we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Saturday, July 25, 2009

Influenza A H1N1

sekarang ni sebok dengan virus influenza A H1N1... mulainya dari luar negara. malaysia masih selamat lagi. benda ni baru dua bulan yang lepas. tapi sekarang ni... malaysia pun semakin terancam dengan virus maut ni... beratus2 kes telah dilaporkan.


kadang2 geram jugak... kepada sesiapa yang pergi luar negara ketika dua bulan lepas tu, kenapalah anda tidak cek betul2 kesihatan anda sebelum pulang ke malaysia? mengancam nyawa negara ni... seronok ke? petugas2 kesihatan kat airport pun ternyata tak teliti. kepada mereka2 yang makan bab1 pulak, tak serik2 ke ancam nyawa rakyat negara kita ni? dulu dengan nyamuk J.E. sekarang H1N1 pulak... sampai bila nak makan benda haram, lagi kotor, lagi jijik tu... geram betul aku ni... takde makanan lain ke yang lagi sedap dari binatang tu? patutnya malaysia haramkan terus penternakan binatang tu...


sekarang ni... banyak ipta telah ditutup dikuarantan seminggu atau dua... sekolah mak aku pun telah ditutup seminggu. 5 orang positif H1N1... hm... nak salahkan siapa? mak aku dah dok risau2. aku pun risau jugak. adik aku jauh. interaksi dengan entah sape2... aku ni pun tengah tak sehat. mintak di jauhkan lah...


entah2, esok lusa, UTM pulak kena kuarantin... bagus jugak. tak payah conduct drama. lega 4SPL. haha...






p/s (i) : esok aku ada latihan drama. aku nak pakai mask and psiko budak2 biar takut and jauhkan diri dari aku. biar diorang batalkan terus drama next week. berusaha!!

p/s (ii) : mak aku beli vitamin and madu untuk kitorang sekeluarga makan. kepada pemakan bab1, kau betul2 menyusahkan aku...






25072009 ~ 10.18pm
bilik aku ~ g17-217

Friday, July 24, 2009

berpuasa blogging...

aku demam... uhuk2... dahlah gerek takde kat UTM dah... tapi semalam aku paksa dia jaga aku. huhu... dia bawak aku jalan2 sambil menjaga aku. aku pulak boleh tido dalam kereta. actually, aku tak ngantuk. tapi entah, mata pedih... so, aku pejam mata and tido lah sampai kembali balik ke taman U.

gerek ajak makan... aku takde selera. uhuk2... sudah sekian lama aku tak mengucapkan, "i takde selera". selalunya selera aku besar je... uhuk2... aku demam... last2, aku mintak roti canai kat gerek. dia pun bawaklh ke ALIF kat taman U tu... makanlah kami berdua dan dia menghantar aku balik... malam semalam, aku tak boleh tido. seksa gile... hmm...

hari ini... adik aku pulang... aku pun mau pulang lah... tapi tiba2 dia mintak broadband dari aku... uhuk2... bagaimana ini... bagaimana dengan tugasan2 yang aku belum mula lagi. bagaimana dengan psm yang aku baru mau start ini? bagaimana... haruskah aku tolak permintaannya? bagaimana? hmmm...


mungkin, aku akan bagi padanya selama 2 minggu... berpuasa internet lah aku sebentar. tengok dulu lah bagaimana...





p/s (i) : tekakku sakit... aku nak 100plus. aku mau cupcakes... uhuk2...

p/s (ii) : aku pun nk turun 7 kilo macam roy...






24072009 ~ 12.42pm
bilik aku ~ g17-217

Tuesday, July 21, 2009

tribute to amisai sepak ~~

duhai amisai sepak...


minggu lepas, gigi mu sakit yang melampau2. kamu nggak bisa makan seperti kita dulu2. kamu juga tidak berselera seperti yang sepatutnya... amisai... kenapa perlu gigi bongsumu tumbuh tatkala nafsu makanku meluap2? amisai... kamu sangat kejam membiarkan aku terliur makanan seorang2. uhuk2... kejam...

