hai2 you olss... aku takde plan nak update pun. eh, sebenarnya ada niat nak update few days ago. nak komen bout isu LISTEN and isu JMF dari pandangan aku lah. sebabnya, aku ni sebagai pendengar, penonton, rakyat, manusia biasa, mestilah ada pandangan. pandangan yang orang lain mungkin tak boleh terima but, itu pandangan aku, takpelah aku nak utarakan ponnnnn! haha... joking2. saja je nak bagi pandangan peribadi. tu je...
tapi... jangan kecewa, jangan disappointed. entry kali ni takleh nak bercerita pasal benda2 tu semua... sebab masa mencemburui aku. hoho... banyak je masa. but aku yang penat. walaupun tak buat banyak kerja hari ni, tapi kepenatan tu amat terasa. haish... aku dah tua ke? dah tak boleh nak buat kerja lasak2 sikit... dan alhamdulillah, intake pelajar baru dah selesai. dan misi aku opkos meniaga. haha... nak kaut untung manyak2!
entry kali ni motiveless. haha... ada eh perkataan tu? saja nak update. sebab aku memang suka menulis. just kadang2 tulisan tu pointless for some people and pointfull for me. eh, ada ke perkataan pointfull? haish cikgu english ni memalukan sungguh. haha... hei, its my blog wokay! nampak tak kat atas tu tulis, all written and said is from writer's view? so... pandangan peribadi akulah...
hah, third week of working. apa perasaan? penat. exhausted. not ready. hmm... memang lah tak patut cakap tak ready lagi. sebagai guru aku mestilah dah bersedia. tapi........ serious, bila berjauhan dengan suami. takde badut Shahida Hani, kerja jadi amat2 memenatkan. serious talk.
wah! serious pointless ni tapi banyak pulak nak taip. heh! baik stop sekarang. okay you ols! till next entry ya!
p/s (i) : okay, aku dikira macam mulut tempayan lah. disebabkan aku bagitau 2 orang. dah takde pesan apa2. so aku ber'story jelah... hei, kecik hati tawuk!
p/s (ii) : serius sentap. hoi, becok sangat mulut aku. konon2 nak berbual. yelah, dah biasa berbual. ha, hamek ko! arghhh! kecik hati tawuk!
p/s (iii) : yelah, yelah... i memang penyebok suka amik tahu hal you. lepas ni i won't ask anymore. pandai2 lah... dah dewasa. kalau dulu, maybe i ni penting. not anymore. hoi, kecik hati tawuk!
p/s (iv) : nak nangis pun ya tulis p/s semua ni. kita ni... concern. hmm... won't ask anymore. kecik hati. kecik hati.
p/s (v) : just maybe i always see you as my lil baby bro. that's all.
21012013 ~ 10.54pm
atas katil ~ bilik aku-kediaman warden KVK
we were made for each other...
EVERYTHING ABOUT YANNA
Monday, January 21, 2013
third week of working
Tuesday, January 15, 2013
doktor sakit puan kedua
hai2 korang... aku tak tahu nak buat apa dah. sebenarnya ada lagi kerja. tapi mengambil masa yang lama. so aku decide untuk hold dulu sebab sekejap je lagi nak lunch break. terganggu kerja aku kang... so, nak buat apa? update blog dulu lah. hehe...
okay2, merujuk kepada entry aku sebelum ni. aku cerita pasal aku pergi jumpa doktor meminta nasihat untuk pregnant dan aku sangat tak puas hati dengan servis yang diberikan. informasi2 tidak ada diberikan dan aku dibiarkan terkontang kanting... so, aku ni bermasalah atau tak? so, aku sakit apa? so, can we get pregnant? pelbagai soalan yang langsung tidak dijawab oleh doktor berkenaan. bayaran bukannya murah. btw, klinik doktor berkenaan terletak di Johor Jaya.
kemudian, makcik aku menyarankan pergi ke doktor di area Seri Alam. doktor tu kawan dia. so, kami pun bersetuju... dengan doktor ni aku sangat2 berpuas hati dan banyak informasi yang aku dapat. sambil treatment, sambil dia terangkan... so aku dan suami and makcik aku jugak ada time tu, sangat2 paham keadaan tubuh badan aku.
