we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, September 25, 2013

set bersalin

hai2 you ols... hari ni hati aku asyik panas je. walaupun hari ni adalah hari gaji. kikiki... gaji masuk harini. separuh hari je dah habis almost half. bayar2 hutang... bulan ni lebih sikit pengeluaran sebab aku dulukan duit aku untuk kakak nurse yang kirim barang kat adik aku. haih, sabar jelahhh... lagi beberapa jam lagi nak balik. oh hati bersabarlah...

okay, entri kali ni nak bercerita pasal set bersalin yang aku pilih. aku ambil set yang berbeza untuk luaran dan dalaman. orang kata kan, nak pakai lama, so lebih baik menjaga betul2. 

okay, kita cerita set dalaman dulu. tadaaaaa... aku ambil yang ini.


okay, yang ni set basic untuk ibu2 dalam pantang. eloknya shaklee ni sebab boleh terus ambil sebaik bersalin. ada sesetengah set bersalin lain kena tunggu beberapa hari. and ada syarat2 lah. contohnya hari pertama hingga 10 ambil kapsul botol A, then 10 hari kemudian botol B, then botol C. so macam pening2 nak pikir semua tu buat apa kan? lagi 1 yang aku suka tentang shaklee ni ialah, dia sesuai untuk bersalin biasa atau operation. yelah, ibu2 sure tak pasti sama ada kita bersalin normal atau tak. misalan dah beli jamu2 tu tiba2 kena operate, dahhh membazir. sebab luka operation tak boleh sebarang ambil ubat and jamu. dan kita pun tak tahu anak kena jaundice atau tak kan? kalau anak jaundice, ibu2 tak boleh ambil jamu2. jadi, pilihan terbaik ialah shaklee. supplement yang dipercayai sejak sekian lama...

untuk fungsi2 nya ialah :

Vitalea - multivitamin (banyak khasiat untuk kembalikan tenaga ibu)
B-Complex - anti stress, mengelakkan meroyan, membantu menstabilkan hormon dan membantu proses penyusuan ibu.
Zinc - membantu proses pembaikan luka dan keguguran rambut
Vita-C - baik untuk luka dan membentuk kolagen

untuk set tambahan pula : 

Ostematrix - mengelakkan sembelit ketika berpantang
ESP - sumber protein untuk ibu dan susu ibu
Alfalfa - milk booster (tidak boleh diambil ketika menyusu bayi jaundice)
Lecithin - mengelakkan dan merawat bengkak susu

kat mana aku beli? setelah mengushar2 beberapa kawan yang menjual dan juga agen2 shaklee yang promote2 di FB, ada kawan aku seorang ni menjual dengan harga terbaik. kira paling murahlah yang ditawarkan dari harga2 yang aku ushar2 tu... kalau ada yang berminat, boleh tinggalkan komen di sini, saya akan beri nombor telefon kawan saya tu... no harm in asking right? tanya je dulu... then boleh survey2 harga lain.



okay then, pasal set bersalin luaran. mula2 pening jugak nak pilih. sebab most set bersalin mesti ada jamu2. kalau 1, 2 maybe aku boleh terima. yelah, aku dah beli set dalaman, so kalau boleh set luaran taknak ada benda makan langsung. membazir kan kalau beli tak makan. jadi ada beberapa yang direkemenkan kawan2, kakak sedara. aku pun google lah segala2 maklumat. then i come across this product...


okay, kenapa set ni? set ni ada teh. dan teh tu adalah satu-satunya item untuk dimakan/minum. jadi tercapai lah niat aku nak jadi set bersalin luaran sahaja. mula2 aku pikir set luaran tak penting. tapi bila ditanya2, ramai cakap, penting untuk kesegaran badan. kena jaga badan sebab nak pakai lama... kesegaran badan, kuatkan badan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. selain tu, emosi pun terjaga sikit sebab bau-bauan wangi-wangian tu menstabilkan emosi ibu2. macam ala2 spa gitteww! hehe... dan specialnya produk ni ada VCO. kalau pakai sebelum bersalin, orang kata boleh memudahkan proses bersalin tu. dan special untuk bakal2 ibu melahirkan anak sulung, produk ni siap bengkung. jadi tak pening2 nak cari beli bengkung kat mana... tapi disadvantage lah bagi ibu anak kedua dan seterusnya... mestilah diorang dah ada bengkung, takkan nak beli lagi kan? sebabnya set ni memang harga dengan bengkung sekali... harga dia standard rm360. ada satu lagi set yang VCO 2 botol, rm390 kalau tak salah...



okay, sekian sahaja maklumat set bersalin pilihan aku. hehe... aku tak review set2 lain sebab banyak sangat. dan kena baca betul2 untuk digest maklumat2 setiap set bersalin tu. yelah, benda kita tak familiar. so kena baca betul2 sebab jamu2 yang ditawarkan tu kita akan consume masuk badan kan. tengok ada side effect tak segala. so, set bersalin ni tak boleh buat main tauuu....





p/s (i) : terasa macam hari ni hari khamis. esok jumaat. haih!

p/s (ii) : few more days is it, Lil Honey?

p/s (iii) : terasa macam nak melancong pulak... 8 jam ke Melbourne, takde hal lah. yang jadi hal? money money money. huhu...





25092013 ~ 4.09pm
meja aku ~ bilik guru-ILLPG

Tuesday, September 10, 2013

preparation for the newborn

hai2 you olss... pagi yang kelam. mendung je. lagi layu mata ni rasa. huhu... niat hati nak tido dulu pagi ni tapi best pulak berbual dengan cikgu sebelah ni. indian teacher and sangaaaaaaaat baik! suka berbual dengan dia. and we share a lot of things in common. hehe... tu yang makin sedap bercerita. lagilah lagi 2 orang cikgu KV pergi kursus, so... dia ni jelah teman berbual dan teman mengumpat. kikiki.... astaghfirullah.

okay2, entry kali ni nak bercerita pasal persediaan untuk menjadi ibu dan bapa. wuhuuu... few more weeks. kena siapkan kerja betul2 ni. modul kedua hampir habis. hopefully by today boleh habiskan. esok masuk modul ketiga. ei risau pulak lah tak sempat habiskan modul. insyaAllah, sempat. semoga dipermudahkan...

