amaran : sape yang menyampah dengan tajuk aku, jangan baca. aku tau korang jeles. haha...
okay, entri kali ni nak cite pasal gerek saya yang teramatlah busy. dua minggu dia ke jerantut. outstation lh orang2 bekerja cakap. saya ni macam surirumah lah. nak ikut tak boleh. kena jaga anak2 gitu. hoho... dahlah seminggu lepas dah pergi. minggu ni pun pergi jugak. nak marah... tak boleh. tapi dia marah saya ada. mengarut sungguh. suka2 hati je nak marah saya yang baik ni. huhu...
so, dek kerana windu and tak dapat lepak same2 lama2 setelah sekian lama, saya pun mengorder cupcakes (passionku dari dulu sampai sekarang) dari maziah. iya... maziah, cik pembuat cupcakes kegemaran saya tu. dia datang jb untuk jumpa buah hati dia and cari keje kat sini. so, dia pun hantarlah cupcakes pada saya isnin lepas...
makan2 dengan gerek. piknik bawak blok dengan kfc and cupcakes. amy tak join sebab dia puasa and pergi pasar malam dengan sheela and ana. saya tak bolehlah ikut sebab saya tengah dating. after makan2 tu, gerek hantar ke bilik kongkeng2. bawak sekali cupcakes. diorang baru lepas makan durian. semerbak gile bilik diorang. tak tinggal seulas pun untuk saya. mesti piza habiskan semua. mesti punyalah... huhu...
p/s : gerek on the way balik. adik aku pun... hm... nak balik rumah hari ni ke esok? di dalam dilema.
10072009 ~ 3.52pm
bilik aku ~ g17-217



ok, ini shuha. bila terpelat panggil shusha. patin panggil dia soha. kadang2 soma
ni pulak gambar masa dinner crew hari ahad lepas. even hujan turun dengan lebatnya, kami masih bersemangat berjalan kaki ke tasek UTM dari KRP okay. even ada lah sorang budak tu taknak join sebab takde vest. dia kata takpelah kitorang pergi bertiga. tapi yang peliknya, bila aku semangat nak pergi tanpa dia, dia tak bagi pulak aku pergi. pelik kan budak2 zaman sekarang ni? mari kita panggil dia;