pada pertemuan pertama, dia dah buat checkup scan terus. masa aku datang tu adalah pada hari ke-10 kitaran haid aku. orang kata kan time2 tu dah nak subur. dia terangkan yang telur matang di dalam ovari bersaiz lebih kurang 12mm. bila scan, telur aku berukuran 10mm. maksudnya... beberapa hari lagi maknanya telur tu akan matang. jadi dia memberikan suntikan perangsang ovulasi. OVIDREL. dari pembacaan aku, injection ovidrel ini adalah untuk memecah telur. injection ni diberikan di bahagian perut.
sorry dengan doktor ni sebab banyak sangat ubat, kebanyakkannya aku lupa. tapi ada 1 ubat dia prescribe. dia pesan, mula makan selepas 36 jam suntikan ovidrel. dia pun bagi folic acid. ubat yang aku maksudkan adalah Duphaston. setiap kali selepas dapat ubat, aku akan google kegunaan ubat berkenaan. yelah, takkan nak ambil suka2 hati je... walaupun daripada doktor pakar. jadi kegunaan duphaston ni basically untuk menguatkan rahim. if lekat, kiranya menguatkan kandungan lah... untuk yang period tidak regular, ubat ni menstabilkan kitaran anda.
aku dapat beberapa jenis ubat tapi aku lupa most of the name. tapi yang aku ingat, ubat2 yang di prescribe ni tujuannya adalah menyediakan badan, rahim perempuan untuk hamil. bila aku baca manual (eh, di panggil manual ke?), kertas kat dalam box tu, ubat2 ni tidak boleh diambil oleh wanita hamil. so actually, i'm confused. tapi soalan2 ni tidak pulak aku utarakan pada doktor tu. asyik lupa kann...
so, untuk 2 minggu turut2, aku diberikan injection. yang minggu kedua, aku lupa apakah nama injection tu. haha...
so, aku stop kat sini dulu. sebab dengan doktor ni, banyak informasi tentang kondisi badan aku yang aku dan suami dapat tahu. nak tulis kat sini kang panjang sangat pulak... so, aku simpan tu untuk next2 entry ya.
eh lupa nak cakap, ubat2 yang aku ambil daripada doktor pertama dan kedua ni, semuanya ada side effect. tidak merisaukan tapi side effect dia seperti, naik selera makan, pening kepala, loya. dan suami aku cakap, mood aku sangat2 swing. yang dia sentiasa kena bersabar. hmm... aku tak perasan sebenarnya. tapi bila dia sebut, aku kenalah ubah. aku ni bukannya pandai ubah straight away. tapi slow2 lah... muhasabah diri kan.
oh, aku nak tunjuk alat yang digunakan untuk scan aku aritu. agak memalukan tapi hal2 masalah perempuan begini, aku rasa perlu untuk menyediakan maklumat begini. untuk scan bahagian2 perempuan ni, gadget yang digunakan berbeza dengan scan buah pinggang yang selalu aku buat. sebab alat tu kan digunakan untuk dimasukkan ke bahagian sulit wanita. inilah rupa dia...
Sunday, January 13, 2013
trying to conceive (TTC)
hai2 you olsss... eh, edot tak balik hari ni lah? hmm... dulu shida ada tak terasa sangat. ni bila sorang2, rasa macam, loser gile. hoho... plus, minggu ni turn aku jaga asrama. dan lebih menyedihkan, suami haku outstation. jadinya... aku keseorangan lah sepanjang hujung minggu ni. dan entah kenapa, asyik rasa macam tak sihat je. semalam dalam pukul 3pm, kepala aku sakit gile. so tidur kejap... hari ni dalam pukul 12pm dah sakit kepala... jadi lagi awal aku tido petang. haha... still tak okay lagi kepala. aku ajak budak teman pergi pasar malam. hmmm... pathetic nya hidup aku. tapi seronok rasa di hati sebab aku dah beli TV!! yehaaaaa! tapi masih sedih sikit sebab guna arial je kan... gambarnya tak cantiklah. sad!
okay2, tajuk entri aku... hmm... conceive apa? conceive ialah usaha untuk mendapatkan anak... honestly, dulu before kahwin, aku pernah cakap kat suami, aku nak masa berdua dulu dengan dia sebelum ambil keputusan nak ada anak. sebab aku rasa, sebelum kahwin, hidup aku bukan untuk aku. suami pernah janji nak bagi apa je aku nak asalkan aku happy. and syukur, dia tunaikan sepanjang perkahwinan kami... dan aku rasa, aku dah puas berdua. tapi malangnya... bila aku ambil keputusan untuk nak ada anak, Allah uji kami. akhirnya, kami merujuk ke doktor.
