we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Friday, December 31, 2010

Majlis Pertunangan kami~ ;)

waaa... it's the final day of 2010. tak sangka cepatnya masa berlalu... and aku rasa, tahun ni lah aku terasa sangat about leaving 2010. entah kenapa. maybe tahun2 lepas, masuk tahun baru tu nothing special to me sebab yang tahu time tu sem baru bukak. so fokus mestilah pada study. ha? fokuskah aku? haha... apa2 pun, aku dah grad. maybe tinggal kesan sebab aku habis belajar officially holding a degree tahun 2010 ni ketika aku berumur 24 tahun. haha... banyaknya umur... baru aku tahu perasan orang takut tua. kikiki...

okay2, entry kali ni aku tunaikan janji aku. iaitu untuk meng'update pasal majlis pertukaran status. haha... bukan tukar2 status 'WHAT'S IN YOUR MIND' kat fb tu... bukan jadi bini orang jugak. not yet. ni baru jadi tunangan orang. hehe... orang kata tak baik hebah2 sangat pasal pertunangan ni... but dalam Islam forbid lelaki meminang tunangan orang. if lelaki yang mahu meminang tu tak tahu perempuan tu sudah menjadi tunangan orang lain macam mane? jadinya... perlu hebah atau tidak? hmm... point to ponder.

baik! majlis pertunangan adalah pada 18Dec2010 bersamaan hari sabtu minggu ketiga. majlis aku ni parents aku conduct sekali dengan solat hajat dan tahlil sempena naik rumah dan jugak house warming waktu petangnya. so... agak hectic ya. 1 whole day gile pack. nasib baik, bak kata diena, "Cik Luyun prinsas", aku tak perlu buat kerja berat2. haha... suka2. so, aku tunjukkan some pictures. thanks thousands time to my photographer. if you guys ingat gambar2 konvo aku. okay, the same photographer. love it!

gambar ni ketika menyarungkan cincin. aku disarungkan oleh nenek gerek. dan ikut adat belah mak aku, lelaki pun dapat cincin ketika bertunang. jadinya... aku dah takde atok kedua2 belah. atok sedara aku yang sarungkan. terkenal dengan alimnya... orang kelantan kan. siap baca2 kat cincin tu lagi. hehe... and cikna kata dia baca doa panjang jodoh and kekal selamanya. wee... i like! thank you tok ayah!


okay, ini antara hantaran2 nya... dah tercampur aduk aku and gerek punya ni. haha... yang kek bawah tu from gerek to me. the other 8 are from me.


my parents... thank you mak ayah... anak mu ini sudah dewasa...


my brothers! my makcik! love you guys. okay, pose2 ngarut2 ni memang wajib setiap kali tangkap gambar raya. just raya hari tu tak banyak gambar begini. selalu kitorang pedajal cikna. haha... sumbat kuih dalam mulut cikna etc2. he...


dan wajibnya gambar bersama teman2 rapat. my bestest friends. even jarang jumpa, dekat di hati. hehe... kawan2 baik aku since school. DOREMI : Diana, Oja, Rahiza, Eliyana, Mazni, Izaura. tapi... Rahiza belum balik Malaysia. hope my big day, DOREMI is complete. he... love you guys. thank you for the gift! cantik sangat!



okay, itu sahaja untuk majlis pertunangan aku. hehe... sebenarnya... aku malu untuk meng'update. tapi bak kata gerek, malu tapi mahu. mari nyanyi lagu Dina Nazir! sing along! haha... moga jodoh kami kekal selamanya... amiinn...

link for the photographer : http://www.facebook.com/?ref=home#!/xfirdausx (fb)


note untuk gerek :

I LOVE YOU. that is a very big words and i don't say it easily. and i love you. thank you for waiting for me and thank you for the chance you gave me and letting me to know you. thank you for the open heart and thank you for baring my nuisance. thank you the past great years together and i am really looking forward for our years ahead. may will be greater. may Allah bless our relationship and together we find peace for afterworld. thank you for the guidance. i have no regret since i met you. let's work this together. Thank you Allah for this gift.









p/s (i) : maaf ya kalian... mood jiwang2 datang pulak2 pagi2 buta ni... haha...

p/s (ii) : final day of 2010. what i want to achieve before stepping into a new year?

p/s (iii) : gerek is on his way back to JB. bawak kereta elok2 yang... dah sampai, jangan lupa msg i. i mesti dah tertidur that time. but i nak tahu jugak. he...

p/s (iv) : pack weekend. deeyymmm! next week aku tinggal sorang2... nak buat apa ek...








31122010 ~ 2.17am
rumah aku ~ bilik aku

Wednesday, December 29, 2010

cakes from yummyummylicious return~

hello2 you all... aku actually sedang menunggu cik bey balik dari singapura seh... belum sampai2 lagi ni. dah mengantuk actually. nasib baik lah ada Puan Afzah. boleh bergosip2. hehe... sambil2 tu upload pictures pertukaran status. aku malas nak resize. so takes time lah untuk upload ni. huhu... sabar... tak sangka aku ni penyabar jugak orangnya kan. haha... pictures? nanti aku buat entry pasal tu ek. aku akan kotakan janjiku. sabar ye. ni baru dapat pictures from Encik Firdaus. not up to my expectation. but after hearing his explanation, aku okay. thank you Daus for your effort mencari gambar2 aku yang cun. aku tahu susah. haha... aku tahu aku tak fotogenik. tu yang Daus pening tu. haha... sorry ya!

okay, kali ni aku nak update pasal kek yang aku order dari Maziah; si pembuat cupcakes. tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Maziah dan Ib. semoga kekal hingga anak, cucu dan seumur hidup! dan... aku amat berterima kasih kepada Maziah sebab sudi mengambil order aku eventhough masih dalam mode pengantin. yelah, dia nikah 11dec. and majlis sebelah lelaki pada 19dec. majlis aku 18dec. gigih dia buatkan kek untuk aku dan gerek. 2 biji okay. not 1. tapi dia letak syarat kena kek. cupcakes dia tak boleh sebab leceh nak kena deco banyak pulak. if kek, sekali deco terus siap. haha... thank you Maziah!

okay, untuk kek gerek. kek gerek bagi aku. dia request macam biasa je. kek yang Maziah biasa buat. roses kat tengah buat tone purple. kiranya ada darker and lighter tone of purple. and nak taruk nama kitorang je. patutnya aku request nama aku "Nurul Eliyana" kan. haha... suka font dia. and suka Maziah letak biji2 silver tu. nampak macam kek mahal. hehe...


