we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Friday, June 10, 2011

my sweet football kids

weee... hati masih berbunga2... gembira. amat gembira... aku dapat kadddd! special kad! huhu... anak2 aku bagi... uwaaa... gile mahu menangis rasa. u guys tahulah... diorang budak2 bola perangai macam mane. tappiiii... aku dapat kadddd... kad special... uwaaaa... memang menangis lah. excited gile bila dapat tahu diorang nak bagi kad. pagi2 lagi dah msg Ali. nak amik kad istimewa hak milik kekal teacher eli! nak framekan lah! macam mane ya??







sorry readers, aku tak buat introduction terus redah aje pasal dapat kad tu. he... and sorry again. aku promise nak update pasal outing dengan anak2 angkat kan? looks like it has to wait. sebab hati sedang bunga2 selepas mendapat kad. weeee... gile gembira! cover woo... nak nangis. takkan nak nangis depan cikgu Ali. haha... nak tengok kadnya??



ha, special tak? ini di atas box pizza. he... tak sangka anak2 murid yang otai2 belaka hati penuh taman2 bunga ros, daisy, kenanga, lily, melur, melati, dahlia, bunga raya. haha...


okay, kredit to Cikgu Ali Asyraf. thank you for the pictures you sent! okay, teacher tak upload gambar2 korang yang kurang2 kain tu. haha... yang cukup kain teacher upload! bila dapat gambar ni, serius teruja! tak sabar2 nak bangun pagi nak ambil kad special tersebut! weee...





inilah pemain2 bola KPM negeri Johor. segak kan mereka?





gambar tak formal. cute kan??? weee... buah hati pengarang jantung teacher! love you all so much!








ha, tunjuk sikit tiket kalian menonton KL Gangster! Gemok muka berlagak pulak. haha... Aben tu... sopan budaknya. lihatlah cara dia berdiri. hehe...













10062011 ~ 11.19pm



bilik aku ~ rumah IE

Monday, June 6, 2011

Introducing : My Foster Son!

hai2 you all... currently, aku sangat mengantuk. yelah, bangun pagi2. hati belom tenang betul lagi. huhu... tapi alhamdulillah... ni dah okay. Ya Allah, kenapa lah aku rasa macam ni agaknya. Dia nak suruh aku dekatkan diri pada Dia kot. Ampunkan aku Ya Allah... mungkin banyak sangat dalam kepala ni. tu yang jadi macam ni. pikir yang itu, pikir yang ini. dah tidur lewat, bangun pulak pagi2. nyenyak tak nyenyak tidur. adoyai... tapi sekarang, hati sudah kembali okay. he...


okay, entri kali ni aku nak story2 pasal anak angkat yang aku dapat di SMVK. actually nama program ni Program Mentor Mentee. setiap guru akan mendapat seorang pelajar yang agak lemah dalam pelajaran. tugas guru2 ialah membimbing pelajar2 ni. targetnya supaya mereka lulus dalam semua pelajaran. tak ada subjek yang gagal lah. dan also, guru sebagai mentor. kalau pelajar2 ada masalah, bolehlah jumpa mak atau ayah angkat. haha... kasihan bagi mereka2 yang mendapat ayah angkat lah. mane nak hirau sangat kan?? huhu... daaaannnn... memperkenalkan, anak angkat saya!



MOHAMMAD HAZIQ BIN NORASAN


hmm... macamane nak mula describe budak ni ek. dia ni anak murid aku. 5 KFL (Kimpalan Fabrikasi Logam). mula2 masuk dah suka tengok dia. sebabnya dia ada lesung pipit. very deep ya i tell you. then kalau gelak sure hilang mata2 semua. hehe... and dalam kelas, serius je. tak macam budak2 lain, main2 and tidur. so, penyejuk hati dalam kelas lah.

insiden yang macam bagi impak kat aku ialah ketika masa awal2 dapat dia as anak angkat, tiba2 dapat tahu ada kes gaduh kat aspura. tersentap time tu. terasa macam haziq terlibat. sekali betuuuullll... nauzubillah, aku punyalah tak tentu arah. budak tu boleh pulak pergi main2 ragbi. sebab time tu time MSSD dan also KAT. jadi busy training semualah. gaduh besar jugaklah. tapi bila jumpa budak ni, rilek je muka dia. hmm... tapi lepas tu aku amat berjaga2 lah. and pesan kat dia banyak kali, JANGAN GADUH! if terasa tak tahan nak gaduh, larilah ke mana2 pun. aii...

