we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Monday, September 12, 2011

RIP : Azreen bt Mohamad

hai2 korang... currently at my room. mendengar santapan rohani. kepala tak tahu pikir apa sebenarnya... there are a lot in mind. a lot. seriuosly a lot. aku nak menyambung menanda paper 2 English kelas 5 PPN 2. tapi atas sekali ternampak nama 'Azreen bt Mohamad'. hmmm... melayang memikirkan dia pula.

Azreen bt Mohamad. i'm sorry i didn't spend enough time knowing you. but you were my student. you were my kid. i know despite the 'hard' you, hidden a 'soft' you. i know you were only trying to have a life, to feel being a kid and adult at a same time. you were a great kid! i love you. we all love you. from teacher, bonda and mummy. kami redha.



arwah di barisan kedua, empat dari kiri. memakai cermin mata bingkai putih. serasa baru semalam memarahi arwah. serasa baru semalam mengenali perihal hati arwah. serasa baru semalam merasa bangga dengan pencapaian arwah dalam Ujian Pentaksiran 2 yang meningkat.


kenapa dengan kelas ini? bukan menidakkan keputusan Yang Satu. salah seorang daripada mereka juga MIA. aku rasa tak berguna kerana tidak dapat melakukan apa2. apa yang sepantasnya aku lakukan... bagaimana mahu mencari dia? haruskah aku masuk campur? apa yang boleh aku lakukan dalam situasi ni? serius, rasa tak berguna... kini, tinggal 20 orang pelajar.













p/s (i) : aku tak tahu apa aku rasa sekarang ni... serius bercampur baur. hmmm...

p/s (ii) : rabu appointment doctor. macam nervous pulak. 2 tahun dah tak buat ultrasound.

p/s (iii) : takde mood nak tulis LP for tomorrow. bawak budak2 ke library ajelah.










12092011 ~ 8.52pm
bilik aku ~ rumah warden-SMVK

Tuesday, September 6, 2011

Mode : Jom Beli Kereta!

hai2 korang... aku dah selesai beberapa kerja. tinggal beberapa minit nak balik. update blog lah kejap. haha... tengah gian nak update blog ni jangan di tahan2. kang tak ter'update untuk satu jangka masa. huhu... yeay! macam happy pulak tak perlu pergi Batu Pahat Khamis ni. mula2 nama aku di sebut secara lisan untuk pergi lawatan 5 S. tapi tadi keluar list nama, nama aku tak ada. huhu... aku diamkan aje. kikiki...






okay2, nak update pasal mood2 nak beli kereta ni. yelah... tak lama lagi aku akan mendirikan rumah tangga. auw! geli pulak sebut. haha... so, after kahwin, kenalah duduk luar. duduk rumah sewa lah. currently staying as a warden in hostel. so after kahwin, takkan nak bawak suami masuk asrama perempuan pulak. plus, aku taknak jugak jadi warden lama2. cukuplah sekadar merasa. huhu... and the problem is now, kalau duduk luar, aku takde kereta. takkan gerek nak hantar and ambil kan? dah kenapa?? jadi, surveying to buy car. mari lihat pilihan2 aku.





PILIHAN PERTAMA




PILIHAN KEDUA



PILIHAN KETIGA



PILIHAN KEEMPAT



PILIHAN KELIMA





at the end... inilah kereta yang paling logik. haha... tapi smart jugak kan? yang penting, ukurlah baju di badan sendiri. jangan baju besar gabak, engkau tu kecik semut. (ayat ni untuk menyedapkan hati sendiri) ohoiiiii... nak beetle!










p/s (i) : okay, 15 minit lagi nak balik. sabar2... tak sabar nak balik and pergi warong abang nuar. lama tak makan mee sup ni.


p/s (ii) : esok trial BI. oh... cuaknya. anak2, bisakah kalian?


p/s (iii) : sudah hari selasa, 6sept2011. serius betul, pejam celik, pejam celik. tua dah aku?? tembam sungguh aku ni. ish!










