hello2... oh, aku sebenarnya balik dari sekolah tadi nak tidur. tapi entahlah, aku masih teruja. so disebabkan ke'excited'an aku ini, aku tak dapat tidur dan terus online. tengok2 fb, blog tanpa arah tujuan. mentang2 P&P esok dah ready, so aku tinggal plan untuk hari rabu pulak. hm... kena beli wedges baru sebab wedges aku dah tertanggal tapaknya. aiseh... kalaulah hujan kat luar sana adalah hujan duit, aku tadah dengan tangki air yang kaler hitam tu. hoho... oh, seronoknya...
okay, update kali ni... nak cerita pasal pre-anniversary aku dan gerek. yelah, terpaksalah sambut awal sebab anniversary kitorang jatuh on weekdays. for sure tak dapat jumpa dia. patutnya sambut minggu depan 28ogos. tapi dia ada hal. so, sambut lebih awal. plannya sambut hari sabtu lepas tapi aku ada sekolah ganti, jadi nak keluarnya selepas aku balik sekolah lah. tapi di atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, pukul 5pm lebih baru gerak dari rumah aku. awal lagi nak pergi buka puasa. dah book so tak berapa risau dengan tempat lah. jadi round2 city squre. dalam pukul 6 setengah baru gerak ke tempat berbuka. so, ini tempat kami berbuka. he... excited aku. jakun sebentar.
kami antara terawal sampai. he... taking2 picture dulu. terharu, ada daisy. my favourite flower. orang ni macam tahu2 je aku and gerek tengah sambut something special. and... aku rasa both aku and gerek makin cerah. atau sebab pencahayaan yang mantap? hehe... tak kisahlah. aku nak kata jugak aku makin cerah. gerek? maybe kot kerana pencahayaan yang mantap. kikiki...
yayang saya yang tembam lagi montel tak larat macam nak meletup pipinya. kikiki... love you sayang. thank you for the past 6 years you make me happy and bare with me.
honeymoon. eh, suka hati aku lah nak panggil diri sendiri honeymoon. hehe... moon = gerek. honeymoon = aku lah. he... aku cerah kan? oh, kalau kat UTM asyik muka rentung aje.
our first round. he... book atas nama aku. nama aku ni memang payah untuk di eja dengan betul lah. kalau orang tu eja betul for the first time, aku belanja dia makan.
and these are the environment. bestlah, happening. dia bukak ballroom yang besar. selesa lah. diorang pastikan keselesaan terjamin. tak seperti sesetengah tempat yang lebih utamakan duit dari keselesaan customer. ada certain tempat aku pergi tu, punya pack sampai berlaga2 kerusi nak duduk. hish! tak senonoh!
and there are a lot of food. variety of them. ada 13 states punya makanan tradisional. bbq. nasi beriani. seafood. chinese style cooking and malay too. ada sate, ada otak2. ada kambing golek. wow!! memang kena stay lama2. kalau sekejap je macam rugi je. he... and ada aiskrim macam kat RAWA. hoho... seronok.
p/s (i) : masih lagi excited. happy kembang kempis jantungku... lalala~ ketika cinta bertasbih (tak pasal2 pulak keluar lagu ni... haha...)
p/s (ii) : agak2 tahun ni mak ayah still sponsor baju raya aku tak? oh... kekurangan baju baru. nak baju baru. nak baju akak2. biar nampak matured sikit. huhu...
p/s (iii) : dy... i loveyou yesterday, today, tomorrow... i sayang u very the strong.
23082010 ~ 4.41pm
rumah aku ~ bilik aku
we were made for each other...
EVERYTHING ABOUT YANNA
Monday, August 23, 2010
our 6th pre-anniversary =)
Sunday, August 22, 2010
berbuka di TIPTOP!!
p/s : update ini di dedikasikan kepada kak Zack Blossom yang kepingin ikan bakar hari tu. hehe...
hai2, kejadian berlaku hari jumaat lepas. semalam nak update tapi terasa nak cerita pasal benda lain pulak. he... bila takde cerita, memang langsung takde. tapi bila ada, bertindih2 pulak banyak nak cerita. ni pun tengah simpan lagi satu cerita. esok baru aku update yang itu. kali ni adalah berbuka puasa bersama Encik Gerek, Cik Hapisang, Encik Amir. hehe... seronok!
okay, benda ni rancang sekejap je. masa berbuka hari khamis tu ayah aku cakap hari jumaat dia nak buka kat surau. mak aku nak ikut tapi bagaimanakah dengan anak dara dia seorang ni yang ke surau?? aku pun dengan lembutnya berkata... "kalau mak nak buka surau takpelah, adik buka dengan piza". ceh... dalam hati, bestnya dapat buka dengan cik hapisang. tapi nak buka mana. perah otak jugak sebab aku tak berani drive malam. then decision made, TIPTOP favourite kami!! ajak incik mohd amir sekali. he...
