dalam entri kali ni... aku nak cerita pasal member baik aku sorang ni. yang aku kenal sepanjang aku di utm, sampailah dia grad dan hingga kini... MASTURA BT HASIM.
we were made for each other...
EVERYTHING ABOUT YANNA
Tuesday, September 29, 2009
mastura hasim... =)
Sunday, September 27, 2009
buah hati saya~~
hari ni raya ke berapa entah... tapi, abang jan belum balik dari penang. wawawa... rindu bangat pada diena ni. sebulan lebih tak jumpa. tapi takpelah... uncle man tak sehat, so, mesti abang jan nak duduk penang lama sikit. semoga uncle man cepat sembuh. ni yang tiba2 semangat nak pergi penang ni....
Saturday, September 26, 2009
congratulation hussna... =)
Tuesday, September 22, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~~
akhirnya... setelah tiga hari menyambut hari raya, baru hari ni aku membuka laptop untuk mengupdate blog dan sebagainya... hehe... banyak benda kena buat, padahal takde pape pun. berehat2. beraya pun biasa2 je. takde yang istimewa sangat kali ni...
seperti biasa, pagi2 raya tolong mak masak. tahun ni tolong lebih sikit dari sebelumnya sebab cikna takde. hehe... mak masak simple je. tapi kitorang makan sangat banyak. mak masak nasi lemak. hehe... kalau masak benda2 leceh ni family aku bukan minat sangat pun. jadi mak aku ambil keputusan masak benda yang simple je. yang penting, favourite semua.
sebelum pergi beraya, kami bergambar2 satu keluarga dahulu... inilah antaranya...
ni gambar family aku. tema tahun ni actually oren. sekali mak aku beli tone2 kaler lah konon. last2 kaler dia and ayah aku macam coklat. apalah... huhu...
ni gambar tak formal. ada banyak lagi actually. aku pilih2 jelah. takkan nak letak semua kot. he...
ni gambar adik beradik + mastura. budak ni raya dengan kitorang tahun ni. he... ada jugak peneman.
ni gambar guna self timer. punyalah yeye adjust2 kedudukan. sekali tak reti nak guna self timer. hehe... kelakar sungguh. setelah digodeh2, dapat juga akhirnya... dan bawah ni gambar daring yanna and mastura. he...
p/s : esok mak ayah dah start kerja. nak pergi jalan2 dengan mas. nak kena bangun awal ni. masak untuk boy makan then baru keluar. nak pegi tengok wayang... he...
22092009 ~ 9.16pm
rumah aku ~ bilik aku
Friday, September 18, 2009
hari2 terakhir puasa~~
nak start dari mane ek? dah beberapa hari aku tak update blog. biasalah, bila dah sampai rumah. macam2 kena buat. so, i start with tuesday, 15092009...
participants : anne, amy, yana teo, yanna
day : khamis
agenda : berbuka bersama gerek
huhu... excited beb. excited nak berbuka chicken chop kat jalan dhobi. punyalah semangat. siap pakai baju baru. hehe... last2, sampai2, full booked. aiseh... macam mane ni... keciwa saya. gerek apatah lagi... round punya round, nak pergi makan mane ni... akhirnya buat keputusan, ke CS. perjanjian awal, STONE GRILL. yummy... makan sampai lidah melecur ke hari ini.
dan malam tu... aku ajak ayah aku abc bomba. kikiki... and ada lagi satu tujuan. nak fish and chips. cedapnya....
Tuesday, September 15, 2009
berbuka di TUNGKU IMPIAN!
huhu.. lately ni entri pasal makan je. yelah, tinggal beberapa hari je lagi nak puasa. so, aku and kawan2 aku memulakan plan untuk berbuka beramai2 di luar. huhu... kali ni, di tungku impian pulak iaitu pada hari semalam (isnin, 14092009).
menu kami :
yanna : nasi goreng kampung + sotong tepung + teh o ais limau
amy : nasi goreng paprik + sotong goreng tepung + oren juice
hem : nasi goreng kampung + telur mata + sotong goreng tepung + milo blended
mena : nasi putih + tomyam seafood + telur dadar + air nangka
saf : bihun pattaya + air tembikai
punyalah panjang aku taip msg menu kitorang sebab time booking tu terus kena bagi menu. huhu... dah lama tak guna nokia, terkial2 aku tiap msg. hehe...
inilah gambar2 klasik kami :
ni hem sebagai cameraman tangkap gambar kami berempat :
Monday, September 14, 2009
berbuka di VIVO!!
yeay! sedap gile berbuka pada hari itu (sabtu, 12092009). aku plan nk gerak dari utm after asar. tapi budak2 ni semangat sangat. pukul 3 setengah dah gerak dah. semangat gile kan? kikiki... asar pun kat sana. ops, lupa cakap. kami berbuka di jusco tebrau. jauh gilak kami pergi berbuka kan?
tengok aku, sopan je... hehe... ha, marahlah tu. ni blog aku yek. nak ngutuk kat blog sendiri yek. kikiki...
ini muka2 gelojoh... nampak tak ketidaksenonohan mereka ini? hehe...