untuk kek yang aku order pulak. simple je aku mintak. hehe... tapi cost tinggi ye. kerana menggunakan chocolate yang mahal dan banyak ye... nasib baik gerek and ayah aku ke Langkawi. so... murahlah sikit. untuk penduduk JB, anda boleh menarik nafas lega. tak perlu ke Langkawi. di The Zon milik Datuk K tu, harganya sama macam Langkawi. serius tak tipu. rm24.90 untuk 30 biji. jadinya... aku request tak nak tulis nama. aku nak ada perkataan 'ae' je. but Maziah tak ada acuan buat huruf kecil yang besar. so, gunalah 'AE'. haha... and cikna mintak di grit kan white chocolate. wee.... teruja aku tengok kedua2 kek ni. love them! plus... Maziah buat bunga kecik2 kat area tepi kek tu. ni siapa take picture ni. tak nampak bunga2 tu. i like sebab nampak macam Daisy. i kan crazy about Daisy! weee....




jika anda berminat kek2 seperti ini, bolehlah ke www.yummyummylicious.blogspot.com. untuk pertunangan, perkahwinan, hari jadi. serba serbi dia boleh ye. just order aku ni dia tak boleh terima cupcakes sebab dia kan baru kahwin... then busy uruskan majlis belah lelaki pulak kan. so, dia nak buat ni pun aku dah syukur. if not... Secret Recipe jelah jawabnya. haha...








p/s (i) : okay, takde guna buat font kaler2 sebab laptop adik aku ni nanti kang tiba2 back to white font. entah apa masalah. haha...

p/s (ii) : cikbey dah balik tapi out again hantar kawan dia. adoi... badan dah lenguh2. ngantuk!

p/s (iii) : nak kena buat apa ek esok... do laundry... esok rabu ek? aiseh... i hate this week. sebab Boy balik kolej sudah. uhuk2... taknak ditinggalkan keseorangan di rumah. dengan tokyam... boringnya... mane TV! astro!!

p/s (iv) : minggu ni ke KL. ikea you all!! meatballs yok!








29122012 ~ 1.23am
rumah aku ~ ruang tamu

Sunday, December 26, 2010

Happening in 2010~

hai2 kalian... aku update blog lagi. hari ni bangun pagi2 pergi rumah lama angkat2 batu. hadoi... sakit woo tangan. adik aku dok gelakkan aku aje. aiseh... poloh2. balik2 terus masak untuk tiga orang. parents aku ada wedding so kitorang ajelah yang makan kat rumah. cubaan memasak kailan ikan masin gagal lagi. aku rasa ikan masinnya yang tak sesuai lah. jadi pahit. hoho... salahkan ikan masin. and kurang masin, aku kena tambah garam lagi. aiseh...

okay, entry kali ni aku nak mengimbau kembali apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 2010. yelah, ramai2 dah kecoh 2010 tinggal beberapa hari lagi... aku pun nak sibukkan diri jugak. hehe... so... aku siap mengeluarkan planner aku lagi ni. kita manusia mana ingat semua. so, apa yang aku tulis itu ajelah yang aku ingat. mari mengimbau!

4 Januari 2010 - aku mendapat panggilan seawal 6.45am. khabar dari abang Jan memberitahu Kak Da pergi selamanya... aku terkedu. macam tak percaya. mak ayah straight fly ke Penang. Moga Arwah Kak Da tergolong dalam orang2 yang di kasihi-Nya. ironinya... hari tu adalah hari jadi Irdiena yang ke-3.

22 Mac 2010 - akhirnya... PSM yang diusahakan selama setahun siap! submission day. lega...

30 Mac 2010 - VIVA! cuak gile! berlatih tak larat aku bersama piza, saf, hem. asal ada masa je terus praktis. sampai hari kejadian pun still praktis. maybe too structured.

21 April 2010 - officially done TESL programme! hari terakhir exam. punyalah happy. 4 tahun di TESL. dan 5 tahun di UTM. worth every second! calling2 semua orang berkenaan, "Adik secara rasminya telah habis belajar". bravo yanna! (tepuk2 bahu sendiri... syabas)

9 Julai 2010 - aku start kerja partime dia farmasi. haha... first time kerja partime ni. cuak2. dahlah jadi cashier. selama beberapa hari bekerja, short duit banyak jugak. okay, bertahan selama beberapa hari je sebab dapat jadi guru KGSK. gembira!

22 Julai 2010 - first day bekerja menjadi guru KGSK dia Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara. a nice experience where i found myself as part of the school. not just a temporary worker. terima kasih PPD memberi aku peluang bekerja di sana. dan terima kasih warga SMKTU kerana menerimaku seadanya. haha... poyo aje ayat. kikiki... seriously, thank you.

4 Ogos 2010 - Interviu KPM di SMK Mohd Khalid. cuaknya... petang tu terus berhanging dengan cik hafiza. release2 tension after berhari2 study untuk interviu tu. went to 'Our Third Place'.

22 Ogos 2010 - celebrated our anniversary 2 days earlier. bought -AZUANELIYANA-. thank you sayang. i love you.

17 September 2010 - mode : gatal nak kahwin. haha... bagitau mak ayah pasal niat aku dan gerek nak bertunang. haha... gile lawak. cuak nervous aku. nasib baik ayah okay. huhu... and nasib baik diorang setuju. kikiki... if not, bersabar lah ye. sampai dapat kerja kot...

28 September 2010 - hari graduasi saya! gembira. bangun awal pagi. gerek pun ada. dapat VIP seats. so semua boleh masuk dewan. kurang Boy je. takpelah... yang penting happy! kita enjoy! teruja naik pentas. macam nak naik lagi. Master ye... sabar ye...

30 September 2010 -
berita dukacita... aku gagal interviu KPM. sedih gile. esoknya pergi sekolah nangis2. nasib baik anak2 murid aku baik that day. adoi... terharu gile.

13 Oktober 2010 - pertama kali dalam hidup menjadi emcee. haha... sempena Gala Kokurikulum di sekolah. malas nak berdolak dalik. dia bagi arahan, aku ikut ajelah. he... best jugak. just aku tak pandai buat intonasi suara. malu woo berpasangan dengan cikgu yang berpengalaman luas jadi emcee ni. huhu...

30 Oktober 2010 - family gerek datang rumah berkenalan. auw, malu aku. adik2 sedara aku pun dok usik2. yeeee.... malu2... petang tu celebrate dengan gerek dan adik2 nya di Nusajaya. taking2 picture.

20 November 2010 -
bought another -AZUANELIYANA-. yippie! thank you sayang. i love it. typical kelantanese rupanya i ni. huhu...

11 December 2010 - officially moved to Taman Impian Emas. bye2 kampung kastam where i have stayed for about 23 years. waaa... baru perasan lama gile tinggal kat sana.

