry takde gambar sebab kelam kabut ketika ini. kitorang berpecah. aku pergi wedding kawan di Pasir Mas. yang lain di perjumpaan family di Pantai Chinta Berahi a.k.a Pantai Cahaya Bulan.

oh, poji amat cantik. simple but really nice. tema dia... confuse sekejap. merah putih but ada hitam sikit. alhamdulillah, takde aral pergi rumah poji. orang kata jalan ke Pasir Mas jem but masa nak pergi tu clean and clear. tahniah poji!


malam tu, open house kat rumah pakcik sedara aku seorang lagi. hmm... pictures banyak but takde yang cantik. cukup aku katakan, kitorang menikmati serati malam itu. adoi, cedap! apa itu serati? sila google ya! and before balik rumah, aku, cikna and boy singgah sebentar di Kemaman Kopitiam. makcik aku kata kopi dia kopi haipeng. hui, penuh orang... tapi kureng sikit best dia sebab roti dia tak cukup panas. but layanan, first class! diorang memang best!







p/s (i) : cantikkan baju raya kedua aku? aku nampak cute... lalala~ (cemburulah tu....)

p/s (ii) : at last, kat JB. after 8days di perantauan. hoho... tapi masih kecewa kerana tidak dapat menempah. hmm...

p/s (iii) : oh, rasa nak deman. hidung sakit... selsema... telinga pun sakit. adeh hai... musim raya, bertukar cuaca. KB redup... N9 gile panas terik nauzubillah... JB? esok kita tengok ya.

p/s (iv) : Selamat Hari Malaysia, negaraku... <3






16092010 ~ 12.47am
rumah aku ~ bilik aku

Sunday, September 12, 2010

raya pertama di KB... =)

hai2 semua... hari ni dah raya ketiga seh. cepat sungguh masa berlalu. dan beberapa hari lagi sudah naik sekolah. huhu... kerja yang ditugaskan belum sentuh pun lagi. ohoi... bagaimana ini? macam dah start malas nak pergi kerja seh. haish, ini profesion yang saya pilih untuk saya jalani seumur hidup. berusaha!! cita2 saya nak jadi Pengarah Pelajaran Negeri boleh tak? asyik semua lelaki aje...

okay2, back to the point. nak cerita pasal hari raya pertama saya di KB. huhu... tahun ni kami sekeluarga raya di KB. sejak beberapa tahun yang lepas, asyik raya JB aje then balik negeri sembilan. okay, mak saya orang Kelantan, ayah Negeri Sembilan dan saya adik beradik lahir di Johor. ala2 pan asian gitu... anak kacukan. kikiki... after 1 whole day, almost 13 hours driving, tibalah kami ke KB. huhu... kurang leper bontot berbanding menaiki train. train............ undescriable. will never go back to KB taking train again. dekat2 boleh lah. perjalanan dia lagilah... almost 15 hours. kalau naik flight agak2 sampai mana dah?

okay, pagi raya bersolat raya di Masjid Negeri dekat area rumah makcik aku. jalan kaki aje. hui... penuh masjid. memang solat di hujung2 pintu ajelah. then selepas salam2 dengan mak ayah, cikna, cik baydah... kami menuju ke rumah makcik aku seorang lagi. berhari raya dengan tokyam pulak. tak ada pictures sangat kecuali ni. abang aku berlagak dapat bagi duit raya kat tokyam. heh! maafkan penampilan abang saya ye. dia kata, "Rupa abang macam Hang Tuah tak?"


then, gerak ke rumah atok2 sedara. stop yang paling lama di rumah kakak mak aku. sebagai sulung, rumah dia macam tempat berkumpul lah. taking2 pictures family. ohoi... mulatnya muka saya. gile mulat. apakan daya... muka memang mulat... uhuk2...


dan, last stop sebelum pulang ke rumah ialah rumah nenek sedara aku. taking2 picture dengan vespa tok jantan aku. hoho... the right pronunciation is = tok jate. hehe... ni aku dengan kazen aku.


ni pulak miss mokna lagilah amat berangan2 dengan adik aku. huhu...