06092011 ~ 2.37pm

meja aku ~ bilik guru-SMVK

Monday, September 5, 2011

Nur Alleya Adini

hai2 korang... aku baru lepas key-in 1 kelas punya markah dalam SAPS. haha... sorry Norifuan, saya janji during holiday kan? maaf, maaf... raya kan... huhu... ni sedang berusaha dengan kerasnya. tiba2 terindu gerek pulak. sebab kakak2 ni duduk story pasal Econsave. teringat pergi Econsave dengan gerek. huhu... moreh bersama Ramadan lepas. bestnya!






okay2, as promised, aku nak story pasal budak kecik yang merubah Aidilfitri kami. huhu... serius berubah. rumah jadi rilek sikit. yelah, jarang ada budak. bila ada dia, dok melayan dia aje. mak ayah pun macam syok je rasa. budak tu amat nakal. bila dia kecoh becok ke hulu kehilir, aku berdoa, cepat2 lah budak ni tidur. bila dia tidur aku nak suruh dia bangun pulak. huhu...



okay, siapakah kanak2 ini? hmmm... macamane nak terangkan ek. let me put it like this. budak ni anak angkat abang aku. so... raya haritu, abang aku bawak balik rumah. kitorang pernah jumpa dia. time tu dia baru setahun lebih. ni makin besar, makin nakal dan becok. entah apa diperkatakan pun kitorang tak paham. haha... so, this is Alleya and her Papa. haha... serius! aku tak pernah tengok abang aku sebegini rupa. there's a fine line in everything happened. Alhamdulillah.



i can say, budak ni sangat manja dan peramah terlebih. dia prefer older people. like ayah mak aku, makcik pakcik aku. and favour lelaki. dengan adik aku... bukan main. haha... dengan cousins lelaki aku pun bukan main. dengan aku? heh!! lagi sedap aku sakat dia. then budak ni pandai tackle hati makayah aku. kalau dia makan, mesti dia nak suap ayah aku. haha... cewah! ayah memang cair teruslah. dapat cucu instant!



if ayah aku masuk kereta start enjin, nanti dia berlari2 nak ikut. then nak duduk kat depan stereng. nak bawak kereta sekali. huhu... pautan dia sangat kuat okay. so, ayah had difficult time driving with her on the lap. then, dia ni good observer. masuk rumah aku kan kena swap access card. dia baru tengok sekali terus pandai. nampak je nak sampai guard, dia melompat atas riba ayah aku. amik kad, julur kepala nak swap. sebelum swap tu, dia bebel2 pada guard dulu. bertegur sapa kononnnn... huhu... pandai tak?



ha ni, aku paling kelakar. ayah aku duduk kat kerusi after makan. dia tolak ayah aku ketepi sikit, dia nak duduk sebelah ayah aku. then main tenung2 ayah aku, usap2 perut buncit ayah aku. dah usap then dia selak baju ayah aku, dia lepuk kuat2. hahaha... amat kelakar di situ ya!



banyak lagi kisah2 kelakar minah kecik ni. dari mata aku, dia lebih rapat dengan abang aku compare mak dia. dia kalau nampak abang aku, menjerit2 "Pa! Papa! Pa!" then mintak dukung, cium2, pimpin2 tangan masuk rumah. then baru dia keluar balik cari mama dia, "Ayu?" haha... dia panggil mak dia dengan nama sebab dengar abang aku panggil nama.




overall, i'm happy. sebab nampak perubahan abang aku. baru kini tahu jawapan. nothing can change my big bro, but a little girl hold the power. HEBAT!!









p/s (i) : kelas lagi 2jam. aiyo... 4 periods straight. facing 4 EE 2 yang tak sanggup ni. adoyai!


p/s (ii) : esok start trial. adoi... awat aku cuak lebih ni? huhu... malam ni, sesi meng'sms anak2 Tasek to say Goodluck! buat betul2 tau kanak2!


p/s (iii) : cuak, nervous, gembira, excited, sedih, pening. everything in 1. hmmmm...


p/s (iv) : masih depressed sebab berat naik. adoyai... boleh ke ni?