seperti bakal2 mommy and daddy yang lain... kami sudah membeli pakaian2, toiletries segala2 benda2 yang diperlukan untuk newborn. tak pasti cukup ke tak. tapi takpe, lepas bersalin pun still lagi boleh membeli. just bukan aku lah yang membeli. suami ke... mak ke... cikna ke... tak kisahlah siapa2 but kalau taste suami ni, kureng percaya. hehe... takpe, consultant lain ada untuk menasihatkan pembelian suami. bila dah akhir2 bulan ni, benda yang aku betul nak beli ialah almari baby. hmmm... cerewet sikit aku nak memilih. yang mak aku pilih, aku takdelah tak berkenan but quite expensive. and kalau boleh aku nak yang simpler. but mak aku tetap nak beli jugak. dia cakap, perabot tu untuk diletakkan kat rumah dia. so mestilah dia yang berkenan. kalau kat rumah aku nanti, aku beli sendiri. haha... so, hadiah from mak and ayah.


alamak, tak nampak sangat eh almarinya? hehe... apa fungsi lah aku letak gambar ni tapi tak nampak almari. then baby cot pulak... aku takde niat nak beli baby cot pun walaupun sangat geram tengok baby2 cot di luar sana. sebab ada orang menasihatkan awal2 ni tak perlu katil baby. sebab nanti baby akan sentiasa dengan kita. kalau letak kat katil then baby nangis, kena angkat dia. then letak balik. then nangis angkat dia. then letak balik... nanti mak penat, luka bersalin pun lambat baik nanti. so... aku decide, kalau nak beli pun nanti nak naik kerja. tengoklah macam mana... so baby cot dalam gambar tu, Helena yang punya. pinjam lah kejap ye sementara.

tadaaaaaa... 2 bulan baru benda ni sampai. aku order selepas aku keluar dari hospital kluang yang warded kali pertama tu. baru beberapa minggu lepas sampai. beli sekali set untuk kak anne. syukur sampai set nya sebelum kak anne bersalin. hehe... comel takkk? ni husband yang pilih dari album si penjual. and aku adjust2 sikit. nak fabrik jalur yang macam mana... nasib baik si penjual very profesional and pakar. senang je nak order. sediakan duit jelah. hehe... aku beli mattress set je. ada jugak crib set tapi disebabkan aku takde baby cot, buat apa nak beli crib set. hehe... request buat 'ae jr'. huruf 'a' terbesar lah pulak jadi 'A'. tak kisahlah. hehe... dan monkey tu sangat comeeeell! tema animal kingdom.


last week jugak baru dapat membeli beg diapers or mom's bag. beg ni selepas melahirkan penting untuk isi barang2 pakaian baby, toiletries yang berkenaan dengan baby bila travel. bukan setakat travel jauh. untuk keluar berjalan rumah orang ke... berjalan ke shopping mall ke, ni lah paling penting. nak letak pampers segala. beli 2. hehe... tamak kan? 1 yang sling. 1 lagi backpack untuk si bapak. kikiki... senang nak angkat katanya.

gambar ni masa beli rak buku untuk tempat kerja baru. then beli pampers sekali. konon2 nak tunggu baby fair baru nak beli pampers. but suami takmo tunggu. dia kta nanti, nanti nak beli... last2 terlambat kang. so atas saranan beberapa orang, amik brand PETPET. katanya skin-friendly sebab baby kan senang alergic and rashes. brand ni paling friendly dengan kulit baby. 8 months and counting.


banyak lagi barang2 yang belum beli. set bersalin untuk ibu pun belum beli lagi. tengah survey2 brand apa best. dan nasihat beberapa orang, survey je dulu sebab tak tahu bersalin normal or operate. baby kuning ke tak. jadi nanti dah bersalin, suruh suami pergi beli. he... macam2 aku nak suruh suami beli lepas bersalin. kesianlah suami... hehe... ha, stroller and breast pump aku tak beli lagi jugak. zaman sekarang kan benda2 ni penting. so aku pikir, sepanjang cuti bersalin, anak menyusu dengan kita. nanti nak kerja lah baru beli. stroller pulak buat apa beli cepat2 sebab bukan boleh keluar jalan2 pun. lepas berpantang baru boleh keluar kan. lagipun, pinjam Helena punya jugak. hehe... jimat sikit.


last but not least. pictures nephew baru. nama dah ada, biar bapak dia umumkan dulu. hehe... welcome to the world baby! semangat sungguh budak kecik ni!








p/s (i) : perut ni rasa semacam pulak. Happy 35th Week, Lil Honey!

p/s (ii) : okay, mata dah mengantuk. so... yok lelapkan mata kejap sebelum pergi kelas pukul 11am.

p/s (iii) : macam mana eh nak latih budak berdisiplin?

p/s (iv) : esok birthday suami!





10092013 ~ 9.19am
meja aku ~ bilik guru-unit subjek umum ILPPG

Wednesday, August 28, 2013

K.O.S.O.N.G

hai2 you ols... aku tinggal sorang2 kat bilik guru ni. actually lupa hari ni ada jamuan raya bengkel Kimpalan. aku bawak bekal sikit punya banyak. mak mertua buat roti john. bapak mertua aku beli nasi lemak siap ada rendang. mana tak kenyang... aku perasan suara ketua unit aku macam tak sukalah aku tak join. tapi serius, kalau ada ruang kosong dalam perut ni, aku pergi dah. ni full to the max.

okay, entry kali ni aku nak meluahkan perasaan sikit. pasal hidup yang rasa kosong. aku ingatkan bila dapat pindah JB ni, aku seronoklah... yelah, hometown kan. tapi disebabkan suami jauh, perasaan tu tetap rasa tak best. macam duduk kat Kluang, i go home for nothing. plus, duduk rumah mertua. bukan aku tak suka. best duduk rumah mertua, dimanjakan. hehe... tapi tulah... rumah sendiri kan lain dengan rumah mertua. dan rumah sendiri pun sebenarnya... tengah panas. kalau balik pun menambahkan beban kepala.

jadi kesimpulannya... aku rasa aku patut tinggal sendiri. biarlah tanpa keluarga mertua atau keluarga sendiri. tapi dengan keadaan diri aku ni yang makin sarat, kena lupakan sebentar niat tu. tahun depan memang nekad aku walau suami tak dapat pindah JB, aku tetap akan tinggal rumah sewa bersama anak. and no one can stop me.

currently, emosi tak stabil. pikir bukan2 sikit pun hati dah rasa sayu. suami pun busy. busy cuci toilet, busy open house. so aku buat keputusan tidur malam 9pm ke 10pm. biar tidur aku cukup. hati pun tak sakit sangat. yelah dah mengandung 8 bulan lebih ni, emosi kurang stabil. lagilah bila menjaga diri sorang2. sedih kan? aku berdoa masa dalam pantang, takde siapa kacau emosi aku. aku takut hilang kawalan je. yelah, suami pun jauh nak melayan. jadi, baik aku prepare diri.





p/s (i) : suami janji nak uruskan pertukaran dia. dia buat atau tak?

p/s (ii) : bilik ni melampau2 panas. menambah panas di hati.





