seperti telah di janjikan... hari ni aku nk upload pics makanan berbuka masakan cikna. yummy... t'ingt je terus rasa lapar balik. he... makcik saya sangat pandai masak. serious, tak tipu... dia pandai masak chicken chop, mashed potato, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang... western, eastern, instant, fast food... cakap aje... huhu...
we were made for each other...
EVERYTHING ABOUT YANNA
Monday, August 31, 2009
makanan2 b'buka ku semalam...
Saturday, August 29, 2009
pulanglah makcik... uhuk2
sekarang aku ada kat rumah. agak tension. hari tu aku dah tak sabar2 nak balik. yelah... adik aku kat cuti seminggu. aku siap ajak amy ponteng discourse sebab tak sabar sangat nak balik rumah. nak balik hari rabu. hehe... tapi tiba2................. ai....
Friday, August 28, 2009
aku rindu anak2 buahku...
Thursday, August 27, 2009
hari ulangtahun ae~~
hari ini (27aug09), ae telah berusia 5 tahun dan 3 hari. hehe... saya amatlah busy dengan assignment. walau bagaimanapun, masih sempat untuk mengular dengan amy. hehe... dan dating dengan gerek. lovulovu...
ILOVEYOU,
p/s (ii) : aku nak balik rumah hari ni... tapi tak semangat... hm, kenapalah ini semua terjadi. bosan betul. tak suka!! sebab tu orang kata, buat baik berpada2...
Monday, August 24, 2009
happy 5th anniversary sayang... lovulovu
semalam (24082009), genaplah ae (azuan & eliyana) berusia 5 tahun. 5 tahun???!!! huhu... aku sendiri macam tak percaya usia kitorang dah 5 tahun. hmmm...
kronologi :
2002 ~ aku dan gerek berjumpa di sekolah. biasa je, kawan2 macam biasa. ada kejadian terjadi yang membuatkan aku dan gerek tak bercakap. setengah tahun jugak. dia pun hormat keputusan aku. hmm... lelaki macam ni lah yang sesuai di buat laki. hormat perasaan perempuan. hehe... gerek sy tu. akhir tahun tu, kami kembali bercakap balik. dalam telefon jelah. sebab cuti sekolah... dan ketika itu jugaklah gerek meluahkan perasaannya pada aku. huhu.. aku tak mo. budak2 lagi.
2003 ~ gerek sekali lagi hormat keputusan aku untuk tidak menerima dia. kami sekelas macam biasa. tak berbual pun dalam kelas. bila sampai rumah, sekali sekala dia call. jumpa kat sekolah je. aku tahu dia suka aku, so aku tak nak dia perasan lebih2. jadi aku tak bagi apa2 green light lah. buat biasa je kat sekolah. gerek kata, aku budak pandai, dia lagi segan nk approach aku. hehe... benarkah?
2004 ~ kami ke matrikulasi yang sama. hubungan lebih rapat sebab aku dah pakai HP. hehe... tak berjumpa jugak kat sana. biasa2 je. kalau jumpa tegur macam kawan2. tapi hubungan tu lebih rapat lah. and aku macam rasa ada bibit2 sikit. hehe... tak tahu nak describe macam mane. lagi aku rasa tergugat bila gerek2 (member2 gerek) cakap diorang sedang berusaha mencari pengganti aku untuk gerek aku sorang ni. hmm... aku pun apalagi... aku pun propose gerek (maksudnya, aku yang ajak couple lah). pada tanggal 240804 (setelah gerek aku propose aku kembali sebab dia kata macam tak proper. dia kata memang sepatutnya dia propose aku kali kedua tapi takut), kami pun jd ae.
2005 ~ masuk UTM bersama2. mula2 aku tak terniat nak belajar di IPTA yang sama dengan gerek. dia nak sangat masuk UKM. aku pulak, takde arah tujuan. tapi mak aku desak masuk UTM. so, di takdirkan aku dapat UTM dan gerek pun sama. lagilah... macam2 aktiviti yang kami buat. pergi tanjung balau, ukur jb, jalan2... macam2 lah yang kami buat. happy~~ wee....
2006 ~ ada kejadian sedih berlaku. aku ni senang goyah. kami kecundang sekali. tapi aku realise, salah aku. aku sendiri tak boleh nak hidup tanpa gerek. dia takde, aku rasa kosong je jiwa. hanya ada jasad. huhu... siapa2 yang belum rasa, aku tak boleh nak terangkan. korang kena rasa sendiri. kami bangun kembali. jalan bersama2 kembali. dia angkat aku, bimbing aku... aku sayang gerek aku. thanks sayang and sorry...