doktor pertama kami pergi, menyarankan saya mengambil Clomid. dia tak cakap banyak, pakar kononnya. and aku rasa aku takkan kembali berjumpa doktor berkenaan. dia langsung tidak menyediakan sebarang informasi. aku nak tahu jugak adakah aku bermasalah. and dia juga suruh ambil temperature dan catatkan setiap hari untuk menentukan ovulasi (hari subur). dia suruh datang lagi pada hari kedua menstruasi. kami datang dan tunjukkan BBT chart. terus dia cakap, "Awak tak subur". haik? apa maksud tiba2 cakap macam tu? terangkanlaaahhhhh.... dah tu, tak pikir perasaan aku langsung bila cakap aku tak subur. hish!
ini rupa Clomid. dari pembacaan aku, ubat ni merangsang ovulasi. maksudnya, ubat ni merangsang pembentukan telur di dalam ovari wanita seterusnya menjadi matang dan dilepaskan dalam proses ovulasi.
ini rupa BBT chart. dalam chart ni, kita kena tandakan temperature badan yang diambil pagi2 lepas bangun tidur. sebelum buat apa2... bangun tidur je terus ambil suhu. kita pun kena tandakan intercourse dalam chart ni. intercourse tu apa? maksudnya hubungan intim dengan suami lah... macam mana nak tentukan hari ovulasi? try tengok chart, nampak tak ada penurunan suhu secara mendadak dan juga kenaikan secara mendadak? time tu lah hari ovulasi. temperature badan memang lebih kurang je setiap hari. selepas ovulasi, suhu badan memang sedikit tinggi berbanding sebelum ovulasi. dan jika datang bulan, suhu akan terus jatuh... seperti dalam chart di bawah. semua ni pun aku dapat dari pembacaan. tiada langsung dari doktor sakit puan tu! geram!
p/s (i) : gambar-gambar ihsan dari encik google. terima kasih yang mengupload gambar2 ni.
p/s (ii) : first time kot aku rasa aku cerita pasal perjalanan aku ni... hmm...
p/s (iii) : semoga ada rezeki kami tahun ni. adik sedara aku pun baru dapat anak sulung. baby boy lagi. and dia kahwin sebulan selepas aku kahwin. rezeki masing2 kan...
p/s (iv) : lately ni, banyak tengok gambar anak2 kawan2... gembira untuk mereka. alhamdulillah... ada zuriat mereka teruskan keturunan. tapi tak tipu hati ni sedih setiap kali melihat gambar2 berkenaan. bila agaknya giliran aku?
p/s (v) : dah dahhh... tak mo sedih2. yok kumpul duit nak shopping di melbourne. yeay! boy nak ke tokyo... macam best je...
13012013 ~ 9.34pm
depan tv ~ ruang tamu-kediaman warden KVK
Wednesday, January 9, 2013
days of 2013
hai2, baru naik lunch break and decided to update another entry today. wuahaha... banyak sangat masa ke? yelah, i only have 1 period of teaching today, and it's done. so apa lagi aku nak buat? minit mesyuarat belum buat. nak buat kejap lagi... file lesson plan in progress. rasanya esok dah lengkap lah ni. so... sambil menunggu kedatangan first year, baik aku gunakan waktu lapang ini sebaik-baiknya... huhu...
okay, 2013. memang aku seriously tak sabar nak tinggalkan 2012. bukan aku tak suka, but aku mengharapkan yang lebih cerah lagi dalam tahun 2013. i am happy with 2012. but i'm not really really really happy. nak happy yang macam mana? what i can say, in 2012, aku banyak berada di bawah roda. so, hoping that 2013, walau tidak di atas pun, aku tidak berada di bawah. begitulahh...
1st Jan - hari sebelumnya tiba2 dapat msg yang ada meeting asrama. pergh... cursing gile aku. dahlah sampai JB around 1am. pagi2 dah kena bangun awal untuk balik ke Kluang. nasib baik suami cuti, so, dia lah driver nya...