minggu ini... isnin kita berpuasa. israk mikraj kan... kamu pening kepala dalam kelas? mengapa? migrain kah? balik bilik, kita tido sepuasnya... berbuka dengan KFC dan mcD cik hem... tapi malam itu, kamu demam. mengapakah ini terjadi? mengapa? hmmm... kita ke kelas seperti biasa. kamu kurang ceria. terdetik di dalam hatiku, aku makan sorang ke hari ni? uhuk2...

kamu meminta aku menemani kamu ke klinik... kamu di suspek denggi? amisai... mengapa ini terjadi... minggu lepas gigimu sakit... minggu ini? kamu ini... magnet to trouble. hoho...


amisai... di kesempatan ini... aku harap kamu cepat sembuh... sesembuh-sembuhnya... tidak seperti aku ini... seperti orang tua sakit tulang. uhuk2...




p/s : nak nasi kandar lauk macam biasa yek... yummy... lme xmkn...








21072009 ~ 10.08pm
bilik aku ~ g17-217

Monday, July 20, 2009

aku bosan... lalala~~

bosannya hari ni... sepatutnya kelas aku pack hari ni, sampai kul 4pm. tapi tiba2 2 kelas batal. so, kelas aku kul 8 sampai 10.30am tadi. sekarang ni, aku di bilik, sedang menunggu baju yang di basuh di mesin untuk siap. berkepuk jugak baju2 tu aku simpan dalam laundry bag. huhu... ada alasan sebenarnya kenapa aku basuh hari ni... kerana... esok aku and amy nak pergi aerobik. tp tracksuit aku kotor. sebab tu aku bsh hari ni. hehe...

currently listening to dewa ~ mistikus cinta...

syahdunya lagu ni... penuh dengan meaning. rindu... dendam... sakit hati... passion... lust... (campur aduk pulak BM and BI)



okay, saje je nak merapu. tak tahu nak tulis apa...

hari ni aku and amy puasa. kami nak berbuka dengan KFC. yummy... tiba2 terasa nak tongkeng kat pasar malam. hmm...




p/s : kamu busy, aku pun busy... kamu penat, aku juga penat... kamu bosan? aku tak kan pernah...




20072009 ~ 12.50pm
bilik aku ~ g17-217

Thursday, July 16, 2009

beberapa hari ku..... ~~

hmm... beberapa hari aku tak update. kerana takde cite best untuk aku ceritakan... hari ini pun... benda best belum berlaku. kerana... aku akan menonton HARRY POTTER sebentar lagi. best2... huhu...


14july - nothing big happened. pergi kelas ESP macam biasa. belaja seperti biasa. petang ada taklimat kat CTL untuk workshop english budak2 tahun 1. then jumpa Dr. Faizah. cuak gile tapi alhamdulillah... sumanya okay. petang jumpa gerek makan2 sebab tak makan lagi hari tu. lapar sangat. then balik, Hem belanja pizza. huiyo... makan lagi. badan aku naik lagi lah namanya ni...


15july - kelas reading dengan Dr. Zaidah. best gile. piza tak datang. ingatkan dia tak bangun. rupanya ada sebab dia tak datang. aku and amy baru nak ajak dia breakfast mcD bersama. dia takde so aku and amy jelah. then amy bawak aku pergi jusco jalan2 then balik bilik. ayah sampai dalam pukul 1pm. aku ada check up hospital. cuak gile. takut ada sakit2 serius ke... alhamdulillah, takde apa jugak. then balik UTM dengan gerek. jalan2 dengan gerek kejar squad perodua era. balik bilik, siap2 nak pergi pesta koko and nak tengok wayang dengan amy. huhu... ajak masturah sekali (ex-roomateku). balik tengok wayang, pergi makan kat Tungku Impian. kenyang tak larat...



16july - bangun pagi nak pergi kelas sosiologi. lecturer tak datang. apalah... balik bilik. pikir nak tido kejap then bangun nak pergi kelas discourse pulak pukul 2pm. then diane bagitau kelas batal. huhu... amy ajak ikut dia pergi amik barang2 yah kat johor jaya. sesat 2 kali cik muni bawak. aku ni nama je orang johor tapi aku memang tak tahu jalan2 selain kampung kastam. hoho... then singgah tesco beli big apple. yummy... ni baru sampai bilik. penat... kejap lagi nak pergi tengok wayang dengan gerek. syok2...








p/s : cik piz datang bilik tadi tengahari. dia tertinggal kunci kat bilik i. hmmm... cik piz, cik piz... hoho...