18 December 2010 - officially a fiancee to Mohd Azuan. after more than 6 years together, we tied a knot. eh, not yet. ni baru simple knot. not yet the ship chain. haha... i love you sayang. jom praktis2 panggil 'abang'. auw... and euwwww! serius tak boleh.

20 December 2010 - berjaya interviu KPM!! triple happiness. i'm on top of the world!




there are ups and downs within this year. but i successfully went through every single bit. 2010... i leave you with alot of memories. may 2011 will be better and greater in everyway! thank you Allah for your blessing. i can't express enough gratitude towards you.







p/s (i) : adoi... tak lama mesti berkerut dahi aku ni. meja mengadap matahari. silau woo... aiyo, aiyo...

p/s (ii) : mana mak ayah ni... nak tidur petang ni. hoho... kang terganggu tidur petangku dengan kepulangan mereka. nak harapkan amir? in my dreams! haha...

p/s (iii) : bestnya tengok gambar2 orang belajar oversea. bestnya... bestnya... nak belajar oversea jugak. nak kerja, kumpul duit belajar abroad!

p/s (iv) : tinggal seminggu je amir bercuti. adei... mesti boring tinggal berdua je dengan tokyam. haha... nak cari partime job lah. macam banyak je area Impian Emas ni. yang pasti, buka cashier!








26122010 ~ 3.48pm
rumah aku ~ bilik aku

Saturday, December 25, 2010

House Warming Celebration

hello2 kalian... yes2, aku dah bertukar status. kikiki... dah gatal kan. nasib baik parents aku okay. if not... bersabar lagilah ye Cik Nurul. ni sebenarnya aku nak buat kerja; tolong kawan check English dia. adoi... aku bukannya hebat mana. tapi dia mintak tolong... bolehlah... sementara aku tak start kerja lagi ni. yehuuu... masih gembira kerana lulus. posting maybe lambat lagi but yang penting, aku dah lulus. hehe... no need to go through interview anymore. he...

okay2, pada hari yang sama aku bertukar status, parents aku pun buat solat hajat dan tahlil sempena naik rumah baru. dan petangnya ajak kawan2 dan jiran2 for housewarming. warm je rasa rumah... and alhamdulillah tak hujan. mendung je petang tu. he... aku pulak, tak makan satu hari tu. kena tahan perut maaa... haha... dan menjaga Diena sebab mama dia balik sebentar tukar baju. Aqiel meragam sampai muntah. nasib baik Diena tak banyak hal. hehe... bila aku pura2 merajuk dengan dia. dia lari2 peluk perut aku. "Cik Luyun, diena mintak maaf..." oh, hati mane tak cair woo...

antara suasana ketika hari kejadian...


ni makayah aku siap pasang khemah lagi. huhu... aku dengar ada khemah je dah terbayang, berapa oranglah yang makayah aku jemput ni... cukup ke makanan? he... yang botak tu dua pupu aku. kikiki...


ni antara tetamu yang datang... eh baru perasan. semua dalam gambar ni sedara mara aku. kikiki... makcik2, mak sepupu, nenek, nenek sedara... cousin2 aku. best betul gigih diorang turun JB ni. thank you sedara maraku! love you guys lah.

okay, saja nak upload gambar ni sebab muka Daus nampak sangat innocent. kikiki... dan muka kongkeng nampak sangat kepoh ye. entah apa di gosipkan bersama Syaza tu! huhu... thanks kongkeng datang rumah i. antara yang terawal pulak tu... wee... i appreciate lah! lap u, lap u! thank you to soma and apiq jua! mane gambar dari apiq ni............. eh, nampak soma sipi2 lah. mane hidung soma? kikiki...


to DOREMI... i love you guys. terima kasih sebab datang. bestnya if Rahiza pun ada sekali. huhu... nanti kita hanging2 lagi ek. nanti Mazni msg, "lagi 7 min aku sampai"... waaa... detail sungguh dia estimate masa. haha... then kau ni Mazni rombongan aku ke... rombongan laki? huhu... kelakarlah... sorry sangat korang tak sempat layan.



to gerek2... thank you for your support. gerek aku sure berpeluh2 kat luar tu. he... siap balik JB bagi mereka yang bekerja di KL. waa... gerek sure flattered. thank you2. and jangan serik eh datang rumah aku. sorry jugak tak dapat layan korang that day.

to Bai dan tunang, dan Encik Farhan... waa... terima kasih meluangkan masa juga. kalian memang best!


okay kalian, next entry aku update pasal pertukaran status aku ek. nak tunggu si Daus bagi gambar ni. aiyoo... budak, hully up lah! saya sulah tidak buleh sabar lagi looowwwhh... haha... okay2, preview untuk entry seterusnya. moga2 encik Daus bagi pictures sudah. gambar ini di captured oleh cousinku, Cik Aj. oh peruuuutttttttt... ni yang Aqiel suka peluk tu. haha...








p/s (i) : aku masih takut lagi tidur di bilik yang ada bilik air seorang2. huhu...

p/s (ii) : Merry Christmas kepada pembaca According To Yanna yang menyambutnya. bagi Muslim, berdosa tau! haha...

p/s (iii) : aiseh... mane gerek ni. sedang ber'msg berbincang... dia boleh menghilangkan diri pulak. tidur lagi ke? petang tadi dah banyak tidur dah.

p/s (iv) : malasnya weekend. sebab kena kemas rumah. tangan masih belum baik. adoyai... bila tangan ni nak molek.

p/s (v) : all pictures are credit to makcikku (Zurina Yusoff), cousinku (Diniey Izzati) dan gerek kepada gerek (Am).






25122010 ~ 11.27pm
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, December 21, 2010

give me more Mondays!~

hello2 readers... it's been a while aku menghilangkan diri. berapa lama ek? eh, takdelah lama sangat. baru seminggu. huhu... aku pulak yang rasa lama betul. banyak gile benda kena buat selama seminggu ni. tu agaknya rasa lama betul. haha... and currently adapting in our new casa. copy2 tajuk entry piza. dia selalu tulis, "give me more Fridays". but aku tukar sikit jadi Monday ye. he... mode : happy banget!

begini kisahnya bermula... aku cerita dari sabtu lah ye... hari sabtu adalah hari special aku. special lah... seronok... happy... bahagia... gembira... seronok... dan yang sewaktu dengannya. tapi, ada satu insiden. aku membuka gelang tangan kesayangan pemberian cikna. simple je gelangnya. ada tulisan 'A D I K'. but aku pakai gelang ni dari kecil lah. then tambah2 panjang2 kan gelangnya tu supaya muat di tangan dinosaur aku ni. haha... ahad malam tiba... aku cari2 gelang tu di mana2 di pelosok rumah. TIDAK BERJUMPA! kecewa... sedih... marah... tidak gembira... tidak seronok... dan yang sewaktu dengannya... melalak aku malam tu bersam Cik Mastura Hasim. dia ajelah tempat aku meluahkan segala perasaan. haha...