28082013 ~ 1.56pm
meja guru ~ bilik guru-unit subjek umum ILPPG

Tuesday, August 27, 2013

Pregnant Week 33

hai2 you olss... sekarang tengah lunch break. untung duduk rumah mertua, tiap2 pagi mak mertua aku sure masak. tak kisah lah masak apa pun, sure dia akan masak. kadang2 nasi berlauk. hari ni nasi goreng daging. huntong tak huntong kauuuuu... makin sehat aku duduk permas ni. hehe... tapi minggu depan adik ipar aku dah balik Shah Alam. hmm... walaupun takdelah berbual sangat dengan dia but bila dia ada tu, rasa selamat. hehe... kalau nak mintak tolong dia pun senang je... takpelah, sikit je masa lagi aku nak bersalin.

Alhamdulillah... banyak cabaran yang aku dan suami lalui lepas berkahwin. yelah, dengan usaha nak mengandung nya sampai habis beribu-ribu. sesetengah orang rezeki diorang dapat anak cepat je. tapi kami? Allah lebih mengetahui dan Alhamdulillah, awal tahun ni kami mendapat khabar yang amat gembira. kurniaan Allah yang kami tunggu lebih setahun...


sebabkan selama setahun lebih, aku memang rajin beli UPT (pregnancy test) selalu negatif je. setiap bulan lah sure aku akan membeli. eh, setiap bulan macam extreme sangat. ala2 2, 3 bulan sekali lah aku beli. sebab period aku memang regular. so tak sempat syak mengandung dah datang bulan. hehe... kami pun sentiasa buat treatment kat hospital kerajaan, swasta habis beribu-ribu. last2 kami buat keputusan untuk stop semua2 ni dan cuba secara natural. taknak ambil ubat2 hormon apa lagi dah... dan alhamdulillah, rezeki kami mudah apabila aku dirujuk pakar di hospital besar. aku kata nak stop treatment kan? kali ni berbeza sebab kami redha dan pasrah. takde letak harapan seperti dulu2. dan alhamdulillah... visit kedua dah membuahkan hasil. kiranya sambil menanti visit ketiga tu, period dah lewat dan keputusan ialah positif! dan disebabkan paranoid kerisauan melanda over2. aku beli banyak UPT sebab nak tengok simbol positif tu banyak2. hehe...

pengalaman masa mengandung... Alhamdulillah, orang kata, susah nak mengandung tapi sepanjang pregnancy mudah. aku admit, aku rasa pregnant anak ni mudah je. aku takde morning sickness. aku takde sakit2. sampailah usia 5 bulan lebih. salah sendirilah senang cakap. aku ke Melbourne maybe melasak amat sangat. bayangkan kitorang berjalan kaki dari one place ke one place yang jauhhhh amat. then ada sekali aku terpelecok kat traffic light. huhu... so disebabkan tu mungkin salah satu penyebab aku dimasukkan ke hospital selain tidak menjaga hygiene diri.

3 kali masuk hospital. memang aku dah serik. pertama sebab ketuban bocor. 8 hari aku kat hospital. kena bedrest. masuk pada usia kandungan 22 minggu, keluar usia almost 24 weeks.


kali kedua ujian darah fail. katanya macam ada jangkitan. so mula2 ayat doktor sedaaaaap je, "masuk wad 1 malam eh, kita nak pantau" ha, hamek kaaau! 12 hari aku dalam hospital. masuk usia 26 minggu, keluar usia 28 minggu. orang kata tak sempat tengok cahaya matahari. makin putih aku dalam hospital. wuahahaha!


dan kali ketiga sebenarnya sebab keracunan makanan. demam on off muntah2 buang2 air. tapi sebab risau keselamatan anak, pergi jugaklah hospital. ingatkan nak cek je. rupanya kena warded. nasib baik 2 hari je... makanan 1st kelas dia kelasssss gitu. hehe... masa ni usia kandungan 31 minggu.




dan sekarang alhamdulillah... semoga dipelihara kesihatan. minggu ni dah nak masuk 33 minggu. baby gerak sekarang pun yang keras2. agaknya ruangan dah sempit. so dia bergerak sikit je tapi sakit. huhu... takpe2, i suka rasa. he... muka dah sembab, kaki dah sembab. homai... gemok amat! mak dah warning awal2 kena diet sungguh2 lepas bersalin ni. berusaha!





buat suami tersayang, 

terima kasih melayan manja mengada menggedik isterimu ni baik tak mengandung, mengandung and lepas ni dah ada anak. hehe... mari bina keluarga bersama!








p/s (i) : walaupun dah berada di JB, keseronokan tu tak 100% sebab suami masih di Melaka. esok dia ke KL, moga dimudahkan urusan.

p/s (ii) : minum air soya lah pulak. ish, my mother-in-law is the best! bungkus siap roti dan air tawukkk!

p/s (iii) : 2 jam lagi bekerja. balik nak fotostat modul. nak singgah jusco tak? bila sorang2 rasa pathetic. kikiki...






27082013 ~ 3.09pm
meja aku ~ bilik guru-unit subjek umum ILPPG

Friday, August 23, 2013

~ae~ 9th anniversary

hai2 you olss... salam jumaat penuh berkat. hari ni, langsung takde kelas. alhamdulillah, disebabkan malam semalam pun tidur tak berapa nyenyak. so... bila takde kelas tu adalah satu blessing. huhu... sambil2 tu, online lah. dah tu... tak tahu nak buat apa dah. nak sarap, perut kenyang lagi. so so so? kita update blog. nak kembalikan kerajinan update blog. ni kesian blog ni. sebulan ada 1 entri, 2 entri... ciput2 je. maafkan saya. huhu...

okay, seperti tajuk yang tertera. ae dah berumur 9 tahun! kalau ada anak ni dah darjah 3. hehe... alhamdulillah... kami still standing, still strong. and actually we are getting stronger. memang kami baru berkahwin belum lagi 2 tahun. orang cakap, couple dan kahwin 2 benda yang berlainan. betul, memang lain. komitmen yang berbeza dan semua2 lah. tapi ada satu benda yang sama dan itulah yang paling penting. HATI. hati kami tetap sama. hati ni yang menyatukan kami. ewaaahhhh! kau joyah, hari jumaat ni nak guna ayat gempak2 pulak. kikiki... nak tengok gambar kami zaman kurus2? (time tu orang cakap kitorang gemok jugak. sekarang apatah lagi. haha...)