16072009 ~ 6.12pm
bilik aku ~ g17-217

Monday, July 13, 2009

Harry Potter and The Half Blood Prince

hari ni... aku excited sangat nak tengok harry potter. dh cek showtime kt CS and TC dah. aku nak ajak gerek pergi tengok khamis tu jugak. nak book online pukul 8.45pm tak boleh pulak. hui... aku dah nak book tu. takut tiket habis. semangat gile nak pergi tengok ni... yang boleh book pukul 7pm. hm... macma tak best pulak. miss maghrib kan. (aku budak baik... huhu)

hari ni... kelas pack. sangat penat. tapi kenapa aku tak tidur lagi? as i said before, i am checking harry potter showtime hari khamis tu. nak pergi dengan gerek. cepat2 lah dia balik kerja... amy and piza tak layan harry potter. so, i dating berdua lah dengan gerek. huhu... windu gerek... (di kala ketika ini, gerek demam. maybe jangkit dari aku. aku kurang sihat sekarang ini... hmmm...)

okaylah... nak tidur. kongkeng2 dua orang tu kata nak datang. aku menahan mata menunggu mereka. tapi................. korang kena belanja akak makan. tak kira. akak sedih... mata ini terpaksa di tahan kerana kalian... akak sedih... belanja makan yang sedap yek.





p/s : esok nak jumpa dr. faizah... saya amatlah berasa takut... permudahkanlah hidup aku esok.. aminnn....





14072009 ~ 12.03am
bilik aku ~ g17-217

Sunday, July 12, 2009

tentang MILO ~~

apa maksud tajuk aku? MILO? iya... tak lain tak bukan. memang seperti yang anda pikir. MILO yang aku maksudkan adalah MILO yang korang sedang pikirkan. iya... betuullll... MILO yang MINUM MILO ANDA JADI SEHAT DAN KUAT tu...


bila pikir MILO, kita pikir minuman coklat yang sedap. lagi2 sejuk banyak air batu. ada jugak MILO ais tabur. sedap kan? yummy... minum as breakfast. ada air kotak MILO. piza suka beli air kotak MILO yang kecik gambar sheikh muzafar berebut bola dengan budak kecik, bawak pergi kelas minum sorang2. sekali sedut abis suma. orang lain memang tak boleh ngecek lah senang kata.




tapi mulai sekarang... kami sekeluarga memandang MILO sebagai sesuatu yang berbahaya. kami pandang ia sebagai TRAUMA, FOBIA... dan sewaktu dengannya. walaupun MILO sangat sedap. tapi... apakan daya... inilah yang telah terjadi. MILO telah di 'banned' dalam keluarga kami....



"HIDUP OLIGO!!"


oligo oligo... oligo coco





p/s : kpd amy... tolg jangan gelak kuat2. dengar sampai bilk aku. huhu...






12072009 ~ 5.01pm
bilik aku ~ g17-217

Friday, July 10, 2009

mode : windu gerek teramat cangat

amaran : sape yang menyampah dengan tajuk aku, jangan baca. aku tau korang jeles. haha...


okay, entri kali ni nak cite pasal gerek saya yang teramatlah busy. dua minggu dia ke jerantut. outstation lh orang2 bekerja cakap. saya ni macam surirumah lah. nak ikut tak boleh. kena jaga anak2 gitu. hoho... dahlah seminggu lepas dah pergi. minggu ni pun pergi jugak. nak marah... tak boleh. tapi dia marah saya ada. mengarut sungguh. suka2 hati je nak marah saya yang baik ni. huhu...

so, dek kerana windu and tak dapat lepak same2 lama2 setelah sekian lama, saya pun mengorder cupcakes (passionku dari dulu sampai sekarang) dari maziah. iya... maziah, cik pembuat cupcakes kegemaran saya tu. dia datang jb untuk jumpa buah hati dia and cari keje kat sini. so, dia pun hantarlah cupcakes pada saya isnin lepas...