05092011 ~ 11.30am

meja aku ~ bilik guru-SMVK

Sunday, September 4, 2011

Eid Mubarak 1423/2011

hai2 kalian... i'm back after hari raya. hui2... sakan beraya haku. sakan ke? tapi this is my first year officially as a teacher. so, duit raya haruslah disediakan. duit raya haruslah diberikan kini. uhuk2... pokai selepas raya. eh, siapa kata pokai?? ada lagi ni. meh2 datang beraya. (nasib baik aku dah balik Kluang. kikiki...) and currently berada di kediaman warden SMV Kluang. housemates yang lain belum sampai. hmmmm...






okay, entry kali ni nak story pasal Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. huhu... ai, seram sungguh masa nak raya tu. yelah, diet kemain, tapi bila raya, main harung semua. ni baru lepas timbang. DEPRESSED! hish! wajib diet! okay, sebelum terlambat, diucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca, kawan2 dan sedara mara. maaf jika ada terkasar bahasa. tercubit kuat2 ke, terpukul kuat2 ke... terperli over2 ke... i mintak maaf dari lubuk hati ini. percayalah... he... picture di pagi raya. first time ni pakai macam ni. okay, sila baca dan TENGOK sahaja. jangan nak KOMEN2! aku tahu pipi aku bom2 cikebom.




tak banyak sangat gambar2 raya. sebab tahun ni aku pun tak tahu kenapa macam hay wired sikit. then mak pakai baju tak cantek. haha... so ada beberapa pictures sahaja bersama boy, abang, cikna and cousins. antaranya ialah...



kami adik beradik. tahun ni tema kaler lain2 sebab semua lebih prepare for my wedding. huhu... save cost. baju melayu lelaki kan mahal upahnya. lain dari perempuan. huhu...



dan spoiler untuk entry seterusnya... there's toddler in town! nak kenal siapa budak kecik ini? wait for it!



cop, aku belum story pasal baju raya aku. haha... baju ini beli siap. dihadiahkan oleh gerek. mak yang pilih. cantek tak? huhu... my first time wearing baju kurung with lotssssss of beads. and also my first time wearing this kind of tudung. huhu... tudung hadiah from Cik Dah sempena pertunangan aku. huhu... banyak dia bagi. tapi 1 pun tak pernah pakai lagi. 1 Cik Na rembat awal2 dah. huhu...









p/s (i) : sampai je Kluang, dok pikir kerja aje! tapi malas nak start. hehe... berehat2 dahulu. huhu...


p/s (ii) : hui... hui... hui... hui... cepat sungguh masa berlalu. kena cari rumah sewa dan juga beli kereta. WHAT?? baru terasa dewasa. haha...


p/s (iii) : there's a lot of things to learn. to know. to change. and the first step is, TO KNOW.


p/s (iv) : Syawal as a bachelor. haha... lepas ni Masters and PhD pulak.







04092011 ~ 6.22pm

bilik aku ~ kediaman warden-SMVK

Monday, August 29, 2011

Happy 7th Anniversary to ~ae~

hai2 korang... currently berada di depan TV. akhirnya, duduk rumah sahaja since balik Jumaat lepas. dan akhirnya... dapat menonton TV. huhu... dari hari jumaat berjalan2 aje. jumaat malam after terawih, pergi mored dengan makayah, then sabtu keluar dari pagi teman makayah pergi pasar beli2 barang. then g CS dengan boy. kemudian berbuka di luar. kemudia keluar dengan gerek. waaaahhhh... semalam pun jalan2 jugak. penat2. migrain saya.

okay, entri kali ni nak story pasal anniversary aku dan gerek aku yang ke 7. weeee... tak sangka kan dah 7 tahun? tahun depan sambut as husband and wife pulak. agaknya masih tak romantik macam sekarang ni? huhu... okay, pada tarikh 24 Aug 2011, dengan rasminya hubungan kami telah mencecah umur 7 tahun. and i love every single second of it.