hari anniversary kami adalah pada 24Ogos. tapi disebabkan nak buat surprise, 23Ogos tu pun jadilahhh... huhu... jadi dengan bantuan beberapa orang (dirahsiakan) sebab nak bagi lebih suspen pada suami, dapatlah saya merealisasikan surprise yang tak seberapa ni. yelah... aku tak pernah buat benda2 macam ni. konon2 nak cari online florist je. tapi kat melaka tak jumpa pulak... so, terpaksalah contact beberapa orang yang superbbbb supportive! thank you thank you. tanpa kalian takkan dapat bagi bunga secantik ni pada suami. kalau florist sure kecik je jambangannya.


kenapa daisy? kenapa tak rose? kan lebih romantik? haha... sebab daisy favourite flower aku. huhu... takkan lelaki ada favourite flower kan? so aku nak bagi suami mestilah bagi benda yang aku suka. rose tuuu... macam dah common sangat. cantik memang cantik. lagi2 kalau jambangan rose merah darah. caiirrrr... tapi tak meaningful. so bincang2 dengan kawan yang boleh tolong tu, bagitau bajet dia cakap boleh bagi coklat sekali! weeee... ferrero roche lagi youuu... happy tak happy? ada florist nak bagi? sure diketuknya mahal2 gilos.

untuk kad ucapan...


nervous wooo nak bagi suami. dahlah nak bagi hari jumaat. jumaat dia tu macam dah hujung minggu. kang tak pasal2 terpacak kat JB. haru surprise aku. so slow2 lah pujuk suruh pergi kerja. hehe... nasib baik tak kantoi apa2. weeeee... terima kasih kepada yang membantu. jasamu akan dikenang sampai bila2!




untuk gerekku (kena sebut gerek sebab ni ulangtahun couple. huhu...),

terima kasih sebab selalu berpegang pada janji yang awak bagi dari first kita berkawan sampailah kita bercouple, kita bertunang, kita kahwin dan kita nak jadi mak dan ayah dah. terima kasih sebab selalu bersabar dengan perangai saya. terima kasih menerima saya seadanya. terima kasih menerima setiap perubahan saya sepanjang kita berkawan, berkenalan, berkahwin. 9 tahun bukan tempoh yang sekejap. dan 9 tahun ni, awak adalah awak. awak tak pernah berubah (walaupun kurang romantik dah). tapi awak tetap awak, yang sentiasa buatkan saya rasa paling istimewa di dunia ni. terima kasih kerana masih lagi setia bersama saya. dan saya minta maaf atas segala perlakuan buruk, salah, jahat saya terhadap awak. bimbing saya ke arah kebaikan... saya akan cuba berubah untuk keluarga kita. our child is coming. and i feel more more more blessed. susah nak describe dengan kata2. yang penting, saya bahagia. saya harap awak pun rasa begitu.






p/s (i) : aku sebenarnya nak uji laki aku ingat tak dah berapa tahun kitorang couple. tapi aku tahu nanti last2 aku yang kecewa. haha... so, baik aku tulis terus. 9 tahun.

p/s (ii) : mamat tu dah otw balik JB dah. bertuah betul! lari plan aku. haish! tak dapatlah nampaknya nak membeli hadiah.

p/s (iii) : so... plan sambut anniversary masih tiada. kasihan suamiku. sebab family aku buat family dinner. uhuk2...

p/s (iv) : the baby is cominnnngg... moga diberi kekuatan menyiapkan segala tugasan sebelum maternity leave.






23082013 ~ 10.46am
meja aku ~ bilik guru-unit subjek umum ILPPG

Wednesday, August 21, 2013

new workplace; ILP Pasir Gudang

hai2 korang... sighhhhhhhhhhhh panjang. lama aku tak update blog kan. sekarang ni macam2 halangan rasa. huahahaha... halangan kah? jap aku cek last entry aku pasal apa... macam banyak hutang cerita dengan you ols readers According To Yanna. phuiih! perasan! oh last cerita pasal aku warded second time tu. uish, lama dah story tu. hoho... aku ni keluar masuk hospital je ceritanya. moga2 selepas ni, aku dan anak dalam kandungan ni sihat selamat sehingga selamat melahirkan dengan sempurna. moga anak ni kuat dan sihat!

okay, aku tahu aku banyak hutang cerita. tapi bila dah lama sangat berlalu, jadi macam mood nak bercerita tu sudah terbang entah ke mana... hoho... jadi, benda hot terkini dalam hidup aku sekarang ialah... aku dah bertukar tempat kerja. yeay! walau bukan di JB, tapi di PG, aku bersyukur sebab dekat dengan makayah. if anything, anytime boleh jumpa diorang. dan buat sementara waktu, aku tinggal rumah mertua. sebab lagi dekat nak ke tempat kerja. dengan keadaan makin sarat ni, tak larat rasanya nak drive jauh2. huhu...

okay, cerita pasal perpindahan. aku dapat tahu pun time tu aku dalam hospital. blur2. sebab langsung tak dapat maklumat apa2. so aku tunggu surat jelah. sekali aku masuk hospital kali kedua, dapat pulak kena pergi kursus yang berkaitan perpindahan tu. aisehhh... macam mana nak pergi. so aku bagi alasan kesihatan untuk tidak hadirinya. ramai tak galakkan aku pergi. termasuk mak ayah aku, ketua panitia and kawan2. yelah... perpindahan aku ni bukan ke sekolah tapi ke Institut Latihan Perindustrian di mana pelajar2 KV batch baru diletakkan. soooo... totally benda baru. aku pun pikir macam nak tolakk...

tapi apa cerita tiba2 aku terima? kisahnya... aku dah berbincang lama dengan suami dan dia galakkan aku terima. bandingkan Kluang dengan Pasir Gudang, lebih baik tinggal berdekatan keluarga walaupun jauh dengan suami. sekurangnya ada yang memantau sakit lelah diri ni kan. mak tak galakkan sebab dia risau Skudai-PG amat jauh. kang dah ada anak jaga sorang2 kat PG susah pulak. aku pikir balik, berbanding Kluang, PG jauh lebih dekat dengan Skudai. dan aku lagi rela jaga anak sorang2 di PG daripada jaga anak sorang2 di Kluang. betul takkk?

jadi... hari Jumaat sebelum cuti raya 2 minggu, adalah hari terakhir aku di KV Kluang. majlis ringkas diadakan untuk aku di mana aku kena berucap. tunggang terbalik ayat aku sampai ramai orang2 penting yang aku terlupa sebut. hampessss! sambil berucap sambil menangis jugaklah. budak2 pun aku tak bagitau. yelah, nanti diorang sedih2 kang aku nangis. huhu... baik aku diamkan diri. dannnn... seronoknya, aku dapat hadiah dari cikgu2. inilah diaaa! tadaaaa!