then tiba2 satu hari... budak kelas aku datang masuk bilik guru. "Teacher, ni haziq bagi. dia malu nak bagi sendiri". waaaa... dia bagi roti. walaupun hanya roti, the thoughts that count. lama woo aku simpan takmo makan roti tu. sayang... haha... bila nak ke KAT di Segamat, aku bawak budak2 debat. dia ragbi naik bas. aku drive kereta. dia pesan kat budak2 debat, "Bagitau mama aku, suruh drive kereta elok2." seorang datang bawak roti dengan pesanan itu... then tak sampai 10 minit seorang lagi datang membawa coklat pulak dengan pesanan yang sama. huhuu... sweet kan anak aku?

banyak lagilah pasal anak aku ni aku nak cerita... huhu... tapi kang tak cukup muka surat pulak. nanti aku update pasal entry a day out with foster sons. kami warden2 yang vogue de vass bawak anak2 outing. haha... pergi makan2 and main boling. haha... kenangan betul! dayat yang amat kelakar!











p/s (i) : currently kat opis ayah. sedang menunggu mak. bosannya... plus puasa. oh, nak berbuka apa ya?

p/s (ii) : maybe inilah penyebabnya hati tak tenang semalam. kena ber'tranquilise lagi ni... semoga orang2 yang kusayangi berada dalam rahmat-MU ya Allah...

p/s (iii) : adoyai, planning semua lari... rindu anak2 bola aku!

p/s (iv) : gerek busy 2 minggu ni... oh yayang, jangan abaikan i okay!








06062011 ~ 4.11pm
Wisma Kastam JB - opis ayah

Sunday, June 5, 2011

Lunch at TGIF One Utama!

hello2 korang... maaf, aku pernah berjanji nak update selalu ketika cuti sekolah ni. tapi who know's, cuti sekolah pun aku busy. huhu... busy buat apa benda entah. benda merapu2 lah. sebabnya, kerja2 sekolah tak sentuh lagi. analisis tak siap lagi. adoyai... banyak bendalah dalam kepala ni! tapi last week aku dok berjalan je... dari pagi sampai petang. lagilah bila gerek cuti Khamis and Jumaat. lagi galak aku berjalan. haha... tapi at least bermotif lah.





okay, back to basic! aku nak story pasal makanan! yeay! tapi... ada slek sikit, sebabnya, benda ni dah lama terjadi. so aku lupa apa nama makanan2 ni... uhuk2... maafkan aku wahai kalian. takpe, next time if aku pergi, aku ambil nama dia sungguh2 ye! ni aku nak story kejadian pada 8 Mei 2011, bersamaan Hari Ahad. gaji dah masuk. so... menderulah kami ke KL. tujuan utama ke Ikea. hehe... sampai2 Ikea tepat 10am. konon2 nak makan meatball. tapi belom siap. ah, lambat sangat nak siap, after shopping2 situ, terus ke One Utama. dekat aje...


picture kami di Ikea. aku tahu perut tu macam ada isi... sumpah, serius, yang ada hanyalah isi2 sisa2 kelmarin. haha... sebab gambar ni di tangkap ketika belum breakfast pun!



okay, di One Utama, shop for perfume and handbag! yeay! dapat apa yang di ingini. suka gile, tersenyum lebar aku. gerek aku kepenatan. perut tu cover sikit yang! haha...



dah pusing punya pusing, okay! lapar teramat! nak makan Chilli's sebenarnya, tapi beratur kena tunggu 20 minit. ohoi... tak sanggup dah perut ni menanti! so pusing punya pusing, nampak TGI Friday's. terus masuk dan order. so inilah makanan kami... maaf, tiga2 lupa nama dia. yang penting tengah tu appentiser; kentang and mushroom. aku punya nasi and ayam. gerek punya kentang and ayam. and ada udang jugak. udang dia sedap wooo... huhu... tapi overall, tak puas hati. macam tak kena dengan tekak. tapi alhamdulillah, kenyang. he...