so, plan kitorang. maghrib dulu kat rumah baru gerak. eh, lupa nak cakap. gerek pun ada sekali. he... menambahkan kebahagiaan di hati aku. hehe... sampai2 tu tak buang masa. terus pilih ikan, order nasi goreng, air2 favourite kami. taaddaaaaa... inilah dia!
makanan kami : nasi goreng cina, nasi goreng kampung, ikan pari bakar 2 keping. minuman : air kelapa laut, ABC, cikong sejuk, teh o panas (ni gerek punya... macam orang tua. kikiki...)
participants pada malam itu :
peace, piz, peace... kamu jangan nakal... lalalala~
nauzubillah pipi aku... for my defense, dalam mulut banyak nasi. tu yang kembung. hahaa... plus, amir tak pandai ambil angle picture yang cantik. cis!
had a blast night! menceritakan kembali detik2 piza bermain magik kepada incik amir dan incik gerek amat kelakar. nyaris tersedak aku. huhu... nanti kita buat double date ni lagi yek. hehe... piza malu2 ke... malam tu piza kelihatan bertambah2 tinggi. memandang rendah kepada aku dihadapannya yang dah sedia rendah ini. kikiki...
p/s (i) : esok dah sekolah. aiseh... 6 hari bersekolah. really can't take it. this week too. sure balik lepak. please balik pukul 1.50pm lagi... please...
p/s (ii) : bought the thing i want most in these past 6 years. thank you sayang... sorry ter'over budget you. loveusoverythemuch! ada nama kami.
p/s (iii) : interview... still bothering me. lebih2 lagi nak merdeka ni. rasa malu bangett... ohhh... maluuu!
22082010 ~ 9.47pm
rumah aku ~ bilik aku
Saturday, August 21, 2010
kisah masa hadapan
sebenarnya... takde apa2 nak update. ada, tapi nantilah ek kawan2. esok saya update pasal double date saya semalam. hari ni tiba2 nak cerita pasal benda yang tak ada kepastian. tiba2 macam nak cerita pasal benda yang kita takkan tahu selamanya... masa hadapan.
okay, start dari kita berakal yek. sekolah rendah. hidup masa kecil. seronok je kot. belajar. pergi sekolah. tuisyen. aku tuisyen dari kecil. lately ni aku selalu teringat masa aku pergi tuisyen BI. aku pandai eja refrigerator and fire extinguisher masa aku darjah 2. sebab time tu cikgu aku suka main spelling. habis darjah 6, aku tak pernah terpikir nak masuk sigs. mak aku suruh masuk ssi. tapi sebab kawan2 aku pergi sigs, aku mengamuk nak pergi sigs jugak.
mak aku selalu terapkan aku nak jadi doktor. siapa taknak jadi doktor? semua orang nak. tapi mampu ke aku? habis PMR, pergi teknik, ambil sains pertanian. dengan harapan dapat jadi doktor. tapi biologi dapat paling rendah. mampu ke aku? lepas masuk matrix, aku decide, taknak jadi doktor. untuk seketika, takde cita2. akhirnya... bila masuk UTM, tekad kuat nak ambil pendidikan. siapa sangka aku decide nak jadi cikgu?
di UTM, ambil TESL. siapa sangka aku nak jadi cikgu BI? dulu yeye nak ambil pendidikan math. tapi akhirnya... aku rasa BI is my thing. but there's a lot to improve. then, after 5 years in UTM, menanti hari konvo. macam tak percaya hari ini akan datang. hari pengiktirafan aku tamat belajar dengan jayanya. syahdu. sebab dalam family aku yang pertama nak naik stage. nenek aku mesti bangga. aku cucu pertama tamat ijazah. makayah aku pun mesti bangga. cikna pun. abang? boy? yang tu aku tak tahu. perangai masing2 aku tak paham. gerek bangga tak agak2? tapi yang penting, aku bangga dengan diri aku. 5 years of hardship. aku dapat tempuhi.
then, agak2 aku lulus interviu tak? aku takut tak lulus. then, kalau posting aku kat mana? kawan aku yang gagal interviu kena hantar ke sarawak. then, bila aku nak kahwin? oh, mood gatal masuk sekejap. persoalan tu akan terjawab bila sampai waktunya. sebab ia dinamakan masa hadapan...
p/s (i) : waiting for the answer for the interview. decision is based from the answer.
p/s (ii) : celebration pre-anniversary with gerek and my parents. how cool is that?
p/s (iii) : maybe have to postpone to tomorrow. macam tak sempat je hari ni... hunting for my present. suka!