okay... isnin tiba... setelah puas nangis2 malam tu, pagi tu sambung cari. cari again kat bilik aku walaupun aku tahu mustahil ada kat bilik aku. tapi... cari ajelah. then member aku msg cakap result KPM dah keluar. mak oi... dugaan apakah yang mahu melanda diriku ini... cuak... nervous... gigil... menggeletar... takut... dan sewaktu dengannya... ketar2 jari aku taip IC sendiri. dan... inilah jawapannya!!


hui... fuh... lega gile... kembali gembira... kembali happy... kembali seronok... aku berjaya! yeehhuuu! Ya Allah... time tu rasa mahu... mahu apa ek? hm, takde apa2. just mahu duit! yeay! hehe... syukur2. lepas satu beban setelah berjaya interviu. posting entah bila pulak. hehe... takpe2, asalkan sudah berjaya. seronok2.

then, petang tu sambut bersama gerek. aku request nak makan kat Ewan Corner dekat Sri Putri. yelah, rumah dah dekat kan. hehe... balik dari makan tu... aku kembali mencari gelang. ajak Amir Ridhwan. tiba2 terpegang 1 benda lembik panjang2. GELANG HAKU!! ya... two things in one day? i can sleep soundly that night. kurang nyenyak sebab tidur dengan Amir Ridhwan. dia main komputer. silau tau! haha...







p/s (i) : ni ayah bebel2 sambil pejam mata. bila dia nak tidur ni... huhu... benda yang perlu aku lakukan. benda tu... benda ni... tarikh tu... tarikh ni... orang tu... orang ni... ai...

p/s (ii) : wau! tokyam semakin banyak bercakap. banyak soalan... boy lari naik atas. takkan aku nak lari jugak kot. haha...

p/s (iii) : esok boy pergi singapore. boy... belanja akak... boy shomel2...

p/s (iv) : kena cari lampu tidur ni. aku takut gelap. macam mane boleh terbakar ni? ish!







21122010 ~ 9.55pm
rumah aku ~ ruang tamu depan

Monday, December 13, 2010

my new room at Impian Emas =)

hai2 readers... as you all know, aku kan nak pindah rumah. so, di war-warkan di sini, aku sudah fully moved from kampung kastam. uhuk2... sedih sikit. but at the same time, happy jugak. kampung kastam does not feel like before anymore. kalau dulu environment dia best je... suka waktu petang2 minum2 petang dengan auntie, abang jan... diena and semua. seronok. mak pun selalu balik awal sebab nak lepak petang2 bawak pokok mangga. syok2. sekarang... totally work. balik kerja, ngadap tv kejap, terus tidur. oh, mereka memang takde life. haha... kat sini? tak tahu lagi. but tak kisahlah sebab dah set mind neighbourhood macam ni memang selalu tak rapat. so, no expectation. haha...

satu lagi yang aku tak berkenan, adalah kawan ayah aku ni should be moving to our kampung kastam house after we moved out. again i repeat... after we moved out. but dia ni tak sabar2. macam menghalau kitorang. peh hai... baran je aku kan. dia siap belikan kotak2 since before raya puasa hari tu lagi and nak bagi duit suruh kitorang pindah keluar cepat. hello pakcik! rumah belum siap, sabarlah. patutnya ayah aku nak serah rumah 31dec. but dengar2 macam ayah nak awalkan sebab pakcik ni asyik push. ayah dah naik serabut agaknya. dia ditempatkan ada 1 rumah dekat2 rumah aku kat kampung kastam tu. tapi dia taknak. former owner rumah tu India. dia kata ada 'benda2' kat rumah tu. hello again pakcik! belum duduk lagi, mane pakcik tahu?? ala, aku tahu dia nak rumah aku sebab rumah aku cantik, kitorang jaga molek and banyak benda yang mak tambah2. garaj depan and belakang. toilet dah besarkan. bilik cat semua molek lagi. haish!! geram2! oh panjang pulak aku membebel for introduction. haha...

okay2, back to our topic. pasal bilik aku. actually aku nak tunjuk before and after but gambar dalam laptop. dalam pendrive takde pulak. aiseh... tapi takpe. mari2 kita tengok bilik aku masa construction. okay patutnya... bilik aku tara tempat pecah tu je. and toilet share dengan bilik boy. tapi, mak aku nak besarkan sampai belakang and tambah another toilet. pintu toilet tu ditutup.


okay, aku pernah upload picture ayah berangan ni. haha... kat depan tangga belah kanan ayah tu ada toilet baru aku. hehe... nampak tiang kat toilet tu? bilik aku dibesarkan sampai situ. suka bilik besar2.


okay ni pulak bilik yang sudah siap. he... sekali dengan cat dan wardrobe. i love it. sebab biru dia tak terlampau biru. ala2 turqoise gitu. paling bestnya... dapat wardrobe seperti dikehendaki. hehe... aku request meja sebab yelah, cikgu kan... mestilah banyak kerja menulis harus dilakukan. plus, aku dah terbiasa menulis kat meja. and aku pun request almari bentuk L. hehe... suka2.


inilah wardrobe yang ditempah khas. hehe... material kayu dia pun aku suka. lain dari mak. mak punya licin. aku punya macam kasar2 jalur2. he... best.


dan ini... blue daddy in blue room. ni aku nak tunjuk kipas and lampu bilik. he... actually nak pasang lampu dinding je. tapi orang electric tersalah pasang. pasang downlight pulak. tapi apa pun aku tak kisah... sebab i love my room. hehe...

so, basically that's all about my new room. katil still takde. so sekarang tidur atas tilam aje. but the best part. mak beli tilam King yang tak standard dengan katil jati King dia. so... tilam tu dapat kat aku! mak aku beli tilam lain. haha... bestnya golek2 tilam King. susah nak jatuh.










p/s (i) : okay, semakin risau bila dapat tahu langsir kat bawah still belum dijahit. sempat ke for few days ni? adoiyai... lantai2 bekas cat pun not perfectly removed. habislah tahan telinga dengar cikna membebel. haha...

p/s (ii) : aisehmen... dr. faizah ada hal pulak... aisehmen..................

p/s (iii) : duduk rumah yang takde stove ni membuatkan aku sentiasa merasa lapar even dah breakfast nasi lemak dan lunch nasi kukus tadi... aiyo...

p/s (iv) : kedua-dua tapak tangan menggelupas teruk. tangan kanan punya terseliuh tak baik betul lagi. adoi... apakah??

p/s (v) : for a girl... grow up! nak pergi tag2 benda yang boleh bikin aku sakit hati buat apa? best ke nak buat orang gaduh? bongok. think before u act. we are not in UTM anymore...