picture of the day, kasut yang aku sangat berkenan! weee... kenapa hanya ada untuk kanak2. if ada untuk dewasa, aku memang dah beli. haha... cute, cantik! aku mahu! Emilio Valentino, please design these kinds of shoes for adult pleaseeeeeeeeee!











p/s (i) : macam sedih pulak rasa gerek nak balik Melaka... macam tak bagi dia balik. hmmm...


p/s (ii) : perut ni berbunyi2 dari tadi. dah kenyang awat bunyi2 lagi ni... tengok gambar2 ni kot. haha...


p/s (iii) : genap seminggu je lagi, aku akan kembali ke Kluang... adoi... malasnya... adoi... nak bercuti... adoi...


p/s (iv) : semakin excited dan semakin gerun.









05062011 ~ 4.27pm

rumah IE ~ bilik aku

Tuesday, May 31, 2011

Happy 53rd Birthday Mummy =)

hello2 korang... cuti 2 minggu ni aku akan pastikan aku update blog sebanyak yang mungkin. huhu... rindu woo pada blog. maafkan aku ya, komitmen lain lebih banyak. huhu... tapi ni sempat2 kan jugak... nasib hari ni ayah cuti. pergi breakfast and beli nasi kukus. adoyai! memang montel lah aku duduk rumah. makanan biasa pun rasa extra sedap. he...


okay2, entry kali ni nak story pasal hari best hari ini! HAPPY BIRTHDAY TO MAK SAYA! yeay! cuba tengok muka mak aku. cepat teka berapa umur dia?? haaa... aku dah taruk tajuk tu, mesti korang boleh jawab dengan betul. ceh! hehe... ha, mak aku awet muda kan?




di kesempatan ini, adik nak ucapkan selamat ulang tahun yang ke 53 pada mak. terima kasih telah menjaga adik dari kecik yang montel sampai besar pun montel jugak. ya! adik tengah usaha diet ni! huhu... i love you mak. terima kasih untuk 25 tahun yang mak telah jaga adik. termasuk 9 bulan mak ngandungkan adik. termasuk ketika perit mak lahirkan adik. termasuk mak jaga sakit adik. tak terbalas semuanya.


hari ni takde plan apa2... mak puasa sebab Boy exam. Munir pun balik malam ni... so... tangguhlah sambutan hari jadi mak ni. huhu...













p/s (i) : sedang menunggu Mohd Amir mengambil BB ku... ohoi... hidup tanpa hp. mampukah aku? weee....


p/s (ii) : hidung ni bilalah nak baik... nak cuti dengan gembira! tolooooonnnnggg!


p/s (iii) : sedang menyusun jadual untuk bertemu rakan2 dan budak2 yang dirindui! dan juga, cuci kereta mak. haha... comot benor!


p/s (iv) : i don't know why i am so attracted to smile and TEETH!












31052011 ~ 2.05pm

bilik aku ~ rumah IE

Monday, May 30, 2011

Karnival Antara Teknik Negeri Johor =)

yuhuuuu! kalian2 semua!! rindu aku tak? kasihannya According To Yanna ni... sebulan lebih aku tinggalkan. sorry sayang, bukan tak ingat, tapi banyak gile kerja. huhu... and a lot of stories pending to be written! yeay! tu yang mesti letih nak update banyak2 until current date. okay2, currently aku kat rumah. school holidays for two weeks!! yeay! rasa macam sekejap sangat 2 weeks tu. apatah lagi mengenangkan Cik Shahida dan Cik Edayati; housematesku wajib membawa pelajar2 bola jaring KAT ke peringkat kebangsaan. wuwuwuuwu.... aku pun turut berbangga!







tu dia! gambar dalam Paper Sinar. haha... nampak tak housemates aku? yang pakai shades tuuu... kikiki... goodluck kalian! tahniah! segak bergaya mutu keunggulan!