kepada warga KV Kluang,

pertama sekali, saya nak mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas penerimaan tuan puan kepada saya. terima kasih di atas tunjuk ajar selama saya berkhidmat di KVK. saya juga ingin meminta maaf. saya tahu saya budak baru belajar banyak lagi yang perlu saya belajar. jadi maafkan saya jika ada keterlanjuran dalam kata-kata dan tingkah laku saya. 


buat teristimewa, housemateku, 

Cik Edayati Sallehin. terima kasih selalu ada bersama2 aku susah dan senang selama hampir 3 tahun aku kat asrama tu. terima kasih menjadi sahabat yang sekepala mengong2 bersama2. kenangan kita dan Shahida Hani sangat istimewa. dengan kalian, hidup rasa makin ceria. lengkap. tapi apakan daya, kita masing2 paham dengan kedudukan kita sebagai isteri yang ingin dekat dengan suami. kerana itu, kita bertiga berpisah (walaupun aku tak duduk dengan suami lagi. haha...) aku jugak nak minta maaf sekiranya selama kita berkawan, ada salah silap atau kata2 yang membuatkan ko terkecil hati. sungguh takde niat. dan aku doakan semoga ko juga dapat pindah berdekatan suami.


untuk anak2 murid, aspuri dan pelajar KV Kluang,

semoga apa yang teacher curahkan, kalian gunakan ke arah kebaikan membaiki diri menjadi lebih baik. teacher pun manusia biasa, ada salah dan silap. teacher mintak maaf jika kata2 teacher banyak yang menyakitkan. sesungguhnya, dengan korang, memang tak boleh cakap lembut2. sebab korang ni degil sangat! heh! kalau cakap lembut sure korang tak dengar. so baik teacher guna ayat makan2 dalam punya. hoho... teacher doakan semoga kalian berjaya dalam pelajaran. jangan nakal2 sangat. especially aspuri, jangan pening2kan kepala Bonda, paham? dulu teacher ada bolehlah nak marah2. korang jangan ambil kesempatan Bonda tak marah2 tau...





p/s (i) : 21hb sudahhh... esok hari gaji. sabtu anniversary. masih tak pikir lagi plan macam mana. yang penting, mak dah pesan kena jaga Alleya hari sabtu berkenaan. whatttt?

p/s (ii) : mata pedih2. adoi... mood malas sudah kembali. padahal kerja nak siapkan modul ada je ni. ish... kejap lagi akan cuba pupuk semangat rajin ya.

p/s (iii) : nak balik IE ke takkk? nak balik ke takkk?

p/s (iv) : esok check up dengan Dr. Tokha. semoga semuanya sihat...





21082013 ~ 2.37pm
meja aku ~ bilik guru-unit subjek umum ILPPG

Saturday, July 6, 2013

2nd time warded di Hospital Kluang

Hai you ols... Ai... Aku update sekarang dah jarang2 kan... Sabar jelah... Bukan aku takmo tapi banyak sangat halangan untuk aku meng'update blog ni. Lebih2 lagi tak boleh bawak laptop ke hospital ni. What? Hospital?? Ye saya... Sekali lagi aku di tahan di wad. Uhuk2... Doktor ni bagi harapan palsu. Masa nak ditahan tu dia cakap, "Warded 1 malam ya..." aku ngangguk je. Apa dehal 1 malam... Last2.................. Currently dah 8malam kat sini... Dan rasanya bertambah ni...


Okay, kenapa pulak kali ni aku ditahan wad? Seminggu selepas aku discharge, appoinment doktor kat sini. So makayah pun ambil cuti sebab nak kemas rumah aku sekali. Aku okay jelah... Kami sampai agak lambat dalam 10.30am padahal appoinment 9.00am. Biasalah bila bergerak ramai2... Macam2 nak packing, nak kemas... Uruskan Alleya lagi. Hoho... Suami aku outstation ke Terengganu. Sedih kan? 2 kali aku masuk hospital, time tu lah dia outstation. Aish!

Eh, aku tak bagitau lagi eh kenapa aku kena tahan wad? Huhu... Banyak sangat nak membebel kan... So result blood test keluar menunjukkan peningkatan dalam bilangan White Blood Count (WBC). Doktor cakap, if bilangan WBC tinggi maknanya ada infection. So disebabkan itulah dia suruh warded untuk diberikan antibiotik dan buat ujian darah kembali nak cek bilangannya turun tak...

So, aku frustatrated. Bukan aku nak marah doktor and nurse kat sini but aku rasa, progress aku lambat kat sini.

Hari pertama (Jumaat, 28Jun2013) :
Selepas confirm kena warded, aku dibawa ke wad bersalin untuk tukar baju, ambil sample darah lagi... Then dia cakap, kena cucuk Dexa. Nama penuh aku tak sure. But ubat ni untuk matangkan peparu baby. Persediaan sekiranya dia lahir premature... Kena ambil 2 kali suntikan selang 12 jam. So, suntikan pertama 12.40pm. Suntikan kedua pukul 12.40am lah...

Hari kedua (Sabtu, 29Jun2013) :
Nurse datang ambil darah lagi around 5.30am. Perghh... Berapa kali nak kena cucuk kan? As usual doctor round dalam 9.30am. So result darah 2, 2 hari dah keluar. Terkojut eden... Normal WBC doktor kata below 11. Ujian darah pertama meningkat 15.3. Then ujian darah kedua ialah 24. Tinggi gilaaaa! Tapi doktor kata tu disebabkan Dexa. Memang WBC akan meningkat setelah dicucuk Dexa. So aku kena terus makan ubat antibiotik and ubat lawas kencing. Dia kata aku pun kencing kotor. Ujian diulang hari Isnin nanti. If okay, boleh discharge. Yeay!

Hari keempat (Isnin, 1Julai2013) :
Okay, hari ambil darah... Aku pun excited lah kan... Nak balik. Tapi macam malas nak balik bekerja. Hehe... Agak2 doktor nak bagi MC tak seminggu tu? Ambil darah subuh2 kala tu... Result keluar dalam 8am lebih... Aku tak pandai tengok result sheet tu kan. So aku biar jelah... Then doktor datang round. Result aku 16. Perghhhhh!! Lebih tinggi dari hari pertama. Kesan Dexa tak habis lagi ke? So....tak boleh keluar. Sedih! Doktor cakap ulang darah hari Khamis. What?? Khamis tu like 4 days ahead tawukkk!