makan2 dengan gerek. piknik bawak blok dengan kfc and cupcakes. amy tak join sebab dia puasa and pergi pasar malam dengan sheela and ana. saya tak bolehlah ikut sebab saya tengah dating. after makan2 tu, gerek hantar ke bilik kongkeng2. bawak sekali cupcakes. diorang baru lepas makan durian. semerbak gile bilik diorang. tak tinggal seulas pun untuk saya. mesti piza habiskan semua. mesti punyalah... huhu...







p/s : gerek on the way balik. adik aku pun... hm... nak balik rumah hari ni ke esok? di dalam dilema.







10072009 ~ 3.52pm
bilik aku ~ g17-217

Wednesday, July 8, 2009

GHT ~ geng hidung tinggi

akhirnya... aku nak memperkenalkan secara rasmi anggota kumpulan GHT. setelah sekian lama asyik menyebut2 tapi tidak memperkenalkan secara rasmi. huhu...


ok, ini hafizah. boleh dikatakan pelopor group GHT ni. satu kelas dengan aku. sengal kentang orangnya. dia and shusha yang memulakan benda 'hidung tinggi satu' tu. mula2 diorang berdua je. then aku sambut sekali. then bila cik patin join, kami berempat lah ye...

ok, ini shuha. bila terpelat panggil shusha. patin panggil dia soha. kadang2 soma (klu tak salah aku lah). dia ni suka perasan. hari tu dia sbut jari dia ni jari anak raja. huhu... nasib cik piz tak tersembur tau. dia suka melukis. sama kos dengan patin. tapi aku tak pernah tengok patin punya art work. patin tu reti melukis tak? hmmmm..... point to ponder.

aku kiranya ahli ketiga group ni. masuk air bila dengan dak2 ni. bila tengah moody then jumpa dak2 ni, ceria rasa hidup. seronok. lagi si patin sengal tu. dahlah sengal, ngeng pulak tu. huhu... aku sje je pilih gambar aku paling cun. korang jangan jeles dengan akak pulak. yelah, ni kan blog akak. haha.... kuasa veto ada di tanganku.
inilah dia fatin aqilah. sengal kentang, ubi, kayu balak. time ni baru lepas saturday night event. dia pakai tudung camni. kitorang panggil dia 'youknowwhat'. konon2 macam yuna lah tu. huhu... dalam group ni, kitorang panggil dia kongkeng. huhu... jangan marah dik. akak jual kt budak2 sains sukan kang. huhu...

inilah gambar favourite kami. dak2 ni panggil gambar muka plaka. (pronounce as plake, bkn clake okay). kami suka sangat lah gambar ni. memang bila GHT berjumpa bermacam2 gaya boleh anda lihat. time ni tengah taklimat dari pengetua, felo, macam2 lagi lah. tapi kitorang kat belakang macam haram perangai kan. huhu...
ni pulak gambar masa dinner crew hari ahad lepas. even hujan turun dengan lebatnya, kami masih bersemangat berjalan kaki ke tasek UTM dari KRP okay. even ada lah sorang budak tu taknak join sebab takde vest. dia kata takpelah kitorang pergi bertiga. tapi yang peliknya, bila aku semangat nak pergi tanpa dia, dia tak bagi pulak aku pergi. pelik kan budak2 zaman sekarang ni? mari kita panggil dia; budak aneh-aneh. huhu... gambar ni telah di edit oleh shusha. cun kan? berbakat sungguh budak itu. sape2 yang nak tempah gambar2 cun dari dia, boleh lah contact di http://nnashuhaa.blogspot.com/ (akak promote free dalam blog akak ni, komisen lebih sikit yek).


inilah gambar2 kami tatkala berjumpa. huhu... seronok lh dengan diorang ni. macam takde masalah. tapi... lepas ni payahlah nk berkumpul. masing2 dah nak start busy. hm... takpelah, bak kata shusha. ukhuwah yang terjalin remain forever (gile rojak bahasa aku). again... ini blog aku. huhu...

okay, inilah dia trademark kami... HIDUNG TINGGI SATU!! HUH!!





p/s : kepada GHT sekalian, ILOVEALLOFYOU. susah nak cari geng macam korang. hope GHT will last forever in our heart. uhuk2... syahdulah pulak. huhu... tapi serius ni. msg ni jujur datang dari hati.