okay, actually aku nak story pasal Karnival Antara Teknik yang ketika aku sebagai pengurus Debat Bahasa Inggeris membawa pasukan debat sekolah ke Segamat. tarikhnya, 28April2011 sehingga 30April2011. bertempat di SMV Segamat. a really big school! weee... aku excited gile nak pergi ketika tu. first time nak uruskan debat bahasa inggeris. he...




inilah kontinjen from SMV Kluang. all boys! ada 3 orang je perempuan. tu pun budak bahas seorang. budak rekacipta 2 orang. yang lain suma team bola, ragbi, takraw, rekacipta, bahas. nasib tugas aku jaga budak2 bahas and budak2 perempuan sahaja. pening jugak if kena jaga mereka2 ni.



ini adalah match pertama yang kami menangi. actually, menang sekali je terus ke semi. hehe... ini antara SMV Kluang dan SMV Tanjung Puteri. kami menang dan speaker terbaik dari sekolah kami juga! dan... bila ke semi, melawan SMT Perdagangan, memang peluang menang amat tipis. so... SMT Johor Bahru melawan SMT Perdagangan di Final. best gile final dia. tak menyesal aku balik lewat untuk menonton final. weee... dan keputusannya, SMT Johor Bahru mewakili negeri Johor dalam pertandingan Bahas Bahasa Inggeris ke peringkat Kebangsaan. tahniah!


keputusannya : SMV Kluang menghantar 2 kontinjen iaitu bola jaring dan rekacipta ke peringkat Kebangsaan pada 7JUN2011 di Kuantan! good luck kalian!


ha, nak tunjuk, nak tunjuk... medal walaupun kami dapat tempat keempat. ada juga untuk pengurus ya! haha...



dan gambar terakhir... aku beli shawl tu semata2 nak pakai ke KAT. haha... merahmu bara semangat waja!








p/s (i) : esok kanak2 bola kesayangan bermain di MSSM di penang. good luck you guys! esok handphone teacher masuk kedai. tak dapat nak msg kalian. main elok2 ya!


p/s (ii) : weee... cuti 2 minggu ni rasa macam tak cukup pulak. nak cuti lama2... kerja berlambak tapi tak tahu nak start yang mane satu dulu.


p/s (iii) : yeay! gerek ambil cuti. syok2... jom main kawen2.


p/s (iv) : waaaaaaaaa! hati bunga2 gembira. banyak gile orang yang aku rindu. dan aku nak jumpa. tak sabarnya!






30052011 ~ 10.57pm

bilik aku ~ rumah Impian Emas

Saturday, April 23, 2011

Nasi Arab Damsyik =)

hai2 korang... pada ketika ini, aku ditinggalkan keseorangan di rumah. semalam konon2 nak tidur rumah member, tapi ada desakan tugas sebab warden, terpaksa aku lupakan dan tidur bertemankan Qibby. thank you Qibby kerana sudi menemaniku setiap malam. korang kenal Qibby tak? huhu... susah ni nak kenalkan kembali Qibby pada new readers. nanti aku cek ada tak gambar Qibby. ha! ada! copy dari earlier post tahun 2009. huhu... jadi, inilah Qibby. hadiah dari gerek. gebu2 shomel2 sedap peluk setiap malam. yang kecik tu Qibbu. haha... hadiah dari roomate. dia kata adik kecik Qibby. i loike!







okay, entry kali ni aku nak cerita makanan yang telah aku idamkan setelah sekian lama sebab adik aku asyik sebuuuutttt aje. ahad lepas (17 April 2011), aku plan nak pergi jenguk adik aku. kebetulan makayah aku balik kampung. so sekali lah dengan diorang. aku sampai awal sikit bersama gerek. so fetch adik aku dulu pergi beli kasut futsal dia. fuh, berpeluh kan tengok harga kasut dia... haha... nasib baik yang dia pilih ni takdelah mahal sangat. oh sorry lupa nak tangkap gambar kasut yang dibeli. ni ketika sesi memilih. sangat susah ya. sebab dia payah nak berkenan. dan bila berkenan, takde size pulak. hadoi! kaki size 10. susah tuuuuu....