Sunday, September 13, 2009
1 MALAYSIA~
korang ada tengok iklan kt tv tak yang ada birthday party. family india buat birthday party untuk anak perempuan dia. sekali tiba2 anak dia pengsan. pergi hospital, doktor kata perlukan banyak darah AB-. eh, AB- atau B- ek? kakaka... lupa, aku jarang tengok tv.
then kawan2 dia yang cina, melayu guna hp, komputer, suratkhabar untuk sebarkan berita tu; budak kecik perlukan darah jenis (seperti di atas). takut salah sebut lagi. lepas tu, ramai lah yang datang menderma. pelbagai kaum, pelbagai umur...
tapi pelik pulak, ada budak sekolah. bukan syarat menderma 18 tahun ke atas ke? budak sekolah mane boleh menderma. hmm... budak form 6 kot. ha, boleh jadi jugak...
ha, actually, aku nak cerita pasal aku pergi derma darah. kikiki... its been 2 years aku tak derma darah. ni pun tak merancang actually. nak pergi tengok wayang sebenarnya. sementara tunggu showtime, jalan2 kat jusco tebrau tu. sekali ada tempat derma darah. aku tak pikir panjang...
yanna : memakai baju spider (mak aku beli k) dan kasut pink (mak aku beli jugak) huhu... mencapub.
apa koherennya dengan 1 malaysia? sebab iklan tu ada sebut quotation, "saya tak nampak perbezaan. yang saya nampak, hanyalah persamaan.... 1 malaysia" kononnya orang2 pelbagai kaum dan jenis tu pun boleh membantu lah. kita kan SATU MALAYSIA.
p/s (i) : gerek ke jerantut kejap lagi... hmm... malaslah nak argue.
p/s (ii) : hari ni aku balik rumah. buka kat rumah. esok satu hari lah aku tak pergi kelas. sori misai... tinggal ko lagi pulak hari ni. sori...
13092009 ~ 9.27am
bilik aku ~ g17-217
Saturday, September 12, 2009
hari bergambar seTESL... lalala~~
hari rabu lepas (09092009) kami budak2 TESL 4th year ada sesi bergambar. (aku actually tak tahu untuk apa)... so, di sebabkan kami ada 1 kelas je hari itu iaitu kelas UHB yang mengikut pilihan masing, sesi bergambar adalah selepas kelas itu.
gambar ni actually sepatutnya piza takde coz dia tengah bergambar dengan kak wiwi. sekali dia habis bergambar dengan kak wi, dia berlari mencapub kat kitorang. dengan gaya yang daring pulak tu. huhu.. aku terpaksa menjengketkan kaki di sini kerana ramai orang berkepit. he...p/s (i) : gerek ke jerantut esok... hm... nasib baik satu hari je. sebab selasa gerek ada interviu SPA. doakan gerek saya ya kawan2.
p/s (ii) : GHP going to tebrau city this evening. berbuka bersama GHP. sian amy semalam buka sorang. he...
12092009 ~ 2.47pm
bilik aku ~ g17-217
Friday, September 11, 2009
happy birthday to Mohd Azuan
hari ini (11092009) adalah hari kelahiran gerek saya yg ke 23. akhirnya... penantianku berakhir. gerekku udah 23. hehe...
pesanan2 :
dah makin besar. kena makin matang. kena pandai jaga awek. kena pandai simpan duit. kena pandai beri komitmen. kena pandai bg nafkah kat awek. kena cepat2 lakukan tanggungjawab. auuw... malu pulak. huhu...
dy, sempena hari yang i suka ni (eventhough u tak berapa nak suka birthday), i nak ucapkan selamat ulangtahun. moga panjang umur dan di murahkan rezeki. moga u cepat2 sikitlah, lama i tunggu ni. huhu...
perancangan b'day gerek :
takde perancangan actually untuk surprisekan gerek. nak suruh farhan plan, ceh, semuanya busy, tak boleh nak contribute dalam misi memeranjatkan gerek. so, aku pun tak plan apa2. amy pulak dari siang dok tanya2... aku blurrrr....
last2 hampir 12am 11092009, kami come out dengan plan untuk pergi memeranjatkan gerek di rumah. tapi bukan sambut di rumah lah. just bawak dia keluar. aku cakaplah aku pergi sahur dengan amy. bebel dalam msg itu ini until sampai depan rumah dia. aku pn call...
"yang, tengah buat apa?"
"baru baring2 nak tido... i tengah taip msg nak balas u ni"
"yang, pergi siap g... i kat luar rumah u ni"
"ah, yeye je u ni" (gerek laughing)
(yanna laughing) "eh, tak caye pulak dia... tengok depan rumah ni"
huhu... akhirnya, misi memeranjatkan berjaya. millions of thanx and credits to amy and hasrul (kikiki... biar pakcik meremang bulu roma baca). without u guys, i tak boleh memeranjatkan gerek i. thank you so much.
p/s : hari ni buka dengan family gerek. mak dia nak masak2 katanya... huhu... boleh tengok nur kasih jugak. tiba2 nak abc bomba. hmm....
11092009 ~ 1.29pm
bilik aku ~ g17-217