13122010 ~ 5.11pm
rumah aku ~ Impian Heights-bilik aku

Thursday, December 9, 2010

Puteri Harbour Coxn's Cafe

wah... hari ini dalam sejarah. aku memandu Wish tanpa supervision mak ayah. and diorang tak tahu pun aku drive. haha... ala... aku and Boy lapar. kitorang pun takmo lah makan kat kedai depan tu. dekat sangat. haha... so... memandulah aku ke bandar. nervous jugak woo... tapi alhamdulillah... selamat sampai without a scratch. menu hari ni... nasi daun pisang Kerala. hoho... lama tak makan. but aku rasa kali ni agak kureng... don't know what. yang penting tak sesedap yang aku ingat.

okay2, kali ni aku nak cerita pasal gerek nak buat surprise bawak aku dinner somewhere yang dia sendiri tak pernah pergi. he... so, ahad lepas, 5Dec2010, gerek fetch aku kat rumah then menderulah kami ke arah Perling. aku tanya nak makan kat mane, dia jawab, "Adalah... rahsia..." he... nervous jugak lalu tempat2 gelap. then pusing punya pusing... gerek tak jumpa tempatnya... last resort, call kawan dia... hehe... kantoi di situ ye. dan tibalah kami ke Puteri Harbour Coxn's Bistro. peh... seronok gile aku. excited. pemandangan situ pun cun. tiba2 gerek ni romantik. kikiki...

okay, the entrance... gerek kata, suka bau tempat tu. aku pikir dia refer perfume aku. oh, malu2. haha...


bestnya tempat tu... ada live singer. and dia nyanyi memang lagu2 yang aku suka. ada lagu2 yang aku tak tahu but bila dia nyanyi rentak perlahan, aku suka gile. romantik sungguh. wah... time tu tambah2 sayang kat gerek. hehe... sorry, tak dapat tangkap gambar makanan sebab kitorang ambil seat yang takde lampu. hehe... romantik kan.


kami di tepi harbour... oh syok2. hehe... cayang gerek montel2 ni ha!


okay, overall, i love the cafe. untuk jiwang2, romantik bolehlah. tapi if nak makan sungguh2, this is not the place. mahal and makanan dia agak kureng. aku order fish fillet with lemon sauce. gerek order lamb chop with black pepper sauce. best makan sambil mendengar lagu2 slow. sorry tak dapat nak upload gambar sebab keadaan amatlah gelap. tapi ni aku upload 2 gambar ajelah... gambar ni gambar port tu. macam duduk tepi laut padahal bukan laut.


yang ni pulak, entrance Puteri Harbour from the port. cun kan? suka2...









p/s (i) : tak retinya nak mengemas tanpa arahan mak. haha... yang aku reti, basuh gelas2 yang mak suruh tu. banyak gile sampai kecut jari.

p/s (ii) : nak ajak mak pergi Jcard lah malam ni. nak beli apa eh... huhu... konon macam banyak duit. hmm... yeay! moga2 mak cakap tu betul. KGSK pun dapat insentif.

p/s (iii) : minggu ni gerek tak balik... oh hai... kena tunggu cuti sekolah. aiseh...







09122010 ~ 5.01pm
rumah aku ~ kampung kastam-depan tv

Tuesday, December 7, 2010

happy belated birthday Nanny Los~

hola2 korang... ai... lately ni aku teramatlah busy. maklum saja, aku kan nak pindah rumah. dah pindah banyak barang. but i can say, there are 60% more to move from here to there. wah... kejar dateline satu lagi. haha... plus, esok until ahad ayah aku pergi Langkawi, so tak dapat nak pindah barang2 besar. maybe bolehlah nak angkat kotak2 tu. aku kan gagah perkasa. haha... semalam first night tidur sana. takut woo nak tidur seorang di bilik baru. sekali adik aku cakap nak tidur dengan aku. aku buat2 cool, "Kenapa nak tidur dengan akak pulak?" dalam hati melonjak riang. kikiki... nyenyak tidurku. suka2.

okay2, actually entri ni khas untuk lalink i seorang ni... untuk Munirah aka Los aka Lalink aka Nanny Los. hehe... sorry lalink. i know your birthday has passed few days ago but i have not had the time to update blog. ni kiranya berusaha keras mencari masa mengupdate blog. tanya cik hapisang... sebusy manelah i ni tau. boleh kurus ngemas rumah gini. hehe...

Happy Belated Birthday Lalink... semoga panjang umur dan murah rezeki. hope you will be blessed through out the year and the rest of your life. hope our friendship will also be blessed and last until our grand grand grand grand grand children. hehe...

sorry i do not have pictures of us together. hehe... so this is grabbed from Kak Wiwi's Cameraderie. eventhough it is blurry, still it's us together. hehe... siapa punya glasses i pakai tu yek? tak ingat. kikiki...








p/s (i) : love hafiza's entry about muni's birthday. lalink, you should be flattered. even my birthday dia tak buat entry tau. and your entry is looonnnggg... hehe...

p/s (ii) : sedang full throttle mengemas rumah. whole day at Impian Emas today. ke hulu ke hilir mencari hotel juga. house warming you all... yippie!

p/s (iii) : gerek balik Melaka... oh hai... tak bestnya...








07122010 ~ 10.20pm
rumah aku ~ kampung kastam-depan tv

Monday, November 29, 2010

weddings attended~

hai2... hari ni actually aku bangun awal pagi woo... tak tahu kenapa tak boleh nak tidur balik. so gigihlah bukak laptop. nak update blog. memang nak update pasal weddings yang aku hadiri these two weeks. but pagi tadi entahlah mengapa terasa amat malas. haha... bukak yeye but tak buat apa2. surf situ, surf sini. then bila dah ngantuk, eh... pukul 10am sudah? so di sinilah aku... sedang mengantuk. kikiki... tapi tahan mata nak menonton drama Korea kejap lagi.

so pada entri kali ni aku nak cerita pasal 3 weddings yang aku attend dalam 2 minggu ni. first wedding adalah last week, 20november2010. wedding Liyana Salahudin dan pasangan, Mustaqim. diorang ni schoolmate aku kat TIJB. Liyana lagilah... since SIGS. kebetulan pulak cousin Liyana, anak murid aku. so... dapat jemputan. di Dewan Serbaguna Dataran Bandaraya. first time ni pergi dewan kat dataran. so kepada Liyana dan Mus, Selamat Pengantin Baru. maaf tak pergi ke Pasir Gudang, azuan yang taknak pergi. huhu...