kemudian, straight ke Nasi Arab Damsyik... kedudukannya? adoi... susah aku nak terangkan. yang pasti dia dari tol Senawang. akan lalu Kastam, taman Rashidah Utama, taman Ros, taman NZ. menghala ke persimpangan Seremban-Pilah. hoho... maaf ya. korang google lah if nak pergi ek. ini view dari luar. tempat duduk atas lantai ek. ada jugak belah luar. tapi nak feel arab gitu! haha... nice!



daaannn... ini makan untuk 3 orang. kitorang makan berlima. ada nasi tambah lagi. hui... heaven. kambing dan ayam. ayam dia bakar dalam perigi. alamak... gambar perigi pada gerek. nantilah if aku update pasal benda ni lagi aku upload pic tu ek. sorry banget kalian! tapi serius amat best okay! sedap gile!



dan ini kami berempat... muka boy memang begitu. tension agaknya. haha... eh, sebut2 ni baru teringat mak nak pergi Singapore. nak call dia jap. (penulisan tergendala sebentar).



kemudian... lepas makan, straight hantar boy sebab kitorang nak singgah melaka pulak. sebab abang buat sales di MITC. nak masuk2 MITC tu nampak pulak kereta ni parking dekan pintu masuk MITC tu. hahaa... uzur sungguh. macam nak upload je di mudah.com.my. KERETA UNTUK DIJUAL. haha...




arrived safely to SMVK around 10.30pm. terus kena buat spotcheck budak2 hostel. hadoi... keletihan oi... aku memang tak larat gile. edot masih lagi bersemangat. mungkin kerana dia tidur ye sepanjang perjalanan. hahaa... so kerja aku malam kejadian ialah main suluh2. hoho... penat okay!










p/s (i) : penat aje aku rushing2. rupanya budak2 debat balik kampung. kuasam! bagitaulah aku sepatah dua. yeye je aku ni nak tengok diorang praktis. hish!


p/s (ii) : letih sangat2 tapii... kenapa mata ni takmo tidur. dan... ingatkan ditinggalkan sampai hari ni sahaja. rupanya sampai esok. hmmm... terpaksalah...


p/s (iii) : next week pergi KAT. then budak2 bola datang. hmmm... macamane aku nak susun jadual ni...










23042011 ~ 11.27am

rumah aku ~ depan tv-kediaman warden SMVK

Saturday, April 16, 2011

my football kids~

hai2 korang... aku kemengantukan ni sebenarnya... aku tak tahu kenapa lately ni malam2 aku tak boleh tidur nyenyak. mesti terjaga2. bila terjaga tu macam terus segar. macam tertunggu2 lambatnya nak siang... tapi bila siang aku keletihan. ngantuk. sebab tak cukup tidur. dengan penuh keazaman lepas sekolah nak tidur tapi last2 macam2 aku buat. ikut housemates ke friendly match lah... turun jaga budak2 petanque berlatih lah... macam2 lah kiranya aktiviti aku sekarang ni. fatigue okay!





ha... hari ni... aku nak story mori about anak2 bola sepak aku. ex-students actually. diorang 3 minggu berturut2 main di Kluang. 3, 3 meraih kemenangan. syukur... tapi aku datang tengok 2 minggu aje. huhu... itu pun yusri asyik perli aje. "disebabkan teacher datang, kitorang nyaris2 kalah". hish! saya tak datang baru tahu... (membawa hati lara...) bukan dia heran pun. haha... apa2 pun, teacher bangga dengan kalian. just hari ni teacher amat terkejut. acap... jangan gaduh2 nak... sedih teacher tengok... sian students ku. Pahang bermain memang amat kasar ek.

okay, ini sebelum permainan bermula... Sekolah Sukan Negeri Johor melawan Sekolah Sukan Negeri Sabah. ini perlawanan minggu lepas ya.