2nd Jan - again, meeting guru. bila budak2 tak naik sekolah lagi, asrama surelah kosong. aku nak stay mana? of course kena ulang alik JB. sebab JB dekat sikit to Kluang compare dari Melaka.
3rd Jan - again, meeting. kali ni rupanya takde kaitan dengan aku. hangennnnn! aku dah tanya betul2 whether the meeting tu, aku perlu masuk tak. then ramai kata semua cikgu terlibat. aku sengaja datang lambat. rupanya masih awal. haiyo! dan tidak berkaitan! hangennnn! perghhh! perghhhh! balik ke Melaka.
4th Jan - back pain, excessive fatigue. tak mampu pergi meeting. membayangkan nak drive dari Melaka ke Kluang, serious aku give up. so aku membuat keputusan untuk ponteng. lantaklah dengan akibatnya.
5th Jan - hantar Amir ke airport balik Melbourne. sedih...
6th Jan - balik Kluang pagi2 untuk pendaftaran asrama. tiba2 around 60km lagi, colleague call cakap ada panel meeting. habis speeding aku. and the whole day habiskan dengan mengemas rumah warden.
7th Jan - Flu. horrible punyaaa! bersin bersin bersin. sneezing sneezing sneezing. all day long. mata berair macam apa... so memang tak jadi kerja.
8th Jan - interview pelajar baru. dengan keadaan tak berapa sihat lagi. tapi better than yesterday lah.
9th Jan - bendera merah.
so, what i can conclude, i'm still waiting. i'm not complaining. but i believe that one good news is enough to make other good news to come. i'm waiting for the only ONE good news. enough to make my 2013.
09012013 ~ 2.44pm
meja aku ~ bilik guru-KVK
bendera merah, again and again
salam you ols... these past few days, i'm not feeling well. as usual, naik sekolah ni, ramailah yang bertanya, "dah berisi ke?" hmm... entahlah ye nak jawab macam mana... due to my weight gain, memang sangat ramailah bertanya... susah nak diet tahuk! and cycle aku pun belum habis lagi, so, i keep my mouth shut.
until today... confirm negative. hmm... sebenarnya dah tahu. tapi entahlah, harapan tu tetap ada kan... harapan untuk mendengar berita gembira. bila agaknya doa kami akan dimakbulkan. bila agaknya rezeki kami? semua persoalan tu memang tiada jawapannya... sangat tiada.
untuk itu, kami tetap berusaha. ke klinik, ke hospital... ke tempat macam2 lah... masih gagal. dan latest, ada 2 klinik yang kami perlu pergi. tapi bila dah naik sekolah... hmm... bagaimana... nanti boss cakap, aku asyik MC aje... bosanlah... macamlah aku sengaja. hmm... kalaulah dia menghadapi situasi yang aku hadapi, mesti dia tak cakap macam tu kat aku. sad.
p/s (i) : kesian si suami... kerana aku, dia terkena sekali.
p/s (ii) : confirm. walau dah berbulan hadapi, masih lagi kecewa.
p/s (iii) : sangat rindukan suami.
09012013 ~ 9.56am
meja aku ~ bilik guru-KVK
Monday, January 7, 2013
first day of school, Monday Blues
hai2 you ols... hari pertama persekolahan. sebab aku dah jadi kolej vokasional, jadi cuti kitorang extend a week daripada sekolah biasa. jangan pikir kitorang untung sebabnya, kitorang cuti sebulan aje. uhuk... eh, lagu kat blog aku ni bila nak tukar? sabar naaaa... aku sedang menstabilkan keadaan diri sekarang. uhuk2...
huh, hari pertama persekolahan. perkolejan. sad! aku dah taknak bekerja kat sekolah ni. maaflah, bukan aku tak suka cikgu2 sini. i just hatet the principal, the condition, and some of the students. hmmm... sedih2. bila hati dah tak suka, macam2 benda buruk aku nampak. benda kecil nampak macam masalah besar. i don't like. i don't like. i dislike. nampak tak penegasan aku cakap aku tak suka?
okay, so, untuk menyedapkan hati aku yang tengah stress tension2 ni, mak and ayah aku decide nak ngemas rumah aku. dia kata aku kena redha. so kemaslah rumah tu bagi wajah baru untuk aku lebih bersemangat. hmm... ingatkan mak cakap kosong je. rupanya, memang ada sedikit semangat bila tengok bilik kemas (belom kemas sangat lagi), ruang tamu kemas, dapur kemas... so macam kat utm dulu. aku suka bilik aku sebab tu aku tak merungut bila kena balik asrama.