balik rumah dah dekat pukul 12am. gile penat dengan baju yang sama sepanjang hari. poloh2 bebeh... baju licin macam kurang pengudaraan. dengan tudung lilit yang adeh hai letih nak jaga. huhu... apa pun, aku still dapat duit raya. gerek ajar bila orang tanya dah kerja ke belum begini jawapannya... "Belum lagi... baru habis belajar... tapi sekarang jadi cikgu ganti aje." kiranya kena state yang anda belum bekerja okay. huhu...






p/s (i) : hari ni makcik aku buat open house. cikna membuat hati kering dengan tidak mahu menolong. yeay! boleh berjalan2. kalau tak, kena stay rumah aje. esok sudah mahu pulang ke N9 pulak.

p/s (ii) : hari ni pun mahu pergi tempah. hopefully kedai dah buka. beli tudung untuk cik hapisang jugak. muroh2... yang penting kualiti mantap!

p/s (iii) : teringin makan kepak ayam macam cerita2 omputih. kepak ayam tu macam KFC bagi diorang... nak kepak ayam yang pedas2...







12092010 ~ 8.47am
rumah cik baydah ~ kelantan, KB

Monday, September 6, 2010

nasi Maqlubah from Jordan y'all~

hai2 semua... macam... it's been a while aku tak story about makanan kan. well... apakan daya, sepanjang Ramadhan ni menu aku berbuka biasa2 aje. yelah, adik aku takde di rumah. yang ada just mak ayah aku and aku. makanan berbuka pun asyik tak habis aje. 1 mug beras untuk berbuka dan sahur pun tak habis. tu yang mak aku masak biasa2 aje. tapi semalam... adik aku ada. cikna pun balik. so... nak try nasi Jordan yang ayah suka banget itu.

as typical sunday, surelah nak bangun lambat kan. bangun2 tu siap2 tunggu zohor (so boleh anggar aku bangun pukul berapa), then bergeraklah kami. destinasi pertama ialah rumah impian emas. nak tengok progress. hmm... dapur agak slek di sebabkan ayah nak tingkap yang amat besar. huhu... kabinet dah tak boleh letak kat dapur. kedudukan peti sejuk pun dah awkward. aiseh... bilik aku? okay setakat ini. hopefully dapat wardrobe seperti di harapkan. then melawat rumah jiran baru jap. sangat suka bilik anak dia!!


then, singgah setia tropika sebentar berjalan2 dan jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 4pm. hoho... ayah kata, terus ke bazar kampung melayu ye. nak beli nasi arab. even baru pukul 4pm, bazar ni dah pack dengan manusia. seriously... kalau kat larkin tu macam area 5pm. so, terus menuju ke destinasi. sebab takut kena tunggu lama. inilah dia nasi arab yang asyik di war2 kan itu. Jordan Cafe; Nasi Maqlubah and Mandhi. sampai sekarang aku tak tahu mandhi tu apa. nak tanya segan. huhu...


ada 2 choices; kambing dan ayam. favourite kami of course lah kambing. hui, mantap! aku tak suka nasi beriani or nasi minyak. but nasi ni... entahlah ek, aku boleh makan dengan banyaknya. and, penjualnya tidak kedekut. 1 bekas tu rm8 but if nak tambah nasi lebih sikit, for free okay. best gile. and 1 box tu, kitorang boleh makan bertiga. serious sangat banyak. yang makan banyak tu tidak masuk dalam pernyataan di atas. anda kena beli 1 box makan seorang2 lah yek. he...


and adik aku pun berkata2... "padanlah laku... pekerja dia cantik2". hoho... tak semestinya okay. hari ni je yang aku pergi budak 2 orang cantik itu ada. before ni lelaki yang jaga. huhu... syukur... adik aku cakap perempuan tu cantik. and mereka bertudung. he... i like...


okay, ayah pun sebok nak enterframe. orang nak letak dalam blog. dia sebok nak bergambar pulak. and aku and cikna dah macam paparazzi dah taking2 picture. sampai abang kedai sebelah cakap, "awak, saya pun nak masuk tv3". huhu... sori kalian, kami memberi harapan palsu dengan mengambil2 gambar anda. hoho...







p/s (i) : hari ni ke blue wave. uhuk2... nak msuite. cik hapisang... ke manakah tujuan kita? can't wait. lebih2 lagi anda sambung until posting. so, kita masih berjiran. he...

p/s (ii) : esok gerek pulang... have a safe journey. i'll wait for u at home.

p/s (iii) : sudah dekat untuk berhari raya. mood masih berpuasa. aiseh... tolonglah mood raya. sila datang... maybe mood konvo lebih kuat kot. hoho... dan mood nak memberitahu mereka. aish cuak!