21082010 ~ 4.09pm
rumah aku ~ bilik aku
Monday, August 16, 2010
1st weekend Ramadhan =)
he...baru dapat update pasal hari sabtu lepas. lupa nak cerita pasal 1st day Ramadhan. masa 1st day Ramadhan, aku and mak ayah berpuasa di kampung. a day before kan kitorang balik kampung. then sahur kat kampung, bawak nenek aku pergi klinik. then gerak ke Seremban. nak berbuka dengan adik aku. sekali calling2 abang aku nak join sekali. it's been a while since our family had our 1st Ramadhan together. so, ayah sure terharu lebih2. huhu... aku pulak bengang abang bawak kawan perempuan. aku sound terus kat minah tu "don't get too serious. u'll get hurt" speaking beb. hoho...
okay2, back to the point. hari sabtu lepas. adik aku ada. dia request kat cikna nak makan carbonara. hui... sebut je dah penuh air liur aku dalam mulut. hoho... hari tu cikna bukan setakat masak seafood carbonara, dia masak spagetti bolognaise jugak. hui... gile heaven. tapi kalau makan ramai2 lagi best. ni berlima aje. hmm... apa2 pun, syukur... nak tengok rupa carbonara nya? taadaaa... udang KK mali woo... BESARR punye... ada cendawan shiitake. kali ni request suruh cikna buat berkuah sikit. hui... jejer tuu...
okay, ini meja makan kami. spagetti bolognaise and roasted chicken wings. memang western habess sabtu tu. ayah aku kureng sikit. but disebabkan adik aku request, dia senyap aje. cuba aku request. mau separuh meja western, separuh meja lagi nasi+gulai+ulam2. hehe... lidah timur 100%. mesti mau nasi.
dan menambahkan kegembiraan aku hari sabtu tu. package yang aku shop online sudah tiba awal pagi itu. huhu... aku belum bangun tidur. mak ayah aku ambilkan. huhu... seronok. crocs original okay. orang tu beli pukal straight from China. hanalei kawan sekolah aku punya. harga retail rm229, harga online rm130. minnie jane harga retail rm129, harga online rm60. kelam kabut aku beli walau dah ada minnie jane pink. hehe... purple cik hapisang punya. aku punya gold colour. cute! ops, qibby tu sebok nak enterframe. zirafah takleh kawan dengan buaya okay qibby. hoho...
ini kaki kami pakai tadi for the first time. okay2, aku tahu kaler piza totally off dengan baju dia. he... mak aku gesa beli jibbitz. dia kata tak cute takde button. hehe... "mak nak sponsor ke? mau beli 10 terus"
p/s (i) : sorang2 dok rumah. seram pulak. gunting sebelah laptop je ni. sebagai senjata mempertahankan diri. gunting cukup tak eh?
p/s (ii) : hari ni berlaku drama sekejap. aku nyaris kena berhenti kerja. konon nak kerja dengan piza. rupanya taken already. but then, rezeki masih di SMKTU. sambung lagi. maybe until October. alhamdulillah...
p/s (iii) : mutiara rm68++ per head. boleh tak?
p/s (iv) : nak berbuka dengan cik hapisang and encik amir. tapi... di mana ya? no idea. JB cathering? i dont like2 lah...
16082010 ~ 10.00pm
rumah aku ~ bilik aku
Sunday, August 15, 2010
potluck KEBIRU SMKTU
hello guys... jangan mengeluh lagi. entri pasal makanan lagi ye... hehe... ni nak cerita pasal a day before 1st Ramadhan. sekolah aku buat potluck. apakah potluck? kalau tengok dalam kamus, dia cakap, majlis makan2 di mana pengunjung2 membawa makanan dan berkongsi ramai2. hari isnin aku dah gabra. nak bawak apa? huhu... so konon nak bawak cheesetart. sekali orang tu dah tak buat. then teringat kuih talam mak selalu order. bolehlah! kuih talam kacang merah 1 talam! murah aje. rm18 tapi berat dia nauzubillah. nak order? ada bermacam jenis kuih talam. seri muka pun ada. talam kacang hijau, ada kuih kaler coklat tu. apa nama ek? haha... aku fail name2 kuih ni. yang aku tahu, MAKAN! he...
pagi tu lepas sampai sekolah, aku tolong2 cikgu2 kemas bilik tempat majlis di adakan. taruk ais, susun2 makanan. gile kecur. majlis start pukul 9am pulak tu. haish... kiranya siapa2 free boleh datang makan. tapi aku kelas pukul 8.10am sampai 9.30am. uhuk2... rugi setengah jam. he... habis je kelas aku terus pergi. ada banyak gile makanan. spagetti, mee bandung, laksa penang, nasi lauk gulai, ikan masin, ulam2. gile heaven. then ada kek secret recipe 2 jenis. both cheese. kuih2, kek coklat, puding, cocktail. then ada buah2 jugak pengetua sponsor. buah2 tempatan aje. sebab sekarang musim kan... inilah dia makanan2 nya...