wedding kedua adalah minggu ini... wedding Norhuda aka Ude pada 27november2010. kat pontian. huhu... pergilah bersama gerek. disebabkan ada 2 wedding hari berkenaan, so aku pergi pontian awal. haha... naik ke bilik pengantin jumpa Ude. wow! rumah dia... dalam macam resort woo... nak tangkap gambar lebih2 segan pulak. hehe... Cik Ude yang sudah bergelar Puan. Ude makin kurus... nak kurus jugak!


dan bilik pengantin. cantik kan? tema Ude adalah pink dan kelabu. doorgift dia sangat cute! biskut yang amat sedap! lupa tangkap gambar. maap ye. hehe...


ni pulak pelamin Ude. nice, cute, simple, sweet. i like! haha... aku main tangkap2 gambar je sambil lalu2 tu. dahlah seorang2 masuk rumah Ude. gerek tunggu kat luar. siap pakai Crocs chocolate ku pergi kenduri Ude. hehe...


kemudian, menderu pulang ke JB untuk attend best friend lelaki aku. haha... sekali primary dengan dia. sekelas dari darjah 4 sampai 6. dah kahwin dah kau... tiba2 terasa tua. haha... anyway, congratulation amri. tak sangka kau naik pelamin after hussna. happy for you. serba oren youuuu... dedicate untuk cik hapisang. kot2 you nak wedding orange. haha...



kepada kawan2 yang telah mendirikan rumah tangga... Selamat Pengantin Baru. sorry hadiah tak seberapa. no idea actually. hehe... Semoga kekal ke anak cucu, ke akhir hayat bersama selama2 nya... moga hubungan kalian dirahmati Allah sentiasa.







p/s (i) : hadoi... tak suka ini feeling. tak suka... menjauhlah kau syaitan!

p/s (ii) : ohoi... melayang duit oi... mahal sungguh pakej2. g Thailand ajelah. kikiki...

p/s (iii) : rabu ini ber'hanging bersama cik hafiza dan encik amir. moga2 encik amir free. boleh tengok Rapunzel. yeay! mau ber'choc cream dengan hapisang juga...

p/s (iv) : tiba2 rindu Ron Weasley. kikiki... tunggu Amir Ridhwan balik. rindu Amir Ridhwan lah... haha...







29112010 ~ 2.01pm
rumah aku ~ bilik aku

Thursday, November 25, 2010

gerek-gerek kepada gerek

hai2 you all... eveything fine? okay alright? tiba2 teringat pulak kem2 motivasi. are you okay? ALRIGHT! are you alright? OKAY! are you okay alright? hmm... pakar2 motivasi sekalian, cari idea lain ye. saya pun bosan sudah. haha... aku kurang okay kot. emosi sedikit terganggu. rumah semakin berselerak. bukan aku tantrum okay! semakin packing semakin serabut rumah. adoi... termimpi2 aku tidur dalam bilik baru. haha... menyeramkan.

okay2, back to my topic. memeningkan sikit kan? begini kisahnya... masa aku masuk UTM, aku ber'roomate dengan seorang sarawakian. lebih spesifik, orang Murut. tahu sajak Tun Mahathir "Melayu Mudah Lupa"? nanti minah tu buat lawak, "nasib baik aku orang Murut". haha... iya, dia Islam. dalam IC race Melayu. eh, ter'digression pulak. roomate aku tu ajar 1 perkataan sarawak. couple = gerek. since then, aku guna gerek untuk merefer couple aku. until now ia lekat. gerek saya : cikmon.

okay, apa itu gerek-gerek? begini... gerek aku ada beberapa orang best friends. yang dia sanggup belakangkan aku untuk these best friends. so aku selalu lah ejek, "korang ni macam ber'couple tau x". bila aku belajar word 'gerek'. keluarlah perkataan, "korang ni macam bergerek tau x". then ejek lagi, "pergilah kat gerek2 you tu!" jadinya readers, paham tak di sini? gerek2 adalah best friends. inilah mereka. ya, nampak macam kurang matang ye... hobi mereka adalah karaoke ya kawan2. hehe... grab from encik mohd ale.

dari kiri : am, mamat, mon, arip, ale

mereka amat2 lah rapat. memang tak dapat di pisahkan.
grew up together. sometimes annoying jugak. but sometimes rasa macam cute pulak. haha... bagus ada kawan macam ni. kawan susah senang. loyal and supportive. even ada salah seorang tu... hadoi, gile blurr... yang lain tu sabar je melayan. haha... mari lihat younger version.


okay let me introduce one by one ya...
  1. duduk atas kerusi baju biru : Nazri aka mamat aka kononnya adam. sekarang dah jadi cikgu BM. masa STPM pelajar terbaik seluruh Johor okay. masuk paper lagi. aku siap simpan paper tu. tadi baru buang. haha... sebab nak pindah rumah kan. aku gembur2 jumpa pulak paper muka dia. hmm... couple dengan chindian. sangat cantik. they have been couple since form 3 kalau tak salah aku. hebat kan??
  2. duduk atas baju hijau : saril. hmm... dengan dia ni gerek tak berapa rapat dah sekarang. kadang2 je jumpa. sebab tu dalam latest picture, dia tak ada. dengar kata kerja kat Singapore. gaji lebih tinggi dari gerek2 yang lain. ni based gerek cerita ya. and selalu hilang handphone. haha...
  3. duduk lantai baju hijau : ale. gerek kata dulu masa semua naik motor. ale mesti naik dengan arip. arip bawak laju and a bit reckless. ale takut. hehe... kitorang pernah vaca sama2. seronok. makan kat jamban. oh, jangan di kenang kisah lalu. apa pun still kenangan manis. nak makan kat jamban lagi! ha, 1 lagi pasal ale. actually, aku couple dengan gerek after dengar cerita dari dia. macam menguatkan lagi keputusan aku.
  4. duduk lantai baju cream : arip. ha, dia ni lah yang bawak motor laju2 tu. hehe... dulu masa aku first year, pendapat dia ni paling aku suka. haha... tak tahu kenapa. yang lain aku kurang boleh terima. maybe arip lembut sikit kot ayat2 nya. haha... kononnya adam punya ayat tak usah cakap. hiris2 hati aku. haha... antara gerek2, dia ni lah orang terakhir aku jumpa. wedding kat rumah am. tahun bila ek?
  5. duduk lantai baju pink : gerek aka cikmon. untuk mengelakkan kekeliruan. aku explain jugaklah. takut orang tak cam gerek aku. haha... aku ingatkan dulu dia dah gemok. rupanya dulu kurus seh... haha... maaf, saya amat suka gelakkan gerek saya.
  6. duduk lantai baju biru : am. hm... apa ek pasal am. ha, dia ni UTP. cuti sem dia selalu lain dari universiti lain. then yang ada kat JB hanya azuan. nanti if aku nak pergi dating dengan azuan, cikmon ni pun berkata, "boleh am ikut sekali?" haha... okay ajelah, no harm kan. tapi paling aku tak boleh lupa. masa tengok midnight 'Histeria'... huhu... seram woo... am menghilang di sebalik kerusi wayang.
haha... actually banyak pictures aku nak upload. tapi lagi banyak aku membebel kang. hehe... so, last picture. berempat saje untuk buat L.O.V.E. gerek ambil E. sebab dia kata stand for ELIYANA. haha... ada2 aje gerek cikebom tu...