09072009 ~ 12.37am
bilik aku ~ g17-217

Monday, July 6, 2009

last days as KRP crew... uhuk2...

amaran : entri kali ini mengandungi banyak gambar. teruskan scroll ke bawah.


entri kali ni nak cite pasal hari2 terakhir aku sebagai crew mhs KRP. uhuk2... sedih. macam taknak tanggalkan vest time rafiq cakap kena pulangkan malam BBQ dinner crew tu. uhuk2... state of denial. tp... nak buat macamane... terpaksa juga tanggalkan. dengan tertanggalnya vest dari badanku... bermaksud, berakhirlah tugas aku sebagai crew MHS dan kini... aku hanya pelajar UTM. seperti yang lain... uhuk2... sedih...

ok2, ni nak tunjuk gambar2 kitorang masa hari tangkap gambar crew2 KRP. sementara menunggu crew2 yang lambar tu... GHT pun apalagi... bergambar lah. memang keje kitorang asik bergambar je. takpelah, kamera aku lagipun. huhu...




inilah dia gambar penuh lengkap anggota GHT. hidung tinggi satu!! huh!! even baru kenal lebih kurang dua minggu, kitorang dah klik baik punya. memang bestlah layan kepala budak2 ni. si fatin ngeng... si shusha... and cik piz. huhu... nampak tak muka cik piz macam ikan buntal tu? huhu... shusha takde pulak dalam gambar atas. takpe2, gambar bawah ada gambar shusha...


ni gambar GHT bersama K.O... huhu... apiq yang besh. bak kata apiq, macam tangkap gambar magazine pulak (koya22222).

ni bawah ni patutnya gambar family. GHT bersama keluarga kami. tapi tiba2 ada KC. shusha kata KC ni anak angkat. huhu... bolehlah jadi family potrait. haha... agak kelakar pulak ada cina dalam keluarga. hei, we are malaysian bebeh... multiracial.























ha, bawah ni pulak gambar auntie and mama bersama apiq. style lh gambar ni. bergaya semua orang. huhu... aku paling suka pic ni lah. takde gangguan untuk tangkap gambar bersama apiq.

okay, selepas ni gambar aksi2 auntie and mama bersama apiq. harap maaf untuk segala aksi2 yang kurang sopan. hanyalah untuk hiburan semata2 tapi takdelah sampai hedonisme. SAY NO TO HEDONISME!!















akhir sekali... ni gambar2 aksi bebas. kami; kak yanna and kak piz, seorang yang fleksibel. tak main lah kntrol2 ayu and cun macam sesetengah orang. ceh... konon lembut tapi padahal... nasib tak patah riuk tulang aku ni oi.......................... huhu... fatin, udah2 le tu gelak. kawal sikit emosi tu. kang takde orang ngorat baru kamu tau... huhu...






















bawah ni... gambar sarah bersama mama and auntie. huhu... kitorang dh cop sarah okay. she is not available. (ulang suara yang entah ke berapa kali) paham suma??? huhu....












p/s (i) : aie tak reti senyum. tu yg statik muka tu macam kena tampal dengan salotape. huhu... jangan marah aie. actually dia tak reti senyum dalam gambar je. muka serius je.

p/s (ii) : shusha, ko ke kitorang yang rosak nanti? haha... sengal.



06072009 ~ 9.31pm
bilik aku ~ g17-217

Sunday, July 5, 2009

K.O kami ~ jangan cedih apiq...

ketua kami muda dari kami. in fact, macam baya adik aku je. si apiq ni memang dah sebaya adik piza. tapi boy muda setahun lah. lebih kurang lh tu kn?si apiq ni panggil piza; mama. aku pulak auntie dia. haha... kelakar betul. dahlah manja. "mama... cwammed..." nasib dia tak panggil auntie. nanti auntie berlari to the rescue...