okay, pada hari berkenaan, gerek datang amik aku and menderu kami ke JB. singgah sebentar beli kek untuk anak2 murid tersayang. waaaa... rindu mereka. selepas meng'pass pada salah seorang, menderu kami ke Jusco Bukit Indah. booking tempat di Stonegrills, jalan2 pusing2 dan kembali untuk berbuka.


dah makan kenyang2, teringin Waffle-in-Mug pulak. weeee.... okay, my bag is my anniversary gift. cute kan? love it so much! thank you sayang...


i love you sayang... love you every single second we are together. i'm sorry for what i have done.






p/s (i) : kenapa mood raya macam tak naik2 ni? ish!

p/s (ii) : sedang menonton NCIS. seronoknya... lama tak tengok cerita ni.

p/s (iii) : instant niece? maybe it's a good thing.






29082011 ~ 1.40pm
rumah aku ~ depan TV

Monday, August 22, 2011

Pregnant Woman~




hai2 korang... aku kat sekolah ni. sedang buat nota The Curse chapter 7. tapi macam kepala serabut pulak. so, berjalan2 di alam maya. hmm... susahlah nak terangkan pasal hati ni. kejap lega lapang sangat lega. tapi tiba2, all of sudden, serabut kembali. yang pastinya berpunca pada benda yang tak pasti. adoyai... Ya Allah, lindungi kami, lindungi hubungan kami. Jauhkan kami dari anasir2 jahat. Permudahkan jalan kami untuk mendirikan masjid kerana-Mu, Ya Allah...


okay2, entry kali ni aku nak cerita pasal wanita2 mengandung. yelah, takkan lelaki pulak yang mengandung kan? actually, aku tak tahu since when aku sangat interested dengan ibu2 ngandung. aku rasa mereka2 ni sangat cantik and seksi. hehe... geram je setiap kali tengok. macam nak peluk2 perutnya. huhu... tapi bila dengar2 cerita melahirkan, ish! takutnya nak pregnant. sakitnya melahirkan (walau tak pernah rasa... based cerita kakak2).


tahun lepas masa kerja di Tasek, ada seorang ustazah ni yang aku selalu pegang perutnya... yang penting, bagi salam pada baby nya. Ustazah Zuraidah. he... dia pulak suka masuk bilik aku, lagilah seronok. if kat luar bilik, takkan aku nak pegang kan? dann... tahun ni, di SMVK, ada seorang kakak ni pregnant masa aku masuk. seronok2 je aku pegang perut dia. and dia pun okay. ni lah orangnya. Puan Normala. he...



ajaib sikit kes Kak Mala ni. dah akhir2 pregnancy, babynya songsang. bengkak je mata Kak Mala sebab nangis. yelah, dah songsang kenalah operate. dia takut... then sejak tu, aku rajin2 pegang and berbual dengan baby dia. cakap kat baby, try baby pusing, sian mama sedih sebab baby main pusing. cikgu2 lain pun try to calm her down. and syukur, last appointment dia, baby berpusing kembali! gembiranya... tapi ada sedikit aku sedih. dah sebulan dia melahirkan... aku belum sempat tengok. yelah, langkah di Kluang ni agak terbatas.


seronok gile dapat tengok keadaan ni. ibu ngandung berjumpa ibu ngandung. hehe... aku seronok 2,2 belah tangan boleh pegang perut yang ada baby. weeeee! love it!



aku pulak suka bergambar ala2 ada baby dalam perut. (okay, cover... banyak sangat lemak sampai tak boleh nak cover dah... hahaha)











p/s (i) : there's something that i regret. there's a lot that i am grateful of. life is beautiful. enjoy.


p/s (ii) : apa khabar mereka2 yang sedang busy di JB tu yek? keputusan semua dah buat? eh, teringat ayah! thank you ayaaaahhhhh!! really appreciate it! thank you. i love you ayah!