Hari kelima (Selasa, 2Julai2013) :
Doktor datang as usual... Round. Then specialist cakap, petang nanti scan AFI (amniotic fluid index). Dalam BM nya, air ketuban lah. So... Cek2 ketuban okay. Alhamdulillah, lega rasa hati. Then dia cakap, buat ujian darah lagi, kalau okay, boleh balik... What? Gembiranya rasa hati ini... Hanya tuhan yang tahu. Hoho... Siap telefon suami jangan beli apa2 sebab boleh keluar. Wah, konfiden you olsss... Sekali keluar result WBC 18. Whattt?? How can this happened? Aku dah ikut segala apa doktor cakap... Dah minum air banyak... Dah makan ubat semua... Apa jadi ni? So staylah lagi aku kat sini. Serious sedih.

Hari ketujuh (Khamis, 4Julai2013) :
Buat ujian darah lagi. Kalau okay boleh balik... Serious kali ni memang mengira bilalah boleh balik. Hoho... Aku tunggu result sheet tak sampai2. Cehhhh... Sebab dah pandai baca kan. Kena tengok kat WBC je. Doktor sampai baru result sheet sampai. Aku tunggu2 dengan nervousnya berapakah bilangan WBC aku. Perghhhhhh!! 17.2. Sedih tak sedih? Specialist mintak aku direfer pada specialist sorang lagi. Katanya doktor specialist tu pakar gile. Nak tanya apa masalahnya kat aku ni. Sebab ujian infection negatif tapi kenapa boleh WBC tinggi?

Hari kelapan (Jumaat, 5Julai2013) :
Atas arahan specialist gile2 pakar tu... Ambil ujian darah lagi. Sebab dia busy tak dapat nak jumpa aku. Sedih kan? Aku ni mengharaplah dia jumpa aku dan bagitau, "Okay, awak dibenarkan balik..." Tapi hampa... Ujian darah keluar... 17.7. Hampa lagi. Adoyai... Apa masalahnya ni? Doktor2 dah konfius. Aku dah stress. Suami datang aku nangsi2 lah cakap nak balik. So doktor cakap tukar antibiotik baru. Kena cucuk tangan. Uhuk2... Takut wokay! 3 shots kata nurse. Sebab antibiotik ni kuat. Nanti Ahad ulang lagi ujian...

Hari ni (Sabtu, 6Julai2013) :
Specialist ynag gile2 pakar datang. Akhirnyaaaaa dia nak review aku. Tapi masalahnya kali ni... Tiba2 ada air mengalir pulak kat peha. Bercampur keputihan. Adoyai... Makin lama ke aku kat sini. So aku bagitau nurse and doktor akan cek bahagian bawah lah... Resultnya belum keluar tapi doktor and nurse cakap tu infection sebab keputihan dah tukar hijau. Apakaaaaaah? Macamana noleh jadi macam ni? So... Dalam keadaan ni, aku pasrah. Buat jelah apa2 asalkan anak aku selamat.






Bila aku dapat balik? Takde sorang pun boleh bagi jawapan...




P/s (i) : aku senior dalam wad ni. Jangan masuk2 nak tunjuk pailang ya! Heh! (sambil genyah hidung)

P/s (ii) : hari ni makan heaveeennn... Ada dumpling. Ada bubur jagung. Kejap lagi mak datang bawak nasi goreng kicap. Weeeehuuuu!




06072013 ~ 2.46pm
Atas katil wad ~ wad kenanga 6a-hospital kluang

Thursday, June 27, 2013

warded di Hospital Kluang

salam you ols... lama aku mendiamkan diri kan? bukan sengaja. niat nak update tu ada tapi disebabkan nasihat doktor suruh aku berbaring je membataskan pergerakan. huhu... bagi mereka2 yang tak pernah masuk hospital and dalam hati gatal2 terdetik nak duduk hospital, jangan mengada2! ingat boleh tido lama2 kat hospital kalau tak pergi sekolah/kerja? berangaaaannnn jelah. hoho... nurse akan sentiasa datang pantau. time2 korang baru terlelap, time tulah dia datang check. huhu...


okay2, entri kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku dimasukkan ke hospital. ceritanya macam ni... hari khamis 13Jun2013, pagi2 lepas bangun nak pergi mandi then aku rasa macam ada air mengalir ke peha. aku pernah rasa sebelum ni tapi tak ambil endah. kebetulan, hari khamis memang aku free tanpa kelas so sempatlah aku google2 masalah pregnancy yang ibu2 hadapi dan aku terjumpa pasal ketuban bocor sampai air habis and baby takleh survive. seriauuuu aku weh! meronta2 hati nak pergi klinik. mencongak2 nak pergi klinik mana? klinik biasa? maternity centre atau hospital besar terus? buat aku rasa gundah. tambahan lagiii... pengetua ada pulak pagi tu! for sure lah susah nak mintak izin keluar. so aku tabahkan hati try tanya2 cikgu2 yang lebih berpengalaman and no one knows this condition. adoi... makin resah aku.

so dalam 12 lebih, aku balik asrama. nak rehat. sebab orang2 selalu cakap, if rasa tak sedap badan, terus baring. baring lama2. so aku dah tak hirau dah balik awal rumah, aku baring tido sampai kul 2pm. siap2 naik sekolah then my lucky day! kereta pengetua takde! aku cepat2 isi borang keluar sekolah minta tandatangan PKHEM. drive straight ke Hospital Besar Kluang. aku pergi Klinik Pesakit Luar. bila nak mendaftar dia tanya masalah apa... aku jawablah aku mengandung and pagi tadi ada rasa air mengalir. dia suruh pergi bahagian kecemasan. so aku pergilah bahagian kecemasan... bahagian kecemasan suruh pergi wad bersalin. perghh... mengah jugak berjalan. sampai sana around 4pm.

dalam 4.30pm nama dah kena panggil. seronok pergi hospital baru. selesa sangat2. jumpa doktor ceritalah balik yang pagi tadi tu aku rasa air mengalir sampai ke peha. so aku tak pasti tu air apa... dia suruh baring and nak cek bahagian bawah. dia sebut dia akan masukkan benda dalam 'anu' aku. aku dah cuak if dia nak guna spekulum (mulut itik). aku pernah cerita dulu pasal mulut itik tu dalam entri sebelum2 ni... dan aku lega doktor ni hebat. sakit memang sakit masa masukkan spekulum tapi tak sesakit doktor kat HSA lah... ini rupanya if siapa2 tak ingat or tak tahu rupa spekulum.


ni yang besi. mostly sekarang guna plastik aku rasa sebab lepas pakai diorang terus buang... (rasanyalah...) motif dia masukkan spekulum ni sebab nak cek betul ke air yang mengalir tu air ketuban. aku tak nampak dia guna alat apa untuk uji but yang aku dengar doktor just cakap, "eh, ini positif air ketuban..." hati aku dah luruh. risaunyaaaa.... then dia cakap keputihan aku sangat teruk. mungkin tu penyebab membran ketuban bocor. infection daripada keputihan yang teruk. then doktor terus cakap, "warded eh... bagi kami pantau awak..." aku sekadar mengangguk. buatlah apa2 pun... asalkan anak aku selamat.