ni gambar apiq pada malam kebudayaan KRP. dia as K.O nk buatlah sedikit persembahan untuk adik2 yang baru. tapi di sebabkan ramai yang pegang gitar tu before dia buat persembahan, so tune dia dah lari. si apiq ni pun kelam kabut nak betulkan tune. gabra punya pasal sampai tak boleh nak tune kan betul2. so, dia mainkan lagu yang guna tune yang salah tu.... dia sebenarnya nak ngorat menantu. cian apiq auntie ni...

ni gambar selepas persembahan. apiq bersama auntie and mama. apiq jangan cedih yek. mama and auntie yakin apiq leh ngorat dia. hehe... persembahan tak best takpe tapi bagi mama and auntie, persembahan apiq still best. jangan risaulah apiq. age is only a number. muda setahun je. takde apa lah... huhu...

ops!!! ni sape ni? haha... ini sarah... cameragirl KRP sepanjang MHS. sangat sweet budaknya... lembut je. aku je yang kasar. haha... ok perhatian suma. sarah is not available. she is not single. huhu... auntie copkan dia untuk someone. ops!!! auntie pulak... aku copkan dia untuk someone.














ni gambar aku and piza berangan2 dengan gitar. ada gaya tak? huhu... bukan selalu pegang gitar. nak main tak reti. pegang2 jelah aku reti. haha
...



p/s : MHS sudah selesai akhirnya... nak tidur balik rasanya ni... zzzzzzzzzzzzz...... mcm bunyi transformer lh pulak. haha...











05072009 ~ 10.45am
bilik aku ~ g17-217

Saturday, July 4, 2009

larian MHS 09/10

huhu... baru je balik dari sukan MHS 09/10. awal2 pagi lagi aku dah pegi. aku pikir aku dah lambat. rupanya, akulah crew pertama yang sampai ke arked KRP. even kak sabina pun tak bukak lagi. budak2 tak ramai lagi tapi yang dah datang tu macam bengang sikit lah sebab crew2 still tak ada... unit sukan pun dah datang nak suruh budak berlepas awal. tapi masalahnya, budak2 pun tak ramai datang lagi.

hoho... aku and piza mula2 hilang arah nak pegi mana. dahlah panas. payung ada dua nak berpayung 4 orang. okaylah. tapi sebab payung aku kecik, susah nak berpayung berdua. kena kepit2 pulak. kitorang buat keputusan nak pergi tengok frisbee sebab kat padang utama ramai sangat orang. so, kitorang pergi padang kriket. syok jugak tengok frisbee ni. nak gelak pun ada. dengan adik2 yang kelakar2. haha... kering tekak aku asyik gelak je manjang...


tapi masalah timbul bila nak dekat akhir2 game. dah suku akhir dah. tiba2 penganjur nak check nama2 budak dalam group. based apa yang aie (ketua sukan MHS KRP), kitorang dah inform orang tu kitorang dah rombak balik pemain2. ada 4 group. suma pemain yang same tapi group je yang berlainan daripada apa yang kitorang dah hantar ke unit sukan. tapi tiba2 arahan bertukar pulak. taknak terima. so, participation KRP dibatalkan secara automatik. marahlah budak2 tu. dah main bagai nak rak. tiba2 dah suku akhir tiba2 kata batal. lain kali cek lah awal2. takdelah budak kecewa sangat...


kepada makcik yang kerek tu... untuk makluman makcik, budak2 ni dah hampir wakil negara. tak macam makcik yang just pandai nak pegang mic maki budak2. nak bukak auku konon. tolonglah... auku nak di mansuhkan. nak report kat pengetua konon, pengetua sayang kitorang okay. pengetua backup kitorang. nak kenakan crew2 sekali? jomlah... macamlah kitorang takut. ceh... mulut je lebih. padahal... makcik berani kat mic je.



saje je pilih gambar ni... actualy ada gambar lain yang boleh di pilih tapi sengaja amik gambar ni sebab............................ gambar fatin terpotong kat atas tu. huhu... adil dah saksama lah kn. aritu gambar shuha takde. ni gambar fatin takde. hehe... jangan marah fatin. ni kitorang on the way nak balik KRP selepas kecewa dengan makcik kerek tu. huh!! hidung tinggi bebenor!!!


okaylah... akak letak gambar kita berempat. GHT!! huhu... next2 entri akan ku tulis tentang kalian. fatin ngek. tangkap gambar ngarut2. gambar ni piza cute sangat. macam tengah cangkung. oit!!! jangan sembur nasi kat kitorang. haha... kepada kak jawi yang membaca... tadi piza sembur nasi pada fatin. masuk air sekali. haha....


p/s : dapat minum sirap k10. manis gile... amir, jangan lupa payung aku. hilang, siap ko... huhu....