oh, last2 picture of the day. gambar kami di tanjung balau. ni kitorang baru setahun. cute. but my skin colour is not even. deym! gara2 MHS lah ni!









p/s (i) : ngantuk banget. pedih gile mata. adoi yanna... tak bujang lah ngantuk awal2. haha... apakan daya. aku bangun awal sekarang.

p/s (ii) : sambil ber'ym dengan cik muniroh. haha... you 25... imagine that. haha...

p/s (iii) : menyesal... mari nyanyi lagu ressa herlambang, menyesal... aku nak chocolate... nak chocholate... chocolate kat rumah dah habis. dy, pergi langkawi lagi shoh!

P/s (iv) : kepada gerek2, maaf jika aku terkasar bahasa. Tersalah info dan sebagainya..






26112010 ~ 1.53am
rumah aku ~ bilik aku

Tuesday, November 23, 2010

last day as SMKTU teacher =(

hello2... hari ni, hari selasa. semalam Johor cuti; Birthday Sultan Johor. so, if bekerja, hari ni adalah hari pertama minggu ni. kawan2 negeri lain dah dapat penempatan semalam. tahniah Muni dapat MHS (Malacca High School). i know you will be the very best there. and, jangan ada anak2 murid yang tangkap cintan. hehe... tahniah untuk Piza dapat SDARY. dekat gile dengan rumah dia. yeay! korang beli kereta besar2 ek. boleh menumpangkan kawanmu ini. he... mode : rasa sayu actually. when will be my turn?

okay2, so entri kali ni nak bercerita pasal my very last day working at SMKTU. huhu... agak sedih tapi di tahan2 ye. kang aku ni if dah menangis tak reti nak stop. hehe... minggu lepas sekolah hari Isnin seperti biasa. kontrak aku habis selasa. then kerani tak dapat bagi confirmation. dia kata nanti dia call aku sebab hari Selasa sekolah aku cuti tambahan untuk raya haji. dan... selasa was my last day. adoi... tapi kerja tak selesai lagi. gigih datang hari Khamis even tanpa gaji untuk selesaikan semua2. Alhamdulillah... setel. then after say goodbyes, gerek fetch. suka! then shopping di Metro Jaya di Danga City Mall. warehouse sale. tengah survey2 barang, dapat phone call. anak murid aku call. dia kata dia dapat tahu aku dah stop kerja but tak jumpa diorang. and paksa aku datang Jumaat tu. adoi... malu pulak terasa datang after saying goodbyes. tapi... datang jugak... ada sedikit celebration. tak semua datang but i appreciate their effort. so this is for them. i heart you guys!


gambar ni ketika mendengar salah seorang daripada diorang memberi ucapan. huhu... sedih woo. ku tahan2 air mata ku ini. he... tapi kan... aku nampak cerah kan? cute jugak aku ni. haha... dua orang tu budak nakal dalam kelas je. Hafis dan Zahin.


acara penyampaian hadiah daripada mereka. huhu... berat! thanks guys. tak sangka teacher dapat present. really appreciate it. okay the girl namanya Haziq. hehe... nama lelaki. first time aku sendiri macam terkejut. Haziq Aqilah. yang si kuning tu Afiq Syazwan. dia kalau buat lawak muka selamba tapi serius amat kelakar.


pengagihan kek. hehe... nasib baik tak ramai datang. if not, mesti kek tak cukup. kikiki... Hafis tengah ushar nak part mane tu.


inilah anak2 murid aku yang sengal. haha... 4 Sains 1. love you guys a lot! goodluck SPM 2011. my blessing will always be with you guys. uhuk2... macam nak nangis pulak sambil menaip ni. haha... teacher memang emosi penuh di dada.


okay, diorang ni couple in the class. haha... agak kelakar ye. Hafis amat nakal. Haziq soft spoken, lembut manja. couple yang pelik. but aku pernah tengok cara Hafis layan Haziq. nampak sweet. haha... guys change when they meet the One, i guess... but i think they have to work hard to make the relationship works. good luck!









p/s (i) : selamat bertugas kawan2. agak2 lambat tak gaji korang masuk? hehe... tak sabar nak open table ni. hehe...

p/s (ii) : hari ni hari selasa... rabu... khamis... jumaat... gerek balik tak ek? rindulah...

p/s (iii) : semakin malas mengemas bilik. adoi... bila dah tinggal sikit, tu yang jadi malas. haha... masa banyak kerja rajin semacam. love my wardrobe. even kecik sikit dari bayangan. tapi got the wardrobe that i want! yeay!

p/s (iv) : a month to go... hoping for good news. hmmm....









23112010 ~ 2.46pm
rumah aku ~ ruang tamu-depan tv

Sunday, November 21, 2010

Happy Birthday Diniey~

hai2 you all... entri aku sebelum ni tulisan kaler putih jelah pulak kan? aku pun tak tahu apa masalah komputer adik aku tu. aku buat kaler 2 kali woo... end up jadi kaler putih. buat letih eden ajoo oi! adik aku kata, biar jelah kaler putih daripada warna warni. blog tak cool langsung. so, tak boleh minum coolblog. haha... apa kaitan? jadi, untuk cool kan blog aku ni, aku biarkan 1 entri tu kaler putih. cool sikit pun jadilah. haha... sebab aku suka kaler2.

okay, kali ni punya entri, aku nak cerita pasal hari jadi cousin aku yang ke-12. haha... budak yang baru dapat result UPSR ni. alhamdulillah... 4A 1B. lupa pulak nak tanya B dia apa. tahniah Dini! a week after dapat result, birthday budak ni pulak. dan... jatuh pada Hari Raya AidilAdha. dia cakap, suruh buat birthday celebration untuk dia. mak aku pun cakap, "okay, cikyah sambut dengan potong kepala lembu" haha... mak aku ni kadang pandai jugak bergurau. kikiki... jadi wajah birthday girl.


