yanna no yatt? dalam bahasa jepun, 'no' tu maksudnya 'punya'. macam kepunyaan lah. jadi 'yanna no yatt' tu maksudnya 'yanna punya yatt'. hehe... yatt tu dulu panggilan manja untuk gerek. maksud dia? adalah... hehe...
we were made for each other...
EVERYTHING ABOUT YANNA
Sunday, November 29, 2009
hari bersama 'yanna no yatt'
Saturday, November 28, 2009
~selamat hari raya aidiladha~
hari ni (28nov2009, sabtu), hari yang amat meriah dan memenatkan untuk kami sekeluarga (kecuali boy sebab dia tak sehat and tido je. if penat pun sebab kena dukung diena. huhu...). hari ini, hari kedua raya korban dan parents aku ada buat korban belakang rumah. kan lembu 7 bahagian, so dia share dengan ex-pengetua SMTPJB dan kawan dia. dan disebabkan korban lembu di belakang rumah, rumah kami buat sedikit makan2. tukang masaknya (seperti biasa) : MISS ZURINA.
Tuesday, November 24, 2009
2nd lesson swimming class
semalam (isnin, 23nov2009), aku dan piza sekali lagi menghadiri kelas berenang. kali ni nak buat pagi, sebab kena balik naik bas. gerek pergi jerantut. kalau petang, lewat pulak nak balik kan. so, dengan semangat waja nya kitorang sampai UTM around 9 lebih. sekali dapat tau, kolam bukak pukul 1pm. adeh mak... lama tu nak tunggu. so, buat keputusan pergi kolam taman ungku tun aminah. nauzubillah... kotor. but kerana semangat, kami teruskan dan mengabaikan yang lain. he...
Friday, November 20, 2009
1st lesson swimming class
semalam (khamis, 19nov2009), aku dan piza menghadiri kelas pertama berenang kami. he... punyalah semangat. kelas start pukul 4.30pm, aku keluar rumah pukul 3.15pm sebab nak pergi ambil piza, pergi UTM ambil kickboard dari Dr. Anizu dan straight ke swimming pool Taman U. excited walaupun hari hujan.
Friday, November 13, 2009
outing day with HAFIZAH!!
dari kiri : hafizah, yanna
pisau cukur amat best! pasal intan berkawan baik dengan bella. diorang ni aim orang2 kaya je. intan ada sugar daddy; datuk salleh. bella baru kalah dalam competition. macam2 terjadi atas cruise masa bella nak ngorat seorang datuk. dia jugak berkenalan dengan seorang budak gigi besi yang rupa2 nya anak orang kaya juga. suka dialog fazura, "oh my gucci, oh my prada, oh my louis vuitton, oh my dior"... memang best lah. dari 10 aku bagi 8 bintang. hahaha... syok2. ni gambar sebelum wayang start. kikiki... macam minah jakun 2 orang ni.
dari kiri : yin, yang
dan ini, wayang yang aku tunggu tahun depan release; CIRQUE DU FREAK... yeay! darren shan my favourite. vampire again. kisah darren shan yang jadi vampire atas syarat yang dikenakan oleh seorang vampire yang dia jumpa di sarkas freak. menjadi vampire pada usia muda dan terpaksa berpisah dengan family. best... banyak sambungan dia. ada 10 atau lebih kot. tak ingat. i've read all books. best! 1st vampire before i know edward cullen. pontianak di hati. hahaha~~
peringatan : kiri tu bukan vampirenya. kanan tu yang vampire. haha... kiri tu nenek kebaya.
p/s : lepas balik, pergi shopping dengan mak ayah. yeay! hari yang seronok walaupun ada sedikit gangguan perasaan berlaku selepas habis pisau cukur. tapi takpe... naik bas! best!
14112009 ~ 12.15am
rumah aku ~ bilik aku
Tuesday, November 10, 2009
SPA atau UEM?
wah.... di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada gerek saya; MOHD AZUAN BIN NGADIMI kerana telah berjaya dalam dua temuduga yang telah dia hadiri. gerek saya telah menghadiri temuduga SPA untuk jawatan PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA pada 15sept2009 lepas di Hotel Puteri Pan. temuduga untuk UEM Land pula adalah pada 3nov2009 untuk jawatan GIS Executive.
Sunday, November 8, 2009
food festival~~
hari ini adalah hari jadi CIK HAFIZAH BT ABD HADI. di blog ACCORDING TO YANNA milik saya ini, saya ingin mengucapkan selamat hari jadi. semoga anda panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. moga di temukan jodoh dan berkahwin pada umur yang anda inginkan. segera mendapat anak (bunting pelamin lagi best). moga dapat belajar setinggi yang anda harapkan... dan yang penting, semoga persahabatan kita kekal selamanya. thanx in every single way of a friend. haha... ini hadiahku untukmu...
p/s : agak2 gerek dapat call SPA tak esok and diorang bagitau result tak? hmm... tunggu jelah.
08112009 ~ 9.12pm
rumah aku ~ bilik aku
Friday, November 6, 2009
~happy 1900 days~
haha... hari ini, genaplah ae (stand for azuan and eliyana) yang ke 1900 hari. nak tahu berapa tahun? bahagi lah dengan 356 hari setahun tu. takpelah, biarlah aku jawabkan... 5 tahun 2 bulan and still counting upwards. huhu... lama tu... tak sangka kan? jangan tanya aku. aku pun tak sangka, okay.
Tuesday, November 3, 2009
IT ROO CAFE... yeay!
last sunday, aku ada paper ESP at 9.00am smpi 11.00am. boleh lah nak jawab paper tu sebab everything yang keluar PM Khairi dah bincangkan. tapi carrymarks sangatlah teruk. sedih... but overall, syukurlah. at least ada jugak markah. he...
tengahari tu patutnya ada orang belanja. postponed ke dinner. tapi gerek apa angin entah konon2 nak buat surprise. hehe... kami pun pergi dinner bersama melupakan orang yang nak belanja aku tu... bincang punya bincang... akhirnya destinasi kami; IT ROO CAFE. kedudukannya di JALAN DOBI ye. untuk orang JB maybe taulah JALAN DOBI tu terkenal dengan apa. hehe...
"THE BEST CHICKEN CHOP IN TOWN"
suasana dia pun happening lah... serius best.
overall, aku sangat puas hati dengan servis cafe ni. waiters dia sangatlah ramah and baik2 belaka. memang layan jelah apa kita nak. kalau budak2 datang, memang layan betul2. bestlah... yang ni baru layanan 5 bintang. makanan dia bolehlah aku bagi 4 bintang. best.
destinasi kamu seterusnya... BAZAR JB. gerek beli baju, sticker untuk JJK. dan aku buat inai. expert lah india tu buat. sekejap je dah siap. malam yang sangat best! thanks dydy... lovulovu.
p/s : exam dah selesai... examiner jumpa minggu depan. so esok balik rumah. macam best... macam tak best. cepatlah pulang adikku... uhuk2...
bilik aku ~ g17-217
Monday, November 2, 2009
hari cupcakes sedunia...
ni lah 3 daripada 5 cupcakes yang aku order. he... bersama bunga2 yang aku beli dalam usaha memujuk gerek jugak. teror seh maziah, memilih kaler yang sedondon dengan bunga2 tu. he... and kali ni punya cupcakes; marvellous. sedap... icing pun tak manis sangat. sangat puas hati lah. he... thanks maziah. sorry lah malam tu buat awak serabut.
aku makan gerek, gerek makan aku. lalalalala~~
02112009 ~ 12.54am
bilik aku ~ g17-217