04072009 ~ 2.23pm
bilik aku ~ g17-217

Friday, July 3, 2009

penyanyi jalanan KRP...

bila korang tengok gambar bawah ni... apa yang korang pikir? haha... aku paling suka gambar ni. aku gelak bagai nak gile bila tangkap gambar ni. piza yang sengal. rafiq entah main gitar ke tak tu... ceh.......... ijat... konon banyak sangat duit lah tu. huhu... kelakar gile ketika ini.



ha, ni gambar ank sdara auntie nak main gitar. smart kan? dia tengah tune2 nak main lagu apa tu. dia tengah susun strategi nk ngorat sorang girl ni. nak bagi auntie sorang anak sdara pompuan pulak. huhu... ooo... windu diena dengan aqiel pulak. anak2 sdara ku tu balik ke penang jumpa wan and tokwan diorang.




ni pulak gambar piza pelbagai pose. tengah nak tipu pali yang piza akan buat persembahan malam kebudayaan tu. pali punyalah cuak. hehe... then gaya "piano pali". huhu... dia nak sbut violin sebenarnya. tapi dia sbut piano. kahkahkahkah... sangat kelakar. ketika ini, aku tiada di dalam gambar kerana akulah cameragirl nya... ganti sarah sebentar. huhu... sape sarah??? akan di perkenalkan di entri2 yang lain. sabar yek...


















p/s : gerek dah sampai... nak pergi beli topi. huhu... windu sama gerek.




03072009 ~ 6.06pm
bilik aku ~ g17-217

Thursday, July 2, 2009

28june2009 ~ pendaftaran mahasiswa 09/10

huhu... hari ni baru sempat nk update pasal hari pendaftaran mahasiswa baru ke utm yang berlangsung pada 27062009 dan 28062009. aku krew KRP, so mahasiswa KRP mendaftar pada hari kedua tu; 28062009. aku bertugas di kaunter cenderamata. huhu... best gile dak2 baru ni. diorang dapat beg laptop and pndrive and 10 items yang lain. untung kan?


aku dengan iera (sorang lagi krew KRP), jaga kaunter cenderamata. dia bagi beg and aku di tugaskan untuk amik nama diorang and pecahkan kepada group terus. senang keje. piza bertugas kat kaunter kad matrik untuk pastikan flow kat kaunter berjalan lancar. shuha dekat kaunter seranta. tugas budak ni paling penting sebab dia kena cek suma dokumen2 pelajar. fatin pulak jadi runner. bukan pelumba lari ok.tapi macam usherer, tunjuk2 jalan.














sekarang ni kan tengah kecoh influenza A h1n1 tu kn... so, krew2 mhs di arahkan untuk memakai mask. aku punyalah excited nk pakai. tapi dak2 krew KRP mcm xsmngat je nk pakai. takkanlah aku pakai sorang2 kan. tapi disebabkan pada hari pertama pendaftaran ada 3 orang suspek h1n1, so pada hari kedua, suma diwajibkan pakai. huhu... yes... mmg syoklah. tapi aku ada masalah sikit awal2 sebab susah nak bernafas. huhu... lama2 baru ok.


gambar ni shuha takde sebab dia kaunter pertama. so dia kena get ready kat kaunter dia awal2 pagi. kitorang ngular dulu baru ke kaunter. aku kaunter terakhir, lagilah sempoi. rilek2, ngular2. huhu... jangan marah shuha. nnt letak gambar kita berempat gambar pasport tu ek. he...


p/s : leh teka tak mane satu aku dalam gambar tu? haha...








02072009 ~ 5.30pm
bilik aku ~ g17-217

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com