we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Wednesday, January 11, 2012

Hagley Park, Christchursh, NZ


hai2, 2 entri aku buat hari ni. bukan aku takde kerja... tapi bosan dah ni ngadap kertas2 minit mesyuarat. adoyai... 2 minggu yang penuh dengan meeting. tadi meeting KEBIRU. saje je mereka2 ni takmo amik idea bernas aku. haha... bernas ke? huhu... hati ini masih panas dengan isu pindah bilik ni. kalaulah boleh buat mogok, lama dah aku buat. tapi sebagai guru baru, amat melampau ye nak buat dajal. haha...



okay2, kali ni nak cerita pasal trip hari kedua ke NZ. dah berlapuk ye cerita ni. sebenarnya kurang ada mood untuk update. huhu... tapi saje tengok2 gambar then masa pun curi sekejap lah untuk update. hari kedua kami ke NZ, Sir Abdullah bawak kami ke Air Force Museum. muzium dia best. walau kecik macam2 ada and agak happening sebab ada live band. ha, kagum kan? hari itu kebetulan hari Jumaat, so selepas itu, kami pergi solat Jumaat. okay, di sini, wanita pun boleh join solat Jumaat. aku pun agak excited. tempat dia kecik je tapi rasa warm je. macam very welcoming. Sir cerita, masjid tu asalnya adalah gereja. dibeli oleh orang Malaysia! bangga tak? orang Melayu beli church untuk di jadikan masjid. serius aku rasa bangga. siap ada bendera Malaysia okay di hadapan pintu masuk. imam dia pun best. syahdu gile okay...



after that, aku and gerek berdikari lah, travel sendiri jalan2 guna GPS. so, destinasi pertama adalah Hagley Park. patutnya boleh singgah botanical garden kat situ jugak. tapi salah masuk entrance. hehe... hui... padang yang amat besar. macam rasa dalam Mohabbatein je. hehe... cantik. tapi sangaaaaaaatttt sejuk. menggigil2 aku. lagi2 bila angin lalu. huhu... sangat cantik kan?




ni nak tunjuk betapa besarnya pokok2 di sini. huhu...



gerek cuba berjogging sebab melihat beberapa local people berjogging. bezanya... mereka memakai short dan singlet. kami pakai sweater baju sejuk pun still rasa tak cukup. haha...



our lunch prepared by Kak Sal; isteri Sir Abdullah. Nasi beriani daging dan fresh salad. different and very nice! just... i tak makan sayur sangat. hehe... nampak tak bunga calla lily favourite aku tu? huhu... masa wedding aku, aku nak jadikan hand bouquet kena tempah seminggu okay! kat rumah Sir, tanam tepi garaj je. haha...








p/s (i) : tengok gambar2 ni... seronoknya pergi oversea. semalam tengok iklan Dingin Lavenda, bestnya dia belajar oversea. Melbourne ke eh? boy... nak ikut youuuuu....


p/s (ii) : aku masih lagi berperasaan macam ni. ohoi... kenapa agaknya...


p/s (iii) : orang BPTV datang kononnya nak berbincang masalah2 yang cikgu2 hadapi. hmmm... tak mungkinlah ada penyelesaian. huhu...






11012012 ~ 4.07pm

meja aku ~ bilik guru-KVK

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com