Sekolah Sukan Negeri Johor melawan Sekolah Sukan Negeri Pahang. perlawanan yang berlangsung tadi.


picture teacher bersama yusri! weee... rindu sama budak ini. sebenarnya kan... aku amat terharu dengan cara yusri. very.... hmm... macam mane nak story ek... sangat menjaga. dia macam bengong2. tapi macam last week, tak tahu lah intention dia atau tidak tapi... dia sangat menjaga aku semasa aku datang menonton. dari awal, sampai aku balik. hari ni pun dia luangkan masa lepak dengan aku kejap. even aku tahu masing2 ada hal masing2. thank you yusri. teacher bangga dengan kamu. serius! terharu sangat2 layanan kamu pada teacher.


kemudian! gambar cik edot dengan anak2 murid aku! aku jeles! aku suka gambar ini! rasa nak crop aje. tampal gambar aku atas muka edot. ahhaha.... cute2 kan anak2 murid aku? dari kiri... syafiq raduan, shafie, farhan (bukan student aku... but i consider him as mine too... haha... GK aku ni... and he's getting more handsome lah!) and yusri! oh, ayat panas dari syafiq raduan, "teacher macam makin rendah ajeeee... tahun lepas teacher tak rendah macam ni". peh, rasa nak cubit dia aje kannn! dia yang menonjang! ngata aku pulak!


gambar yang ditegah untuk diupload tapi nak upload jugak... dia just pesan jangan di FB. ala... jangan risau lah dear... teacher takde FB budak itu. (suku dah bagitau teacher siapakah gerangan girl itu) hahaa.... korang cekidaut muscle macha. gagah perkasa kannn? aku terkejut okay! semua kanak2 itu dah ada muscle! aku suka gambar ni... ala2 tengah merajuk dengan shafiq shaharudin. hahaha...




oh hai... i miss these kids so much! gambar dengan amy takde. dia ego seh! teacher dah touching ni. haha... kena belanja teacher makan okay! tapi still... i'm so worried for them. SPM you guys... fokus okay... belajar betul2. teacher doakan korang yek!









p/s (i) : yeay! esok jumpa boy! rindunya... esok jumpa gerek jugak!

p/s (ii) : ngantuk... nak tidur awal tapi LP tak buat lagi... surat utk petanque pun tak buat lagi... ohoi... nanti boleh ke Pahang... weee... jalan2 bersama budak2 pentanque.

p/s (iii) : tengah ushar2 nak beli minnie jane lagi. tapi takde size lah pulak! aiseh, kasut dah licin sangat dah.








16042011 ~ 10.52pm

rumah aku ~ bilik edot-kediaman warden SMVK

Sunday, April 10, 2011

i miss my former 4th formers SMKTU =(

hai2 korang... hari ni takde apa2 aktiviti. sebabnya memang set mind nak berehat2 di rumah. merindui cik shida badut di hati. haha... esok dia CRK. so... esok petang or malam baru berjumpa dia. huhu... kejap lagi nak praktis Bicara Ilmu lagi. sambil2 tu nak ajar budak2 budat essay... hm, pengetua suruh aku buat kelas ikut proficiency... nantilah akan ku pikirkan... macam susah. maybelah aku bias sikit nak dahulukan anak2 murid aku. huhu...





okay2, semalam petang kan aku berjumpa dengan anak2 murid aku. maksud title aku tu... former form 4. kiranya tahun lepas form 4. tahun ni mereka akan menghadapi SPM. oh, dah besar dah kanak2 nakal yang selalu bikin aku marah ni... weee.... disebabkan baru berjumpa semalam, sampai ke hari ni aku masih merindu2 mereka. haha... ya, amat tak sangka mereka yang dulunya amat nakal, i mean very naughty! tapi... mereka amat suweeetttt semalam. i'm flattered to be their teacher. really proud of them. even aku ngajar diorang sekejap je, still, diorang still anggap aku cikgu diorang. thank you korang... buat teacher terharu amat!

ini dia budak2 bola ramainya dari kelas ini... 4 KN... kini 5 KN... dah besar panjang korang... teacher memang rasa rendah je bila dengan diorang. huhu... miss u guys alot!


ini pulak 4 SN 1. tak semua ada. time ni dah hujung persekolahan. yusre dalam kelas ni. tapi time ni dia takde sebab ada training bola... wuwuwuw... rindu saat2 ini... diorang belikan hadiah pulak tu untuk aku... sedihnya...