tapi bestlah... aku stay kat bilik tu sejam. haha... semua jenis makanan aku try. ambil small portion lah. kang orang datang tak merasa. but, tujuan utama aku adalah spagetti! sebab masa pagi2 tu aku ushar2 makanan, spagetti paling menyelerakan. kakak duduk sebelah meja aku masak. daging dia banyak!! ada mushroom besar2 yang banyak!! heaven seh korang...
he... ni pulak part of buah-buahan... banyak sangat kalau nak tangkap gambar semua. air2 aku lupa nak take picture. ada puding, cocktail, orange and air gas. huhu... aku melantak air gas. puding nak makan tapi perut penuh sangat. konon nak datang second round tapi malu pulak. hehe...
inilah bilik tempat majlis diadakan. bilik masakan untuk KH sebenarnya. so tempat yang sesuai lah kan?
p/s (i) : sambil menaip sambil tu perut berkeroncong. huhu... dari tadi kerja tak start2. kenapa aku macam gabra nak mengajar ni eh? ish!
p/s (ii) : ish, nampak gaya macam tak boleh mintak hadiah je sebab nak pergi tempat best... uhuk2... nak hadiah... and nak pergi tempat best jugak...
p/s (iii) : back to reality. hari ni berbuka biasa2 je eh. huhu... but still malam nanti nak makan aiskrim goreng jagung. oh... sebab dah keras. semalam cair. so 2 hari ni adalah proses pembekuan. huhu... freezer mak penuh gile.
15082010 ~ 1.41pm
rumah aku ~ bilik aku
Saturday, August 14, 2010
family day di DAMAI~
hello2, sorry guys, aku dah warning entry2 akan datang banyak tentang makanan. entri kali ni pun pasal makanan. benda ni dah terjadi lama dah. tapi asyik tak sempat je nak update. ayah aku cakap, "nanti malam kita pergi dinner kat Damai. ayah belanja." tempat ni boleh tahan lah tapi dengan syarat kena pandai order makanan. menu tu. contohnya kalau tomyam, lawan dia siakap 3 rasa ke... macam tu lah. jangan tiba2 order terung bakar. siapa nak makan? orang2 berumur makanlah terung tu. kita yang muda2 ni. hoho...
okay, aku tahu restoren Damai ni dari kawan mak aku. dulu dia pernah belanja sini. makanan dia memang sedap. tempat pun ekslusif. but dia tak pandai pilih menu. bukan2 dia order. sup sayur yang pelik, terung masak kicap and entah apa2 lagi. kali ni, target aku nak order makanan kesukaan aku aje. dah bapak aku offer nak belanja semua2 kan. ini entrance nak masuk restoren dia ye... nice kan? sebelah kiri tempat diorang masak western.
then aku pelik, ayah jalan laju and macam tengah cari somebody. aku tanya dia senyap je. tibalah di satu sudut agak tersorok. heh, ramainya? apasal meja macam banyak je ni? ayah belanja semua ke ni? banyak duit ayah? lepas salam dengan orang ni, salam dengan orang tu, rupanya family day department ayah. ceh ayah ni... poyo konon belanja.
sebelum majlis bermula, aku jalan2 round kawasan Damai ni. okay, kat sini ada 1 gazebo. ada pond jugak. budak2 tengah main2. dapat tangkap ikan agaknya main2 kat pond tu?
ni picture angle dari pond. gegar tangan pengkor lah ni. gabra agaknya jalan sorang2. hehe... macam romantik gitu kan.
yang ni aku suka kalau nak dating. ada meja kecik. boleh makan meja rendah dating2 jiwang2 di sini. abang tu dah segan2 aku tangkap gambar diorang ada dalam 3 kali. hehe... tangan asyik gegar aje. huhu... sori bang.
okay, majlis dia simple. actually family day ayah 2 hari 1 malam kat Desaru. atas sebab2 tertentu tak dapat diteruskan. so diorang decide nak buat dinner aje. so, after baca doa, mulalah majlis. ada karaoke session jugak. tiba2 ayah ke depan nak menyanyi. hui, marah mak aku. hehe...
okay, saat ditunggu2. makanan kami! ini actually table for 10. tapi ramai tak datang and sesat, table kitorang ada 5 orang aje. gile banyak makanan. ikut nafsu aku memang lantak semuanya but perut ketat sangat dah. dahlah pakai baju ketat. kalau pakai baju longgar boleh cover sikit. hehe...
ada ayam lemon, kailan ikan masin, udang and sotong tepung, sup sayur. lala masak sambal. nasi goreng dia pun sedap siap ada udang and ketam. siakap kukus kuah tomyam. hui... these are only parts of them. ada lagi tapi tak ingat. hehe... sate pun ada ye. aku sebut paling akhir sebab aku tak minat sate. hehe... tapi ayam lemon dia marvellous! seriuous! tiba2 kecur. aiseh...