okay, aku nak upload picture tapi entah kenapa blogger ni takleh upload. stresssss!!
lagi satu, adik aku dah balik Melbourne. so, kurang sikit keseronokan aku. hmmm....
p/s (i) : dada sakit, macam nak semput aje. adoyai... tapi aku takde semput.
p/s (ii) : kejap lagi nilam. so bawak budak g library ajelah... rasa tak sihat lah... hmm...
p/s (iii) : malam ni aku nak buat jualan lelong baju2 yang aku tak muat. agak2 laku tak? huhu...
07012013 ~ 10.35am
meja aku ~ bilik guru-KVK
Friday, December 28, 2012
Get well soon, Tok Yam
hai2 korang... dah beberapa hari aku tak update blog and soon around the corner is new year, 2013. hmmm... bercampur baur perasaan nak naik sekolah ni. pertama, Shahida dah takde kat sekolah. Alhamdulillah, rezeki dia... walau aku dah buat rayuan, masih gagal. tak cukup kuat lagi agaknya reason2 mohon pertukaran. kedua, hati dah tiada di Kluang. nak kena pikir jalan alternatif. maybe mintak permohonan tukar ke JB. tapi.... sama jugak berjauhan dengan suami. rasa nak mohon sekolah harian biasa. tapi tak berani. rasa 2 tahun berkhidmat macam dah lama sangat. hmmm...
okay, nak cerita lately ni, family aku kecoh sikit pasal nenek aku masuk hospital. she's in kelantan right now. aku kadang2 hangin jugak. orang sana tak pandai jaga ke? memang masa kat JB, tokyam pernah masuk hospital jugak, but takdelah seteruk sekarang. aku asyik dengar cerita tokyam tak sihat since dia balik Kelantan hari raya puasa lepas. sentiasa. tak pernah dengar yang dia sihat lah. sebab tokyam pun naik kepala makan minum tak pantang. orang sana pun asyik kalah je dengan dia. tu yang jadi macam tu...
tapi lubuk hati, aku kesian jugak kat tokyam. yelah, she's not well. aku pulak tak boleh balik. hmmm... entahlah eh... hmm... semoga tokyam cepat sembuh dan balik JB. janganlah degil2 takmo balik sini. kat sini tokyam terjaga rapi sikit. takdelah asyik tak sihat... hmmm... get well soon, tokyam...
p/s (i) : tengah tengok cerita klasik, Mas Merah. permintaan yang pelik. dia mohon menjadi raja selama 1 hari. apa niat dia?
p/s (ii) : Alleya mencabar kesabaran aku hari ni. lepas kena marah baru mendengar kata. haih!
p/s (iii) : haih, bagaimana plan hari ni? mak ni silalah angkat telefon...
28122012 ~ 2.01pm
depan tv ~ rumah impian emas
Thursday, December 20, 2012
NZ after a year
Hai2 you all... Update dari ipad lagi. Takleh nak upload gambar lagi. Dah masuk 2 minggu aku stay Melaka. Minggu lepas Khamis and Jumaat stay KL sebab husband meeting. Balik Melaka pagi Sabtu and sampai2 terus siap2 nak pergi wedding bos husband. Time tu rasa macam......... Penatnya hidup travelling. Memang seronok jalan2 tapi rasa macam takde life pun ya jugak. Hoi! Takde life apa! Kira okaylah dapat jalan2 tuuuu... Tak bersyukur. Tapi yelah, pro and con jadi cikgu bila bercuti tapi husband bekerja. Agak tak seronok. Hmmmmm....
Setahun yang lepas, aku and husband honeymoon ke NZ. Seriously bersyukur sebab ada Sir Abdullah yang membantu. Dulu, masa dia mengajar kitorang, banyak sangat konflik. Hmmm... Pikir2 balik, bodohnya kita time tu. He's our teacher. Tak boleh kita layan dia buruk apatah lagi buat dia terasa hati. Hmm..... Maafkan kami Sir... Maafkan saya... This is Sir Abdullah. Dia yang fetch kitorang kat airport. Sampai2 dia terus masak burger kambing bakar. Everything bakar. Daging, mushroom, bawang. Gile marvellous! Thank you Sir!