banyak gile kenangan dengan diorang ni... sangat banyak sebab tu aku sayang gile kat diorang. even selalu bikin aku hangin, still very dear to my heart. masa mula2 nak posting dulu, aku gile yakin aku dapat sekolah ni... tapi apakan daya... ha, ni pulak picture syafiq azhar tagged aku. huhu... ehem2, yusre and emon. ada apa2 ke? haha... aku sangat suka dia 2 orang ni. yusre amat suka menyakat emon dalam kelas. sangat suka! tergelak aku selalu. tapi amat sweet. even mulut yusre ni kadang2 bisa, tapi masih dalam kawalan. syomel amat! lagi 3 orang tu zahin, syafiq and amira fahira. diorang gosipkan zahin dengan amira ek? i pun dah lupa...


okay, yang ni... shaffiq esa a.k.a Gemok. aku pun tak pasti kenapa diorang panggil dia gemok sebab dia ni kurus amat. couple dengan budak 5 SN 2. okay, aku amat suka awek dia. sweet, manis, cantik and cool. tapi mamat ni... comot, selalu tidur dalam kelas. haha... ni dia tidur sampai berkeruh ni. tu yang aku geram ambil gambar dia and upload dalam blog. dalam fb tak lah... segan mamat ni kan. tapi ada jugak yang copy gambar dia and upload di FB. haha... jangan salahkan teacher okay! aku upload picture ni again sebab ayat pertama yang dia tanya aku semalam, "gambar daya yang tu teacher simpan lagi tak?" haha... mestilah ada sayang oi!


overall, aku amat merindui ex-students aku di SMKTU. the form 1 kids. i miss you guys alot. the form 2 also. even teacher ajar korang sekejap je, i love you guys so much! don't ever forget me ya... kalau jumpa di tepi2 jalan tu tegurlah... kot2 teacher tak perasan kann...







p/s (i) : macam tak cukup 1 entri nak story pasal budak2 kesayangan aku ni... huhu...

p/s (ii) : yes!! thank you cik edot kerana anda akan sanggup menemani saya lagi untuk menonton kanak2 itu bermain bola lagi.

p/s (iii) : nak siapkan entri ni... mandi... solat... kelas! seronok rutin harianku sentiasa penuh. aku mahu menjadi pendidik anak bangsa yang berjaya! aminnn!

p/s (iv) : agak2 gerek datang kat aku tak? wuwuwu... sorry sayang... i love you.









10042011 ~ 7.16pm

rumah aku ~ depan tv-kediaman warden SMVK

Saturday, April 9, 2011

Lawatan sambil Belajar ke MIAT, Dengkil

hai2 korang... ada masa terluang ni aku cepat2 update blog. badan keletihan sebenarnya. bangun2 pagi pergi ajar budak2 untuk Bicara Ilmu then borak2 pulak. dahlah aku tak breakfast. serius lapar... ngantuk juga. balik2 tengok edot dah masak... waaa... syukur2. lepas makan tidur dalam setengah jam. tak nyenyak sebabnya... excited nak jumpa ex-students SMKTU. weee... rindu gile kat diorang! and diorang semakin sweeettttt... love them so much. dan, making my day semakin best, gerek datang! wah wah wah... happy gile rasa hari ni... lengkap semua!





okay2, hari ni aku nak story pasal hari khamis lepas... as i mentioned before, aku ke Dengkil. ke UniKL kampus di Dengkil. UniKL ni di panggil MIAT (Malaysian Intitution Aviation Technology). semuanya berkaitan kapal2 terbang... wuuu... aku jakun sekejap. syok tempat ni. sama naik aku dengan budak2. diorang excited, aku pun. just aku control taknaklah nampak sangat kejakunan aku. huhu... okay, inilah kapal terbang yang boleh kami naiki dan bergambar. kapal2 lain tak boleh naik. tapi ni pun dah best. just dalam dia macam kapal terbang karam. haha...



ini para peserta yang masih segar lagi di pagi hari... huhu... budak2 form 5 elektrik.


okay, ini pulak dari view atas kapal terbang tadi. dari pintunya... banyak kan kapal2 terbang kat kolej ni? belah sana lain... bukan kolej ni punya. ditumpangkan aje... aku teringin nak naik helikopter seyhh... dapat sekejap pun jadilah...