2007 ~ life is like a roller coaster. hubungan ada mendung, panas, hujan. semua lah... tapi sayang, kita berjaya harungi semua tu. terima kasih sebab sentiasa bersama dengan i. i really appreciate it. u lah segalanya untuk i... hubungan makin utuh. tidak seperti tahun2 sebelum.
2008 ~ tahun ni apa jadi ek? hehe... dugaan demi dugaan. panas, kemarau, hujan, banjir. huhu... macam tahun sebelum juga. tapi sekarang matang sikitlah kot. betul ke yang? i matang sikit kan? betul kan? hehe... i praktikal pun tak terasa jauh dari u. u datang amik i dari sekolah. u sentiasa ada. even u busy final year pun, still luangkan masa untuk i. bestnya... after amik i mesti pergi angsana, pergi lunch sama2.
2009 ~ kita makin matang. gaduh pun dah kurang. he... sekarang u dah habis belajar. dah grad, dah konvo. and i'm really looking forward. cepat ye yang... hehe... i love you.
p/s : nanti aku upload gambar hadiah2 kami yek. dan apa yang kami makan waktu berbuka. hehe... terima kasih sayang untuk segalanya...
25082009 ~ 12.22am
bilik aku ~ g17-217
Sunday, August 23, 2009
lagu tema GHP!!
actually bukan lagu tema kerelaan kami... tapi entah kenapa... stiap kali kami ke sana, lagu tuh pasti berkumandang... lagu tema ni bukan satu group, satu lagu tau... meh aku terangkan...
p/s (ii) : esok anniversary aku dan gerek tapi aku tak beli kad pun lagi... sengal2... hoho... esok genap ae berusia 5 tahun.
Saturday, August 22, 2009
SELAMAT BERPUASA...
hari ini 22ogos2009, hari pertama semua umat Islam di dunia ini berpuasa. ops, lupa cakap... maknanya, hari ni 1ramadan. tahun bila ek? nauzubillah... yanna ni teruk sungguh...
ketika ini... aku kat rumah, tengah boring2 tak ada benda nak buat. tadi pergi angsana sekejap. nak beli workbook untuk material adaptation. dapatlah 2 buku. angsana dah start meriah. macam lagi seminggu nak raya pulak rasa. hehe... mak aku pun dah start ushar2 baju kurung. he...
hmm... tapi di kala ini, terasa stress dengan assignment dan PSM yang aku ni tak reti2 nak start. huhu... teruk betul aku ni... malam ni after ayah aku terawih baru nak balik UTM. nak beli abc bomba yang aku pernah janji dengan amy. misai, hem, malam ni kita dessert sama2 ek. pesan kat hem, jangan nak lari. hoho...
mak aku masak simple je arini. coz kitorang berempat je. cikna tak jadi datang. hm... rindu diena and aqiel pulak... eh, oklah korang, nanti aku update lagi. bapak aku dah jerit ajak pergi bazar ni. hoho... aku lah peneman dia yang setia ke bazar ramadan. aku pun taktau kenapa dia pilih aku sedangkan adik aku ada kat rumah ni...
destinasi bazar : maybe bazar larkin (sebelah stadium tu)
p/s : lagi 2 hari anniversary tahun kelima ae. he... windu gerek.
22082009 ~ 5.08pm
rumah aku ~ bilik boy
Thursday, August 20, 2009
jalan2 ke tasekan~~
tarikh : 12ogos2009
aku = nasi janda, amy = mee goreng basah, hem = nasi goreng kampung.
dasat tak kami makan? huhu... hem sedang2 elok dia kata kenyang adalah orang yang paling banyak makan. huhu... tipu je. kemudian, kami ke tasek. jalan2 bergambar2....
dan akhir sekali... gambar si badut berdua. kuikuikui...
bintang :
servis : 4
rasa : 4
perasaan : 5
p/s (i) : di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat ISLAM yang membaca blog saya. terima kasih.
p/s (ii) : aku sedang serabut... tolong... saya perlukan oksigen...