p/s (iii) : eh, sakit perut. kena taip cepat2 ni... huhu... =P










22082011 ~ 11.08am

meja aku ~ bilik guru-SMVK

Sunday, August 21, 2011

Mohd Azuan bin Ngadimi

hai2 korang... aku sebenarnya nak start buat kerja tapi mood belum sampai. lagi2 bila novel The Curse tertinggal kat sekolah. terpaksa pinjam Huzaifah punya; dia ni pelajar sekolah aku. one of my favourite in school lah. hui buku dia... macam tak pernah bukak. tak senonoh punya budak! buku aku lunyai teruk dah. takdelah teruk sangat, aku kan cermat orangnya. haha...




okay2, as stated di tajuk entri... aku nak cerita tentang seorang lelaki. Mohd Azuan bin Ngadimi. siapa dia ni? ex-boyfriend aku. kikiki... ya, dia ni ex-boyfriend aku. tak percaya? seriously aku tak tipu. dia bukan lagi boyfriend aku, tapi kini sudah menjadi tunang aku. haha... (ayat taknak poyo pulak kannnnn??) and insyaAllah, dengan izin Allah, kami bakal mendirikan rumah tangga. semoga dipermudahkan segala urusan. cincin kami. terima kasih sayang untuk semuanya..




Mohd Azuan; tunang saya... selamanya menjadi gerek saya. iloveyou sayang...



i love being with you sayang... i am used with you around. i am used with the sight of yours, the scent of yours, the touch of yours, the sound of yours... i am used with your phone calls, your texts... i need your attention, your presence. sorry i've hurt you a lot. i try not to, but everything is out of my intention, my mistakes... i thank you for having me in your life. i'll try to give my best in my every single move. i love you.



mood happy gile2 sebab this weekend memang bersama gerek je. jumaat berbuka dengan gerek. tak sempat moreh sebab ngantuk sangat. haha... tapi mestilah bersahur dengan yayang yang cikebom itu. kemudian sabtu berbuka di rumah mak ayah bersama gerek jugak. moreh bersama juga. tapi tak larat nak sahur. hehe... ni pun baru lepas balik dari jumpa gerek. wuwuwuw... gembira.


okay2, picture of the day. misi bulan puasa : mengempiskan perut. tinggal beberapa hari je lagi. sempat lagi tak? BERUSAHA!!









p/s (i) : masih lagi ada... masih... tak tahu apa... tapi masih ada...


p/s (ii) : walau banyak kerja, tapi kenapa malas sangat ni... tolong2, tolong rajin sikit!!


p/s (iii) : hari ni 21 August 2011. hari ni sudah 21hb. intimidating.








21082011 ~ 3.40pm

bilik aku ~ kediaman warden-SMVK

Sunday, August 14, 2011

letters put together

hai korang... aku baru je sampai Kluang. hmmm... selama beberapa hari di JB. seronok. tapi incident hari Sabtu yang tidak menyeronokkan. hmmm... nak buat macam mana... aku yang bersalah... and maybe will always do the same mistake.

korang suka nama korang tak? aku suka sangat nama aku. macam memang nama tu milik aku sorang2. tak boleh ada yang punya. he... tapi dalam banyak juta2 billion2 orang, mesti ada yang sama nama dengan aku kan? nama... teringin sangat membawanya dengan bangga. but it is just few letters being put together to form a word. in my case, 2 words.



i will never bring my name. i will always bring titles.







p/s (i) : mood masih tak betul... tapi ada sedikit kegembiraan. benarlah, jiwaku seorang pendidik. mungkin ada yang tak paham. buat masa sekarang, IDGAD!

p/s (ii) : serious, everything went wrong yesterday. no mood.

p/s (iii) : hari ke-14 Ramadhan... i'm so proud of you, little kid =)






14082011 ~ 5.28pm
bilik aku ~ kediaman warden-SMVK

Thursday, August 11, 2011

Congratulation dear brother!! =))

hai2 korang... aku sempat2 kan jugak nak update ni sebab hati terlampaulah gembira melonjak2 riang tak boleh berhenti tersenyum sewaktu mengajar dan juga tidak boleh marah pelajar2 walaupun mereka membuat silap kerana hati ini terlampaulah GEMBIRA!!! wuwuuw... lama dah debar, siap letak kat alarm lagi kejadian hari ni. dari semalam terpikir2, nervous cuak wooo... apakah sebabnya???? meh2 aku story! kerana budak ini!!