maaf sekali lagi readers... lain kali bukak blog malam2 ak. hehe... eh, lupa cakap. Damai ni area perling. dekat2 kampung Danga. jalan dalam construction so a bit confusing lah.
p/s (i) : okay, request from boy... hari ni berbuka seafood carbonara cook by miss mokna! hehe... side dishes dia ada chicken wing, spicy drummet, spicy fried chicken and sosej. semua product ayamas kerana baru shopping di ayamas. hehe... kelakar, shopping di ayamas.
p/s (ii) : oh, my... minnie jane yang sempit. but i think i can work it out. berusaha!
p/s (iii) : counting to my special day... 10 days to go. mode : happy! dapat hadiah apa agaknya? hehe...
14082010 ~ 3.27pm
rumah aku ~ bilik boy
Friday, August 13, 2010
happy anniversary mummy daddy!
hai semua... sudah beberapa hari aku tak update blog ya. due to work load and some matters that need to be done first. ops, sebelum tu, nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua pembaca Muslim According To Yanna. tak sempat nak wish. busy2. hari selasa lepas, habis je sekolah kemas2 terus balik kampung. nenek aku tak sihat. then rabu malam baru bertolak balik ke JB. sampai ala2 nak sahur and aku dapat kelulusan tak pergi kerja. he... dan semalam, sahabat mak yang rapat dengan kami telah pulang ke Rahmatullah... syukur sakitnya tidak lama. semoga rohnya dicucuri rahmat dah tergolong disisi kekasih-Nya. Al-Fatihah...
okay, seperti aku dah war2 kan sebelum ni, last week anniversary mak ayah aku. kerana 5ogos2010 jatuh pada hari khamis, kami menyambutnya dengan ke masjid. hui gile... insaf sebentar. aku pun ikut sekali okay! and sambutan makan2nya terjadi pada hari ahad lepas. di IT ROO cafe di Jalan Dhobi. aiseh, puasa2 ni terbayang2 makanan sana, kecur pulak. huhu...
ini ye wajah2 mereka yang menyambut anniversary. macam tak sambut pulak kan? masam dua2. hoho... actaully, mak aku tengah tak sihat. so, macam tu lah muka dia. hehe... ayah aku pulak, after snap je gambar ni, dia capai cermin mata dia, "nak tengok!"

okay, makanan kami. mak : kuew teow cantonese. ada telur ek. muak sikit tapi still sedap masa panas2. lecur beb!
ayah : sirloin steak. aku suka dia tak over cooked. eh, suka lah. sos dia pun aku suka. pepper yang amat banyak!
aku : fried chicken chop with black pepper sauce. selalu aku order grilled. ni order fired, gile heaven. aku suka gile!
kemudian, sudah makan terus balik. nak maghrib dah. huhu... takmo berembun. mak aku baru nak sihat. tapi kat situ paling heaven air dia. ice lemon soda. perghh... macam cikna buat sirap soda but with lemon gile sedap. huhu... kepada mereka yang membaca ketika berpuasa, 'you are welcome'. yelah, aku dah tambahkan pahala puasa korang. hehe... entri2 selepas ni maybe banyak pasal makanan. aku dah lama tak update kan. huhu...
p/s (i) : cian esok cik hapisang ada bengkel pemarkahan. nasib baik i dah tak ajar form5. hehe... boleh rehat sambil menungguh poslaju. seronoknya!
p/s (ii) : bestnya kalau gerek balik. selasa hari tu dapat jumpa sekejap je. uhuk2... tergesa2 nak balik kampung. oh windu....
p/s (iii) : fasa susahnya mengajar telah tiba. pecah kepala aku masa nak buat lesson plan. nak mengajar apa? and handout SVA aku hilang... oh...
13082010 ~ 3.51pm
rumah aku ~ bilik aku
Sunday, August 8, 2010
interview KPM GSTS...
hello2, hari ni baru aku dapat update pasal hari interview aku tu. tarikhnya ialah 4ogos2010, hari rabu bertempat di SMK Mohd Khalid, JB. dekat area2 hutan bandar tu... hui, punyalah gabra. yelah, aku ni kalau bab presentation dengan interview memang foul. dari dulu lagi. huhu... apakan daya, kelemahan masing2 kan. oh seram... malam tu aku nyenyak je tidur. hehe... but terngigau2 dengan notes yang aku baca untuk interview tu... hoho...
hari rabu, patutnya cik hapisang teman but dek kerana dia sudah mulai mengajar, terpaksalah aku pergi seorang2. bapak aku hantar ye. he... tengok muka masing2 semua aku tak kenal. then bergerak ke tepi dewan, oh akhirnya... ada jugak yang aku kenal. sama panel interview pulak tu. so, after ujian INSAK, terus ke bilik interview. kitorang masuk dewan INSAK awal2 sebab cik hapisang dah pesan, paper dia tak cukup. so kena buat beberapa sesi.