Wednesday, August 19, 2009
gambar studio siap!!
entri kali ni aku nk tunjuk gambar gerek tangkap studio. aku tak tengok pun time dia bergambar sebab nanti dia serba salah nk senyum macam mane. hehe... inilah hasil bekas pelajar UiTM. kami puas hati dengan softcopy nya... hardcopy belum tengok lagi. huhu... siapa yang berminat nk hire dia, leh bagitau aku.
ini gambar aku dan gerek. skema gile kan? amy gelakkan aku. kuaja sungguh. aku pun sengal tangkap gambar macam nak nyanyi lagu NEGARAKU. hoho...
Tuesday, August 18, 2009
congratulation sayang~~
semalam, adalah hari konvo gerek saya. disebabkan kelas saya abis kul 1pm, saya terus pergi ke dia dengan crocs saya. gaya sudah cun, tapi kasut... hm... takpelah, at least sedondon dengan baju. huhu... ini gambar sebelum gerek masuk ke dalam dewan.
then after gerek berkumpul nak masuk ke dewan, aku and amy rush balik, refresh up then berkejar ke jusco beli bunga. huhu... sejam jugak menunggu. apalagi... kami makan... yummy, watan hoe and chicken chop. cdp2. then after bunga siap, terus balik utm. jumpa Dr. Dayang kejap then gegas ke dewan. takut gerek keluar dewan tapi aku tak sampai lagi... cop2, ini bunga yang aku beli.
ini pula gambar pertama selepas gerek keluar dewan. aku sampai2, gerek pun keluar. hui, berjodoh sungguh. dan akulah orang pertama bagi dia bunga. sangat happy...
p/s (ii) : hari ni oja knvo. nak pergi sebenarnya. dah separuh jalan. kemudian ada kejadian telah terjadi yang tidak membenarkan aku ke sana. so, aku balik bilik. kelas socio pun ponteng. hmmm... sakit... uhuk2...
Friday, August 14, 2009
mode : graduation day~~
pesta konvo sudah mula semalam dan aku dan amy dan hem telah 2 kali ke pesta konvo, semalam jugak. amy apalagi... hari pertama terus nak borong semua tu. huhu... so maksudnya sekarang ni... mood berkonvo sedang meluap2. tapi aku tak tahulah perasaan gerek ketika ini kerana dia masih lagi di dalam hutan. tak keluar2 lagi. sudah 2 hari dia tidak msg atau call kerana di sana tiada line. hmmm...
jadi mode aku sekarang : rindu gerek teramat2 lah sangat... dia kata balik malam ni... hmm... tunggu sajalah...
gambar ini diambil pagi2 12ogos2009 sebelum gerek bertolak ke jerantut. sudah sekian lama dia tidak menghantar aku ke kelas. hoho... windu...
info gerek's convocation;
hari : isnin
tarikh : 17ogos2009
waktu : 2.00pm
warna tema : ungu
p/s : sangat lapar... sedang menunggu hem pulang dari kelas untuk ke pesta konvo makan ayam golek dan spageti. cedap2...
14082009 ~ 12.31pm
bilik aku ~ g17-217
Wednesday, August 12, 2009
girls' day out... lalala~~
masuk hari ni baru 12 hari kita masuk bulan ogos... tapi aku dah beberapa kali kuar bersama2 dengan member2 pompuan di sini. antaranya...
tarikh : 6ogos2009
hari : khamis
agenda : buka puasa beramai2
note : tiada gambar di sediakan kerana aku tidak amik lagi daripda amy. harap maklum.
____________________________________________________________
tarikh : 7ogos2009
hari : jumaat
agenda : tengok wayang, jalan2, makan2, grocery
note : kami kuar dari pukul 2pm. sampai kembali ke UTM around 9pm. lama gile kn? and crocs ku cedera ketika hari itu. aku amat berasa down. hm...
ini lah antara gambar2 kami... gambar2 ini sebelum kami memilih hadiah untuk gerekku dan jugak shopping pakaian2 amy. hoho... makan? sebentar ya...
yana teo : spagetti bolognaise (macam mane eja ek? xreti aku), yanna : tomyam soup noodle, amy : cordon bleu... makan sampai tak larat...