then datang sorang doktor macam consult2 jugak doktor yang cek aku. bila dia dapat tahu aku baru 22 minggu and dah bocor ketuban, dia pun jadi risau. dia kata 22 minggu awal sangat. jadi kena jaga betul2 tak boleh duduk sebab kalau air habis, kena keluarkan baby and 22 minggu baby memang tak boleh survive. dia kata sekurang2 nya 24 minggu atau 26 minggu ke atas. aku dah mengalir air mata. ya Allah, selamatkan kandunganku... yang tambah aku syahdu, suami outstation ke Pahang. so aku memang alone lah. nak tepon mak ayah memang hati tengah down. kang ada aku call nangis2. nasib baik suami call kan so mak ayah aku terus gerak ke Kluang. kesian diorang... uhuk2. serious sedih. sehelai sepinggang aku kat hospital tu hanya dengan handbag. and doktor sendiri terkejut bila aku cakap aku yang drive sendiri sorang2 ke hospital. huhu....

selama beberapa hari aku hanya dibenarkan berbaring sahaja. baring tinggikan kepala pun tak dibenarkan. apatah lagi duduk. tapi aku duduk jugaklah masa family datang melawat. kawan2 datang melawat. alhamdulillah, terima kasih kepada semua.



inilah katil yang aku huni dari khamis 13Jun2013 sampai Jumaat 21Jun2013. lenguh and sakit badan kerana asyik berbaring. tapi semuanya demi kebaikan aku dan anak. semoga semuanya selamat dan anak ini dapat lahir dengan normal dan sihat. alhamdulillah, dah masuk minggu 24. makin lasak dia dalam perut lagi2 bila dengar suara suami aku. semalam masa suami letak telinga kat perut, baby tendang kuat. hehe... tendang muka Papa ke sayang? takpe, tendang2 masa dalam perut takpe... keluar nanti jadi anak yang baik ya, takmo main tendang2 orang. hehe...




nanti dalam entri seterusnya, aku akan cerita bahaya kebocoran air ketuban sebelum masanya ya. hasil bacaan dari dalam internet. bagi pengetahuan bakal2 ibu dan ibu2 yang tak pernah hadapi masalah ini dan tiba2 terjadi pada mereka. semoga kita sama2 ambil iktibar dan tabah. yang penting kena kuat supaya anak tahu kita pun kuat!







p/s (i) : hari ni nak tidur jelah... esok2 nanti dah kembali bekerja, takde dah masa nak rehat lama2 macam ni. huhu...

p/s (ii) : semalam false alarm. risau ada kebocoran lagi terus aku ke HSA. alhamdulillah negatif. 

p/s (iii) : suami outstation lagi ke Terengganu. semoga aku sihat dan suami tak risau pasal kesihatan aku.

p/s (iv) : terima kasih untuk mak ayah, mak abah, suami, makcik pakcik, kawan2... 






27062013 ~ 11.13am
depan tv ~ ruang tamu-rumah Impian Emas

Wednesday, June 12, 2013

Wildlife Park, Philip Island

hai2 korang... aku sebenarnya bukan takde kerja tapi malas sangat rasa. lunch break ni macam nak pergi Giant tapi macam malas pulak. dahlah kereta tak bawak naik so take time jugaklah aku jalan kaki (yang tak berapa jauh tuuu) balik asrama then panaskan enjin kereta. hmm... tahu2 lunch break dah habis. tak sempat nak rehat. kadang2 tulah... aku ni lagi pentingkan tidur. haha...

okay, day 1 di Melbourne, kami ke Philip Island. itinerary semua planned by Amir. yelah, mana reti kan. dulu kat NZ, Sir Abdullah yang tolong plankan itinerary. kalau kitorang yang plan memang kat Christchurch jelah kang. huhu... aku bangun dalam 7.30am. around 5.30am Malaysia. dah siap mandi adik aku mintak aku buatkan sandwich untuk bawak bekal ke Philip Island. dia kata kang along the way yang almost 3 hours tu kalau aku lapar bolehlah makan sikit2 before proper meal.

sebelum sampai ke Wildlife Park tu, adik aku stop kat San Remo Jetty. takdelah menarik sangat but a nice scenery and kebetulan dah dekat pukul 12.00pm. elok2 waktu untuk feeding Pelican. what is Pelican? tahu tak cerita kartun omputih yang ada burung konon2 bawak baby guna paruh dia tu?


first time kot tengok Pelican ni. besarrrrrrrr gile! nak tengok besar mana? ha, sebesar orang. aku tak take picture pulak masa orang2 tu tengah bagi makan. menyeramkan. huhu...


adikku yang sengal. how i miss him soooooo mucho2!


lepas tangkap2 gambar, buang2 air semua, kami pun meneruskan perjalanan ke Wildlife Park. sampai2 je sana, aku grab sandwich dulu. kang dalam tu tiba2 rasa lapar nak cari makan kat mana? hoho... tempat ni adik aku cakap macam own by personal people. bukan macam zoo lah. tapi kawasan dia sangaaaat besar dan banyaklah binatang2 Aussie yang tourists should come. contohnya kangaroo and koala, wallaby, tasmania devil, wombats, dingoes, hawk. eh, banyaklah... kawasan yang luas. aku dah kepenatan. kasut pun dah kotor buat hilang mood sikit. hehe... eh lupa nak mention, entrance $16 including feeding food untuk binatang2 ni.


ini adalah wallaby. rupa macam kangaroo tapi smaller. tangan dia pun kecik tak macam kangaroo. kangaroo tu kalau tumbuk mahu menangis. hehe...


ini kangaroo. time ni diorang tengah berkumpul kat padang rumput tu. kebetulan ada few more tourists. jadi galak lah kangaroo2 ni kerumun orang2 yang tengah bagi makan. sekali bagi makan kat sekor, datang lagi 2, 3 ekor macam nak serang. hui seram aku. haha... cousin aku bagi makan kat sekor then dia sauk sack tu lagi nak ambil makanan. maybe dia slow sangat, kangaroo tu tak boleh sabar. terus kena tumbuk kat paha. haha... tangan diorang ni berlumpur. so habislah kotor seluar.


koala, nothing interesting nak cerita. macam lutong. you datang tengok dia jelah. dia bukan bergerak2 sangat. hoho... ada beberapa ekor je yang tengah gerak2 makan. yang lain tidur. heh!