masuk bilik interview, dah ada beberapa orang. berbual sikit dengan Rad, budak UTM yang ada. then masuk lagi beberapa orang budak UTM. borak2 jadi kecoh pulak. then interviewer sampai, bapak kawan aku rupanya. hoho... orang pertama masuk, after dia keluar, mulalah yang kat luar tu tanya2 soalan. hm, biasa2 aje soalannya. then ada pasal 1Malaysia. hoho... aku tak tahu apa2. eh, lupa nak cakap, aku orang ke-11. so becok jugaklah mulut aku berbual2. jauh lagi kan. sekali dah tiba orang ke-8, mula jadi penyenyap sikit. huhu... ni keadaan masa awal2 sebelum semua calon gasak berbual walaupun tak kenal. huhu... nampak baik je semua orang. bakal guru kan... =)
my turn, nauzubillah, tak reti aku perkenalkan diri dalam BM. tunggang terbalik ayat aku. terojak sikit ayat. adei... soalan dia, pasal 1Malaysia. huhu... nasib aku study kejap kat luar tadi. then pasal nak buat P&P BI menarik dalam kelas. then untuk pelajar lemah macam mane. then P&P luar kelas macamane pulak. fuh, aku boleh jawab. tibalah saat dia keluarkan duit rm10. "Siapakah lelaki di dalam duit ini?" hadoi... since soalan tu, soalan2 kemudian dia aku jawab dengan penuh tidak yakin. oh... bila tercalar sikit, aku remukkan keseluruhannya. uhuk2...
balik ayah ambil, pergi lunch then after piza habis sekolah, aku pergi fetch dia dan menderu ke Taman U. konon nak celebrate habis interview. mula2 nak pergi SB di Setia Tropika je. tapi masing2 tak tahu jalan. hehe... drive thru SB. negeri mane lagi ada SB drive thru? oh, bangga dengan johor. huhu... saje masih emo dengan kes Famous Amos tu. cik hapisang dengan hot caramel latte dia. warm je. cedap! gaya seorang guru. nasib baik tak pakai nametag. hehe...
cik yanna with both hot caramel latte and ice blended choc cream chip! oh, budak baru tu kurang pandai seperti azim. masih merindui azim yang buat air kami dengan penuh kasih sayang (cik hapisang yang kata) hoho...
then, minah tu teringin ayam penyet pulak. ambil incik firdaus yang sedang melanjutkan masternya. increase sikit ke'hot'annya tu. huhu... tersipu2 dia bila kitorang hon dia dari jauh. haha... gaya yang pelik. dengan seluar senteng, kasut............. apa ek nak describe pasal kasut dia. huhu... nak tangkap gambar ni dia suruh hold jap. nak betulkan rambut. haha...
di sini, telah berlaku kejadian magis, magikal dan fantasi yang tidak tercapai oleh akal. tak sangka, kawan aku pandai bersilap mata. huhu... terkelu sebentar sambil meneruskan kunyahan ayam penyet+sambal pedas yang sedap+nasi putih+sup. kemudian, incik firdaus mengeluarkan ayat2 penyata yang tidak disangka2 sampai meleleh2 air mata kami. hoho... sampai tak habis makan kitorang. kawan2 saya yang amat kelakar.
picture of the day. ketika cik hapisang datang mengambil aiskrim gorengnya semalam. terkujat lagi i dibuatnya. cik hapisang kini sangat pandai memeranjatkan orang. hehe...
p/s (i) : nak keluar pukul berapa pulak hari ni? oh, tunggu ajelah... perut dah berkeroncong hebat ni. teringinnya pizza hut!
p/s (ii) : hari rabu sudah berpuasa. gerek balik tak? boy balik tak? cikna balik tak? abang balik tak? oh... tolonglah balik. i'm bored to death!
p/s (iii) : kenapa aku sekarang ni asyik nak naik angin je... hai Ya Allah, jauhkan aku dari perasaan2 yang tidak baik. lindungilah keluarga ku dari anasir2 jahat. amin...