_____________________________________________________________
tarikh : 8ogos2009
hari : sabtu
agenda : tahlil di rumah hafizah
note : tiada gambar di sediakan... kerana lupa nak tangkap gambar. dan kejadian di sana, aku telah di marahi oleh ustazah piza kerana berbual. hoho... maafkan saya...
tarikh : 8ogos2009
hari : sabtu
agenda : jalan2 shopping dengan gerek
note : aku try nk tolong gerek amik jubah. tapi nauzubillah beratur sikit punya panjang... last2 tengah beratur, gerek sampai... so, aku and amy pegi minum2 kat k11. huhu... malam tu teman gerek shopping2.
p/s : walaupun bukan girls' day out, aku nak mention jugak. hehe...
_____________________________________________________________
tarikh : 11ogos2009
hari : selasa
agenda : aerobik, joging, pizza hut
ini adalah 2 manusia yang order makan untuk 2 orang per person. mereka sangat berasa lapar agaknya... huhu...
ini pula manusia yang mahu BERTUKAR!! hehe... kami makan apa?
sekian... itu saje makanan2 yang telah saya makan selama bulan ogos ini... ada lagi... tapi tunggu di entri akan datang yek... terima kasih...
p/s : aku leka update blog sampai lupa nk balas msg gerek. cian gerek i...
12082009 ~10.25pm
bilik aku ~ g17-217
Tuesday, August 11, 2009
SNOW WHITE : THE UNTOLD TALE ~~ #2
akhirnya... setelah 10 hari kejadian drama itu berlaku, aku akan mengupdate blog tentang drama. (aku tau roy dok tunggu2 aku update. nk tengok aku still kacak tak jadi lelaki. hoho...) jadi inilah antara2 gambar yang aku ada pada malam kejadian. banyak actually tapi tak amik lagi dari member. malas. hoho...
kali ini misai dan janggutku agak lain dan kebanyakan classmate aku semua tak suka mekap aku kali ni. diorang lagi suka last sem sebab katanya muka aku macam gerek. hoho... sabar sajelah... tapi takpelah, aku nak jugak merasa misai cam muni. huhu...
ini gambar aku dengan queen (cik ana) and 2 orang witches (cik aina and cik piz). kacak dan macho tak aku? hehe... mesti gerek tak mo tangkap gambar dengan aku. hm...
di atas ini pula... gambar aku dengan muni (pesaing aku dari kingdom of athensmore), wadah (prince aku dari kingdom of reim) dan amy (maid kingdom of athensmore).
atas tu ana the queen yang akhirnya telah dibunuh oleh anak tiri sendiri. sebelahnya ada muni, pesaing aku dari athensmore yang kononnya terhensem dalam kingdom diorang. hehe... bawah tu pulak, mereka ini adalah witches. aina the kind witch, piza the wise witch, everlyn the angry witch (klu tak salah aku lah...) nampak ada minah tocang dalam cermin tu? tu siu fong (childish witch)
itu saje gambar2 yang saya ada untuk drama kali ini. kalau tiba2 ada lagi dapat gambar, jika saya dalam perasaan yang rajin, saya akan upload lagi yek. sekian terima kasih... hehe...
p/s : gerek ke jerantut lagi esok. 3 hari... hm... windunya...
11082009 ~ 7.47pm
bilik aku ~ g17-217
Thursday, August 6, 2009
jalan2 ke cerapan ~~
venue : balai cerap UTM
date : 29082009
participants : yanna, piz, amy
hari itu... kami tidak merancang pun nk ke balai cerap. rancangannya hanyalah untuk minum2 dan makan2 dia cafe k11. bila nak balik tu tiba2 ada mulut yang bertanya... "apa kata kita ke balai cerap?" dengan lajunya amy menderu ke sana. hehe... dan kami berada di sana sehinggalah azan maghrib berkumandang...
teruskan skroll ke bawah untuk gambar2...
aku sebenarnya nak buar pose lain... tiba2 tertukar pulak. tu yang macam sengal je gaya. macam budak tak matured. huhu... maafkan saya...
sila skroll lagi...
pose kami gaya lonely... piza dengan selipar biru. hoho... amy yang sedang merenung kejauhan... aku pulak????
bawah ini pulak... gambar kami bertiga guna HP amy guna self timer... berlari2 kitorg nak bergambar dengan self timer ni... hoho....
bawah ini adalah my favourite pictures...
p/s (i) : aku sedang takut tentang PSM yang belum lagi aku mulakn... uhuk2...
p/s (ii) : gerek ke jerantut 2 hari... hmm... busy sungguh gerek saya...
06082009 ~ 6.24pm
bilik amy ~ g17-214