06092010 ~ 4.15pm
rumah aku ~ bilik aku

Friday, September 3, 2010

Aqiel... Shmile... ~

hai2... sudah hari ketiga september seh. hari lahir teman saya, Cik Nur Intan Baizura. happy birthday dear. miss u alot. miss your jeling. miss your sengau. miss your gelak jantan. miss hanging around doing nothing. miss gossiping with you. miss going to class with you. miss seeing you moody. moody you cool. hehe... miss gelakkan cara kawat kaki you. apa lagi? he... miss you lah bebeh. miss so7 and dewa19.

back to the topic ya... huhu... nak cerita pasal anak buah aku seorang ni. my nephew. Aqiel Ilham nama dia. korang pembaca setia According To Yanna sure dah tahu nama dia. hehe... yelah, aku asyik sebut aje. Aqiel lahir pada 2 Januari 2009. maknanya tahun ini dia berumur 1 tahun lebih. masa dia lahir tu, umur kakak dia; Irdiena belum cecah 2 tahun. hehe... aqiel lahir 2 januari 2009. diena lahir 4 januari 2007. masa abang jan sebut nama baby boy baru lahir tu Aqiel Ilham Iezal (Iezal tu nama abang jan : ayahnya), aku tanya abang jan... apa maksud nama tu? balasannya :

Aqiel = bijak, pandai
Ilham = ilham, isyarat yang baik
Iezal = abah yang hebat

hadoi... kelakar sungguh jawapan akhir itu. aku mintak maksud aqiel ilham aje. hehe... aqiel still tak boleh bercakap. boleh words je. belum pandai sentence construct. tapi gigi aqiel tumbuh masa dia 6 bulan. cepat tak? he... tumbesaran yang cepat dan sihat. dulu, diena dengki sikit dengan adik dia. tapi sekarang aqiel pulak yang buli kakak dia. di pijak peha diena, tarik rambut kakak dia. huhu... ganas2.

okay, pasal aqiel ni 1 benda aku suka tangkap gambar dia. bila aku sebut, "aqiel.... smile..." dia smize. bak kata tyra. smile with your eyes. huhu... siapa2 yang tengok ANTM sure tahu perkataan 'smize'. pendrive aku tak boleh detect pulak kat komputer ni. so ada picture ini aje.

picture 1 yang pernah aku post sebelum ni.


picture 2 masa jumpa dia di The Zon hari tu.


picture 3 juga di waktu yang sama.


picture 4 ketika dia main merry go around dengan kakak dia.


picture 5 pun ketika bermain merry go around.


picture 6 main benda lain pulak. motor ya.


hehe... aqiel ilham yang shumil2... kena belajar smile ni. kot2 mintak tolong orang tangkapkan gambar. sebut smile... dia pejam mata. tukang ambil gambar lari bersama2 kamera kita. hehe... digicam takpe lagi kot. kalau dslr? nangis... hehe... aqiel sayang, senyum macam kakak diena ni. sweet... diena pulak jenis smile mulut lebar gitu. he...







p/s (i) : sudah tamat hari persekolahan sebelum bercuti raya. oh, ngantuk gile ni. lambat sungguh nak perah otak taip blog ni. cepat2 nak tidur. huhu...

p/s (ii) : takmo gerek balik minggu ni. cian dia... tapi takut selasa tak dapat jumpa. hm... makin lama makin payah berjauhan. auw!

p/s (iii) : lekat dengan panggilan ustazah di kalangan pelajar2 tingkatan 1. wa ilal liko'.

p/s (iv) : esok ke bukit indah. moga2 boy mahu join. ada teman. he... oh... mahu SB. mahu banget. mahu ya... tulung...

p/s (v) : saya mahu kurus... hari raya... tolong jangan hidangkan makanan2 kesukaan saya okey everyone. mintak jasa baik anda semua. tolong~







03092010 ~ 2.43pm
rumah aku ~ bilik boy

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com