08082010 ~ 4.31pm
rumah aku ~ bilik boy
Saturday, August 7, 2010
Final Tribute to The Pearl~
hai everyone... hari ni walaupun hari sabtu, sekolah aku ada sekolah ganti. cik hapisang enak sungguh di buai mimpi ketika ber'message pagi tadi. hari ni aku drive pergi sekolah sebab mak ayah aku tak kerja. tapi... walaupun hari sekolah, aku jadi guru pengiring dengan ketua panitia BI bawak budak2 pergi menonton teater 'Final Tribute to The Pearl' anjuran PIBG SMK Permas Jaya 3. pementasan ni dibuat maybe sebab tahun ini adalah tahun terakhir menggunakan novel tu. form 4 tahun ni pun dah guna literature baru. hm, aku suka literature lama... oh... =(
so, pagi2 seperti biasa pergi sekolah. then tunggu masa yang ditetapkan. teaternya di jadualkan around 10.30am. kitorang gerak 9 lebih tapi jem on the way highway pasir gudang tu. adoi, ngantuk aku... risau jugak lewat sampai. tapi alhamdulillah, sampai before 10.30am. daftar2, suruh budak2 duduk tapi until dekat pukul 11am pun teater tak start lagi. dia kata, "theater will start within 10 minutes time"... setengah jam berlalu, mane ni?? rupanya ada masalah teknikal. curtain dia takmo bukak. adei, bukan apalah, benda ni BIG event. yang kerjasama dengan banyak pihak, KPM, akhbar sinar, Power Root. sponsor yang besar2 gabak tuuu... tapi bila masalah macam ni berlaku. aku rasa tak sesuai lah. kena 40 juta kali double check. if tak function, bukak aje curtainnya dari awal, tak perlu tutup2.
okay, check out dia punya ala2 file as souvenir. dalam tu ada beberapa notes and plot and ada questions jugak regarding The Pearl. and dia buat dwibahasa. aku rasa effort ni sangat bagus sebab untuk low proficiency, benda ni amat2 membantu. two thumbs up!!
ni pelajar2 SMKTU. nasib baik diorang behave. hehe... telah di warning, tepuk dengan berhemah. jangan nak buat bunyi2 bukan2 tu. huhu...
ni one part of the scenes. part Kino menyelam cari pearl tu. banyak lah hidupan2 laut ketika ni. ada tiram, ada ikan kecik, ikan besar, obor2, rumpai laut. and paling best, lagu yang di pasang ketika ini adalah lagu My Heart Will Go On. hehe...
ni dia punya prop ye. stage dia. oh, rindu pulak time drama TESLove. prop kita terbaik! huhu... simple but nice. less is marvelous. huhu...
overall, aku gredkan sebagai average. yelah, expectation ter'high pulak. sebab tengok sponsor2 dia gempak2. bila dah banyak sponsor tu kiranya macam play tu gempaklah kan? sebab boleh attract banyak sponsor. then, mikrofon dia pun sometimes tak function. patutnya, as Drama Club Members, diorang dah belajar project suara. kiranya even without mikrofon, suara still kedengaran lah even sayup. ni, pelakon tambahan pulak yang suara lantang. huhu...
ada 3 benda lah yang aku tak puas hati :
- masalah teknikal sampai start lewat gile. benda macam ni tak boleh berlaku. ya, diorang budak sekolah but still, yang bukan sudak sekolah tu?
- harga tiket dia rm10. bagi aku agak melampaulah. setuju jugak dengan pendapat anak2 murid aku. kalau hari rabu, boleh tengok 2 movies. puas hati lagi. ni dia kata, harga tiket and goody bag. hello, nak tahu apa ada dalam goody bag? air mineral yang tesco tu and biskut ala2 love letter julie's but not julie's. yang paket kecik. agak2 berbaloi tak? at least, if ada cupcakes ke... sejuk sikit hati.
- last but not least, ending dia. langsung tak ada conclusion. i mean, okay, teater dah tamat. even kalau kita membentangkan assignment, ayat terakhir kita, "that's all from me, thank you". ni perkataan 'thanks' pun tak ada. at least cakap, "we have come to the end. thank you audience for your cooperation and hope you have enjoy our performance". tak ada, serius wa cakap sama lu... habis je pelakon2 tunduk, miss speaker cakap, "perhatian kepada guru2 pengiring, saya akan panggil sekolah 1 per satu untuk bergerak keluar untuk mengelakkan kesesakan". not proper okay. ni bukan event kecik ni. ni event besar sampai 39 sekolah datang. be more sensitive ya.
p/s (i) : keseorangan di rumah. semua keluar. ingatkan nak ikut tadi. tapi... hm... malaslah.
p/s (ii) : badan penat but still nak online. mentang2 gerek dah ada broadband. huhu... rasa sayang nak tinggalkan komp.
p/s (iii) : seronoknya... gerek tengah surf benda2 yang aku suka. auw, tq yayang!