ha, apa batang kayu aku tunjuk ni? haha... ni cage tasmania devil. diorang ada kat dalam kayu balak tu. teringin jugak nak tengok diorang pusing2 macam dalam kartun tu. eh, ke tuuu kartun je? diorang betul2 boleh pusing tak? oh noo.... kartun ni banyak menipu rupanya.


alamak, tak jelas sangat gambarnya. ni dingo. macam anjing, macam singa betina. aku pun tak reti nak describe. macam coyote lah. ala2 bahaya gitu... 

picture of the day. gerek kena serang dengan kangaroo. hehe... kelakar tengok. kangaroo boleh berdiri setinggi manusia. hoho... aku pun seram sampai takut nak bagi makan dah.


yang ini scene atiqah kena tumbuk. haha... dia jerit2, "kejap lah... kejaaap!" macam kangaroo tu paham. kikiki... yang dia tahu kat tangan ada kantung berisi makanan dia. dia dah terbiasa agaknya sampai dengar goncangan kantung tu pun dah cam berlari2 ke arah bunyi. oh serammmm...


kat sini pun ada emu, kasawari. tapi tak dilepaskan bebas macam ni lah sebab takut dia serang pengunjung. tak berapa jinak. cousin aku dengan berani masuk kandangnya last2 macam nak kena serang. haha... ada black swan. macam swan jahat pulak aku tengok. ada black hawk. macam2 jenis helang yang besar dan cantik. gambar wombat takde pulak aku nak tunjuk. rupa dia macam tikus besaaaar yang takde ekor. hehe... tak boleh bagi makan kat wombat katanya gigi tajam kot.



ah, dah lenguh kaki berjalan barulah kami bergerak ke destinasi seterusnya. ke Cowes dan Nobbies. nanti aku update ya. ni pun dah kebas jari yang sedia kebas ni. bilalah kebas ni nak baik :(





p/s (i) : banyak betul spending sekarang ni. bila jawapan perpindahan eh?

p/s (ii) : okay, dah nak pukul 1.00pm. siap2 nak balik lunch break. yeay ada meehoon tomyam free. seronok! jimat duit. hehe...

p/s (iii) : dah kena kemas barang sikit2. dan collect maklumat yang perlu.

p/s (iv) : gerek outstation lagi. bagi mereka yang tak paham PJJ, they have no right to comment. waktu aku dapat bersama dengan suami suntuk sangat. jadi aku akan jadi selfish. suami aku kena bersama2 dengan aku. walau berpisah sehari pun aku akan rasa sakit hati. takde kena mengena dengan mengandung. bila dah kembali bekerja, bila yang dapat jumpa? 2 hari seminggu? kadang2 10 hari baru dapat berjumpa balik if dia ada kerja hujung minggu. so yang tak pernah PJJ, sila jangan komen atau masuk campur. anda tak paham.





12062013 ~ 12.35pm
meja aku ~ bilik guru-KVK

Tuesday, June 11, 2013

trip to melbourne

hai2 you ols... lama aku tak update blog. aku tengah takmo layan budak2 ni. dok tahan rasa je budak2 bising dalam rumah ni. ai... lagi2 budak tahun 1 aku takmo rapat2 sangat. nanti naik kepala. huh, nanti aku dapat tukar, siapalah nak marah budak2 ni. kikiki... lagipun, gerek asyik pesan jaga sikit bahasa tu... hoho... aku kalau marah budak memang terus naik hantu.

okay2, nak cerita pasal trip ke Melbourne aku. huh... sedih... pergi sekejap je. aku estimate kurang hari lah. uhuk2... yelah, based experience aku ke NZ dulu, takmolah lama2 sebab masa pergi NZ dulu dalam 8 hari sampai mati arah tak tahu nak pergi mana dah. yang Melbourne ni memanglah sebut ala2 macam 6 hari tapi sebenarnya 4 hari penuh je berada di sana. hari pertama dan terakhir tu kira perjalanan je.

jadi flight kami dari LCCT ialah 1.40pm pada 31Mei2013. perjalanan lebih kurang 7 jam dan kami sampai awal 45 minit. hebat pilot kami. hehe... aku dah teruja tapi disebabkan awal sangat, kapal kami beratur untuk turunkan penumpang. hehe... macam kelakar. and terpaksa tunggu luggage turun jugak sebab hujan lebat sangat. so we take our sweet time jalan2 dalam airport tu, taking2 picture. baca2 brochure. kikiki...



masa kitorang sampai around 11.30pm. so we went for supper. adik aku bawak g makan kebab. uncle kebab yang sangat kelakar buat2 lawak pulak main trick dengan aku and tiqa. menjerit kitorang. haha... kawan2 adik aku cakap dah lapuk trick tu sampai diorang nganjing2 pakcik tu. huhu... and paling best hari pertama sampai, ada asap2 keluar dari mulut. kikiki... memang yang tu kami paling jakun ya... ni keesokan harinya, tangkap gambar kat taman bawah rumah adik aku. cantekkkkk!


ni dalam rumah adik aku pulak. hamboi rumah diiaaaa... memang macam rumah orang bujang. hoho... aku membayangkan macam rumah omputih2 tu kan... dari luar memang nampak ya. susunan dalam rumah dah memang macam omputih dah. tapi budak2 bujang yang duduk... terus tak nampak macam omputih sangat dah. haha...





aku dah cuba untuk mengemas sikit. tapi takde hasilnya. kikiki... sikit jelah aku cuba ngemas. at least i tried! then macam feel sorry untuk adik aku sebab aku tak pandai masak. dia cerita if family kawan2 dia datang nanti diorang yg masak for the boys. but... sorry ye, i tak pandai masak. nanti i belajar masak kita makan2 di Malaysia jelah. hehe...

oh forgot to mention... kitorang pergi Melbourne bertiga dengan sepupu aku seorang. this is her! the bestest cousin. wuahaha... nanti kita buat trip family ramai2 pulak. pergi bandung ke... best jugak kan?




nanti aku sambung cerita eh what we did in Melbourne. hehe... macam penat pulak dok rotate2 gambar but tak keluar betul. arghhhh! stresss!





p/s (i) : macam2 nak cerita tapi leceh betul upload2 gambar bermasalah ni. haish!

p/s (ii) : esok rabu, gerek ke Pahang. adoyai... 2, 3 minggu ni dia asyik outstation ajelah. aku? stay Kluang ajelah!

p/s (iii) : ada nak counting down apa2 tak? hmmm... sad sad sad. macam segala motivasi dah selesai untuk tahun ni. so counting down to baby lah. hehe...





11062013 ~ 10.26PM
katil aku ~ bilik aku-kediaman warden KVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com