AMIR RIDHWAN BIN MOHD YAZED.



weeee... di sini, officially dari seorang kakak yang amat menyayangi adiknya, i nak ucapkan tahniah yang berjoootttaaaaa2! tahniah budak kecik! i always know you can do it! hari ni hari apa? hari ni adalah keputusan A-Level adik aku. selama 2 tahun dia mengambil A-Level di Kolej Mara Seremban. jadi.... aku gembira kan?? maknanya, dia LULUS!!


if dia lulus, maknanya??? he's going to fly! weeeeee!!! happy2! nak pergi hantar. kalau tak pun, honeymoon kali kedua lah. hehe... tahniah oi! aiyo2... tak tahu nak describe macamane dah perasaan ni... adik aku! adik aku yang poyo2 sengal2 tu? going to fly? ish! seronok2! hmmmm... dah besar rupanya adik aku.












p/s (i) : esok balik JB! nak berehat, tapi banyaknya kerja!! wuwuwuw...


p/s (ii) : ohoi bazaaaarrrr.... i miss bazar ramadan sooooo much! nak g bazar kampung melayu. yok yok yok!


p/s (iii) : adik aku fly... tinggallah makayah berdua di rumah. huhu...










11082011 ~ 1.07pm

meja aku ~ bilik guru-SMVK

Wednesday, August 3, 2011

Lucky =]

hai2 korang... aku baru lepas stapler Ujian Pentaksiran Kurikulum 2. esok paper BI. wuwuwu... selepas bercuti selama beberapa hari, otak macam lembab sikit. nak berehat2 je kerjanya. balik sekolah tadi memang tujuan utama adalah TIDO! gile aku sekarang, tido je kerja. kat rumah apatah lagi. asal sempat ajeeee.... huhu... ni kena betulkan skema jawapan. tulis blog lah kejap. coretan ringkas.


hmmm... pernah korang dengar lagu Britney Spears? Lucky? meh aku bagi sedikit liriknya.part chorus ek.


She's so lucky, She's a star

But she cries, cries, cries in her lonely heart, thinking

If there's nothing, missing in my life

Then why do these tears come at night



lately ni... i've been put on a lot of pressure. different kind of pressure. not like study life. study tu... that time mesti kita rasa macam tak terbendung kan? tapi bila compare dengan apa kita rasa sekarang, benda tu small matter je. ada lagi dasat dari tu... sekarang ni... working life... and a lot more. sampai kepala aku ni tak fokus. i can hardly focus at one thing. macam memerlukan sesuatu nak stay focus. hmmm... banyak sangat. dan i can cry anytime.


Alhamdulillah... i don't have any complaint. i have everything that i want. my life, i can say next to perfect. aku takde masalah yang berat. aku ada segala2 nya. tak mewah tapi aku pun tak susah. people want my life. people work hard to get my life. tapi kenapa aku macam ni?



there's a lot in mind. i need someone that i can share all that things. but i haven't found one. Cikna... will you understand? ha... terus nak menangis menaip ayat2 ni... chow korang!









p/s (i) : susahnya... sebenarnya tak susah... tapi aku yang menyusahkan hidup sendiri.


p/s (ii) : hari ni berbuka di Dewan Makan bersama kanak2 SMVK. boleh tahan sedap nasi ayam dia. sirap dia pun sedap.


p/s (iii) : still... Nurul Eliyana. this is my name. hope people won't forget.


p/s (iv) : puasa ketiga di SMVK. agak mencabar dengan kanak2 KFL.












03082011 ~ 9.23pm

bilik aku ~ kediaman warden-aspuri SMVK

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com