Balik dari Akaroa, singgah rumah Sir and Sir bawak pergi Sunday Market. Sangat besttt! serious syok. Banyak barang2 dijual and affordable lah. Aku beli banyak souvenir kat sini.
Tuesday, December 11, 2012
Teacher Elly GEDIK !!
Hoi2... Aku harini bangun before 7am lagi. Perghhh... Cuti2 bangun awal pulak. Kalau bekerja malas nak bangun pulak. Hehehe... Saitan sungguh. Eh, rajin pulak aku update blog? Short update je sebab guna ipad ni macam payah nak taip kannn... Plus takleh upload pictures. Jadi tak syok lah kan? Tapi dah takde benda nak buat. Jadi update ajelah apa2 yang aku nak update. Huhu...
So kali ni aku nak update pasal salah seorang anak murid aku dan seorang pelajar yang aku jaga di asrama. Kisahnya bermula begini... Minggu lepas housemate aku msg cakap ada budak mengata dia dalam FB. Aku pun baca. Okay, kurang ajar! Walaupun dia puji aku dalam komen dia tu tapi still dia mengata kawan aku. Aku pun turut sakit hati. Dahlah kawan aku tu ngandung. Haish! Lebih kurang macam ni ayat dia...
"Teacher Elly baik tak macam Shida. Manusia bertopengkan syaitan. Muka nampak baek tapi berlagak"
Okay, memanglah dia puji aku. (kembang sikit sebab tak sangka garang2 aku pun ada jugak orang suka. Ingatkan aku lah yang paling dibenci). Tapi dia mengata kawan aku tu, bagi aku dia sebagai pelajar tak boleh macam tu. Walaupun kitorang tak ajar dia, tak perlu dia mengata macam tu. Lagilah dia umpamakan 'syaitan' kan. So kawan aku print screen and letak kat fb dia. Ramailah ex-students komen marah budak perempuan ni...
Tapiiii........ Yang aku tambah hangin, ada salah seorang anak murid aku balas komen kat situ dan mengata aku. Ehhh... Kughang hajo! Memanglah ayat dia nak bekap kawan aku ni. But dalam bekap dia mengata aku.
"Weh, lagi baik mummy Shida lah dari Teacher Elly yang gedik tu..."
Ehhhhhhh... Kughang hajo! Kughang hajo! Budak kalau dah memang sentiasa bermasalah dari sekolah, sampai bila2 dia bawak perangai tak senonoh tu. Dahlah ex-student aku sendiri! Aku ajar dia setahun tahun lepas! Ini dia mengata aku? At least si budak mengata kawan aku tu, kitorang tak ajar dia. Takde ilmu kitorang di dada dia. Haishhh! Sabar jelah layan budak2 macam ni. Hissssshhhhh!!!
P/s (i) : takdelah sakit hati sangat. Sebab mengenangkan dia budak yang sentiasa buat masalah. Dan budak2 panggil dia short karen. Huhu... Tapi tetap sakit hati sebab dia anak murid aku.
P/s (ii) : okay, enough blogging. Enough tv. Kemas rumah for a while okay!
P/s (iii) : minggu depan husband izinkan stay JB. But i dont want to stay for long sebab rasanya next week minggu subur. Haish... Aku ada minggu subur ke?
p/s (iv) : happy anniversary to my dear friend. She's waiting for her baby to come out anytime soon. Good luck!
11122012 ~ 9.33am
Depan tv ~ rumah melaka
Monday, December 10, 2012
How Happy I Am :D
Hai you ols... Update entry dari ipad suami. Dia pergi kerja so aku? Onlineeeeeeee dan nonton tv. Ngantuk sebenarnya tapi entahlah... Dah lama tak update blog. S rasa nak update pulak. Hehe... Aku kini berada di Melaka. Baru hari pertama. Minggu lepas hari khamis hari terakhir bekerja. Hmmm... Nampaknya... Aku cuti sebulan ajelahhh... And paling best ialaaahhh... Adik aku balikkkk... Huhu. Tapi kesian aku tinggalkan di jb. Entah apa dia buat kat rumah tu. Tido kott...
Alamak... Tak boleh upload gambar pulak kat sini. So later lah baru update ya... Sambil tu, browse through gambar lama dalam blog ni. Hehe... Zaman bujang.
