07082010 ~ 6.35pm
rumah aku ~ bilik boy
Wednesday, August 4, 2010
Miss Nurul/ Miss Eliyana/ Miss Eli/ Miss Yanna ~
hello2 kawan2 sekalian... cerita ni memang dah lapuk. sudah 2 minggu ceritanya, just hari ni je yang sempat nak bercerita pasal benda ni. selalu if ada masa pun, cerita benda lain pulak. huhu... okay, esok (khamis, 5ogos2010), genaplah aku menjadi KGSK di SMKTU selama 2 minggu. huhu... baru 2 minggu tapi kerja dia macam dah berbulan rasa. sekolah yang besar. aku rasa boleh kurus walaupun tak menunjukkan tanda2 kurus. hehe... tapi, i like that school. macam berbelah bahagi. nak sekolah teknik but nak sekolah ni jugak... oh, my mom knows what's best for me. i guess.
okay, mari2 cerita kebaikan sekolah yang sedang aku berkhidmat ni. aku mendaftar diri pada 22julai2010. hari sebelumnya, hari rabu, patutnya aku keluar dengan cik hapisang. then gerek nak balik, cancel dengan cik hapisang. tiba2 awal2 pagi sebelum aku mencelikkan mata, dapat phone call dari encik zamri. nasib baik suara tak serak sangat. hehe... pergi PPD dengan ayah, ambil surat offer, straight ke SMKTU. jumpa pengetua. very welcoming. first impression dah best. then jumpa2 cikgu sikit, very warm welcome. suka!! then pengetua mintak aku lapor diri khamis. macam masuk sekolah. first dalam kepala aku : oh, dah kena bangun pagi. huhu...
ha, muka aku first day at school. gile skema dengan anak tudung. yelah, rambut dah pendek sekarang, so kenalah pakai anak tudung. kang tercacak2 keluar macam landak. huhu... oh, dah tak pandai pakai tudung bawal. sungguh lupa daratan. hoho... aku upload size kecik je sebab muka bengkak bangun tidur tak hilang lagi. hehe...
okay, ni bilik aku. lagi 1 bestnya jadi KGSK kali ni, aku ganti cikgu yang jaga bilik akses (bilik komputer untuk guru2). so bilik ni hanya ada 3 orang cikgu. aircond. hehe... bilik guru biasa takde aircond. hmm... belum upgrade lagi tu. tapi selesa bilik aku ni kan. sunyi je. masa nak study untuk interviu pun tenang je... he... meja aku yang belakang sofa tu.
ha ni pulak, saje je nak tunjuk. labuh tak? huhu... macam ustazah dah aku. piza pun gelakkan aku. kikiki... cikgu BI bertudung labuh. even ustazah sekolah tu pun tak pakai labuh macam aku. ustazah situ vogue. he...
hm, i like this school. cikgu2 dia ramah. aku still takde geng lagi. tapi kiranya dah boleh borak gelak2 lah. maybe i am more independent now. so macam tak kisah pun if takde geng. ada geng pun payah jugak. silap2 kena kongkong. gilelah. nak jumpa kekasih gelap pun payah. huhu... kena mintak kebenaran dulu. tak best! cikgu2 sana pun very supportive. if aku ada problem nak handle budak2, diorang bagi cara terbaik lah nak selesaikan. pengetua dia best, pkhem dia best, GPK bahasa best. ketua panitia BI lagi best!! he... suka lah!
dah cerita pasal cikgu2, cerita pasal budak2 pulak. okay, sebab aku menggantikan cikgu cemerlang, jadi waktu aku dapat seminggu tak banyak. 15 masa je seminggu. macam praktikal dah rasa. aku ngajar 4 SN 1, 4 KN, 5 KN. okay 4 SN 1 ni kiranya budak2 sains tulen yang bijak laksana lah. dah 4 KN and 5 KN ni aliran sastera so belajarnya kureng sikit. 4 KN amatlah mencabar. kurang menghormati cikgu. aku basuh pun tak jalan. tapi 5 KN, i like them! so much! seriously, walaupun tak sampai 2 minggu ajar, tapi dah sayang diorang. huhu... tapi... next week, ketua panitia akan ambil kelas tu. yelah, aku kan guru baru. so takde pengalaman. kena ambil form4 aje. ish, dah rasa macam praktikal betul2. huhu... tapi dalam banyak2 kelas tu, 4 KN tu, aku kena berusaha keras. nak tackle diorang. macamane ek... hmm...
p/s (i) : interview yang amat menyedihkan. semua keluar dengan mata bercahaya... aku keluar dengan mata berair. ohhh... bongoknya aku... ohh....
p/s (ii) : ber'hanging dengan cik hapisang and incik daus. something happened. sampai sekarang rasa nak gelak. oh... daus yang bengong. he...
p/s (iii) : sabtu ni ada teater final tribute to THE PEARL. aku sebenarnya tak pernah baca pun novel tu. so, bagus ni untk aku dapat view about the novel. bukan setakat untuk low proficiency. haha...
p/s (iv) : 2 minggu genap jugak tidak ketemu gerek. hmm... IMISSYOUALOT DARLING!
04082010 ~ 10.02pm
rumah aku ~ bilik boy