ini pulak di jet pejuang. huhu... terik gile hari. dengan kanak2 inilah aku hangout... if not, aku takde kawan. huhu... sedih kan??


kemudian... kami menuju ke Melaka. jalan2 dulu sebelum balik asrama. pergi ke Bandar Hilir. ada lagi dua orang cikgu pengiring belanja makan. weee... udang yang amat besar okay! syok gile aku. lantak makan takde segan2 dah. haha....


weee... best lawatan2 macam ni tau. even keletihan tapi still enjoy my day. even aku seorang2 aje cikgu perempuan yang ikut, kita improvise. janganlah jalan seorang2 pulak kan. haha... macam orang takde kawan. nasib baik anak2 murid aku ni pandai ajak aku jalan2 sekali. just kat Melaka, aku lepak dengan cikgu2 lah. sebabbbb... dapat makan free... hehe... takdelah, kira tu sesi perkenalan lah. selama ni tak campur dengan cikgu2 bengkel. aku duduk dengan cikgu2 akademik aje. terasing sikit dari cikgu2 bengkel. best gile dengan diorang!









p/s (i) : okay, aku amat tersangat gembira berjumpa dengan anak2 murid. ai... even diorang naughty, still special place in my heart. and... diorang amat sweet. menghormati aku as their teacher. i loike!

p/s (ii) : gerek on the way pulang ke JB. drive elok2 sayang. risau i... i miss u sayang. i love you. jangan ragui pulak.

p/s (iii) : jawatan baru dalam asrama SMVK. aku incharge kerohanian. hahahahahaha... serius amat kelakar kan? tunggu aku berubah wajah! kikiki...








09042011 ~ 11.11pm

rumah aku ~ depan tv-kediaman warden SMVK

Friday, April 8, 2011

Happy Birthday my lil bro!

hai hai korang... assalamualaikum! rindu sungguh kat blog yang bersawang ni... it's been a while. aku agak busy, as usual. kadang2 takdelah busy sangat tapi keletihan kan. so memang aku lah manusia yang tidur paling awal dalam rumah ni. haha... aku sebenarnya takut nak tidur lambat, nanti aku liat nak bangun esoknya. huhu... malam ni, baru berkesempatan nak update pasal adik lelaki aku satu2 nya. haha... buah hati pengarang jantung. penghibur ketika lara. badut, joker, jester. inilah dia manusianya... i am really sorry update pasal birthday u a little late. biasalah, kakakmu ini sudah bekerja. macam2 di dalam pikiran. plus, during your birthday, i bawak budak pergi Dengkil. melawat satu kolej. oh, i lagi jakun dari kanak2 lain okay! banyak gile kapal terbang. i teringin naik focker and chopper lah. nanti kita naik bila2 dah kaya duit juta2 ek. haha... anyway... HAPPY BIRTHDAY MY DEAREST LITTLE BROTHER



I LOVE YOU ALWAYS. haha... i know u geli baca. i pun sama. phuihh! belajar rajin2. fly jauh2. belajar tinggi2. dapat kerja bagus2. dapat kerja gaji kepuk2. nanti payung i macam2, rumah sebarang dua. kereta ferrari cukuplah... for your birthday present insyaAllah, i kotakan. but wait for my signal. haha... kena tunggu sales lah bebeh. u know lah i'm in need for money badly right now. so... be patient!


i miss your jokes. i miss your sengal. i miss everything. mesti i sedih if u belajar jauh nanti. hmm... for your own good. nanti i lawat u kat sana. he... without u, hidup i mesti sunyi... harapkan azuan buat lawak? *sigh. hahaha... sorry sayang. gurau2 aje...





p/s (i) : yak yak yeay! esok jumpa kanak2 nakal2 kesayanganku! windu banget sama kalian woo... dan buat yang terbaik ya!


p/s (ii) : malam ni cancel practice. esok pagi pulak gantinya... adoi... kena bangun pagi lah gamaknya aku... sian kanak2 yang sedang bersemangat itu. semoga kalian buat yang terbaik ya!


p/s (iii) : macam2 di dalam kepala... adoyai... tensi terasa... hmmm...







09042011 ~ 12.07am rumah aku ~ depan tv-rumah warden SMVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com