aku pernah update pasal birthday cousin aku yang sambut kat LC Cathering. Diniey ni adiknya. hari tu birthday kakaknya. hadiahnya jam. so kali ni, Diniey pun mintak jam juga dari parents dia. tapi yang bestnya ayat dia... "Nak hadiah jam Rolex" haha... kalau aku, sampai bila2 tak dapat kot. mahal tuu... so inilah jamnya.


ha, okay2, kita story pasal raya korban pulak. rumah aku buat nasi kerabu. huiyo... cikna masak kali ni rasa macam sedap gile. then mak terus goreng daging korban. aku rasa macam seminggu tak makan. (okay... this is exaggerating. haha...) mula2 aku malas nak pergi tengok orang sembelih. but tulah, raya setahun sekali kan. tahun depan aku tak stay kampung kastam dah. so gigihlah aku dalam panas teriknya. berteduh di sebalik bayang2 boy. huhu... ada 8 ekor lembu di kampung kastam. ni, lembu kedua. lembu pertama kitorang punya. kaler coklat gelap. susu coklat sedap. haha...


picture of the day. aku suka picture ni. macam 2 generasi. haha... Amir Ridhwan dan Emir Zakwan. dua, dua pakai baju oren. nampak cute kan? adik aku ni nak bawak Zakwan pergi kat ibu dia.







p/s (i) : okay, my side, everything bought already. time for decoration. yanna! rajinkan diri anda!

p/s (ii) : ni baru nak ngemas bilik sendiri ni. adoi penat... mane datang benda kecik2 ni? kenapa aku kedekut sangat simpan benda2 dah rosak pun... adoi yanna oi...

p/s (iii) : back to reality. gerek ke Melaka. aku di JB. aiseh...

p/s (iv) : back to reality... boy dah balik Seremban. aku keseorangan di hari bekerja. uhuk2... boring! bila boy nak balik?







22112010 ~ 12.59am
rumah aku ~ bilik aku

Friday, November 19, 2010

Malam 1*** Senyuman~

hello2 readers According To Yanna... it's been a while aku tak update blog. yes, i am very busy lately ni. huiyooo... serius bebeh, memang teramatlah busy. weekend hari tu lagilah. macam tak sempat bernafas. haha... dengan gerek balik, then fetch JMN, then round2 cari barang2. no luck. malam keluar dengan cikna, dapat lah beli beberapa barang. adoi... serius penat. menanda exam papers lagilah... jadi cikgu ni sangat mencabar ye kawan2. jangan pikir kerja seorang guru mudah ye. aku rasa, aku dah start migrain. uhuk2... tak suka!

so, setelah seminggu lebih tidak menaip, hari ni aku nak update pasal dinner KEBIRU yang telah berlaku pada Jumaat minggu lepas. bukan hari ni. Jumaat lepas bertarikh 12Nov2010. malam yang di beri nama Malam Seribu Senyuman dan bertemakan Glamours and Glitters. maaf, aku tak ikut tema. dah puas geledah almari, tak jumpa gold dust untuk digunakan. huhu... jadi, inilah aku pada malam kejadian. phewwiittt... aku pakai kebaya seh. i can say, this is my second time wearing ini baju. 1st time 3 tahun lepas. haha...


malam ini di kendalikan oleh 2 orang ex-students sebagai pengacara. i can say... diorang beginners lagi. jadi, baguslah bila ada peluang2 macam ni datang. untuk diorang asah lagi bakat. boleh jadi pengacara dan juga pelawak. tapi kadang2 macam boring sikit bila diorang dragging and banyak silent moments. tak best lah gitu kan... ini dia pengacara nya... bukan yang duduk tu ya. tu husband Puan Noor Ashura. he...


malam tamat around 11.15pm. then mestilah bergambar time! okay, panitia Bahasa Inggeris dahulu. Puan Afzah Hanim dan juga Cik Hazwani. English teachers paling best! auw! banyak kenangan bersama mereka. and i love sergah mereka ketika mereka sedang tekun bekerja. kikiki...


kemudian, bersama Puan Asyura. hehe... soon-to-be mommy. segak bergaya ye Puan Ashura malam ni. hehe... tangkap gambar manja2 dengan husband dia. ish, ni yang terasa nak kahwin cepat2 ni. hehe... will be missing you kak! dah gantung belum sign tu? he...


okay, teman paling rapat di sekolah. Cik Saidatul. hehe... merata2 pergi dengan ini minah. pergi servis keta. jalan2 makan2. jalan2 pergi open houses. he... syok! budak2 kata kitorang macam kembar. haha... but i lagi howwtt kot shah. hehe... joking2.


ini pula... photographer upahan. hehe... yang baju merah tu anak murid aku form 4. sorang lagi tu, kurang cam ye. he... masa nak tangkap gambar ni, arahan aku, "buat muka naif" haha... sengal punya Amir Anuar!


then, my favourite picture of the night! haha... walaupun orang tak suka but i still suka. i don't know why. just loving the picture so much!

overall, i enjoyed the night. because i love to eat. hehe... maaf lah lupa nak tangkap gambar buffet yang telah disusun dan swimming pool nya. haha... excited nak makan, lupa everything. and... paling best, aku menang cabutan bertuah. he... syok! cabutan bertuah ni, tak kisah dapat hadiah apa. but bila nombor di panggil dan kita pergi ambil kat depan tu, rasa best sangat! hehe... undescriable (ada ke perkataan ni? hehe...)

okay, aku dah berhenti kerja. patutnya selasa sebelum raya haji tu last. but disebabkan kerja belum selesai, khamis aku gigihkan diri untuk hadir selesaikan tugas and say gooodbyes. peluk2, hugging2. auw, aku di sayangi seh... jangan jeles kepada yang membaca. then balik jalan2 dengan gerek beli2 barang lagi. shooping di MetroJaya. then dapat phone call dari anak murid. aku memang tak bagitau students aku dah stop. digesanya aku untuk datang hari ni sebab ada something nak bagi aku. he... seronok! again, aku di sayangi seh... so, untuk kejadian hari ni, nanti aku update ye!







p/s (i) : dapat hadiah dari 4 SN 1. terima kasih kalian! love u guys always! belajar rajin2 tau!

p/s (ii) : dapat hadiah dari Puan Afzah, Cik Saidatul dan Cik Hazwani. terima kasih jugak kalian! sayang amat2 pada kalian!

p/s (iii) : hari ni dating 2 kali bersama cikgu2. mula2 dengan Puan Afzah dan Cik Wani. kemudian dengan Puan Fadzilah dan Puan Surya. he... karok seh bebeh! terima kasih cikgu2!

p/s (iv) : i am loveable. kikiki... (ha, jeles lah tu)







19112010 ~ 8.52pm
rumah aku ~ bilik boy

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com