we were made for each other...

Mrs. Azuan forever

Daisypath Anniversary tickers

we are engaged! ♥

Daisypath Anniversary tickers

since we found L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Mama's Pumpkin

EVERYTHING ABOUT YANNA

My Heart, My Soul, My Family, My Gerek, My Life

Tuesday, January 24, 2012

true ambition

hai2 korang... gerek dah pulang ke melaka. still on the way. last call dia dah sampai ayer hitam. so lagi sejam setengah. hmmm... walaupun sekejap dan dia dah terbiasa drive jauh, aku still rasa risau. yelah, hati isteri mane tak risau kan... hmm... bilalah boleh stay dekat bersama dengan suami kan? kadang2 aku terpikir, disebabkan kerja, kami berjauhan. even cuti sekolah, some couple can be together for the period of time. tapi aku tak jugak. gerek di melaka, aku kat JB rumah family... so, cuti atau tak, sama aje bagi kami. oh kasihan....


okay2, entri kali ni without pictures lah ye sebab aku nak cerita pasal history ambition aku. haha... cita-cita. apa cita2 yang korang tanamkan dalam diri kalian sejak kecil? doktor? askar? pilot? cikgu? engineer? akauntan? semua cita2 yang boleh tercapai dek akal kan? analisis balik pekerjaan korang sekarang (bagi mereka yang telah bekerja). ada pernah terpikir akan jadi perancang bandar? (ni merujuk kepada gerek) ada pernah terpikir nak jadi computer programmer? ada pernah terpikir nak jadi engineer galian atau pegawai perhilitan? ataupun chef dan food engineer (okay, semua pekerjaan ni aku rujuk kawan2 aku ya). tak pernah bukannnnnnnn?

cita-cita aku sejak kecil adalah doktor. cita2 ni aku pegang sampai SPM. aku bengang betul bila mak aku suruh jadi cikgu. macaaaaammmm takde kerja lain nak suruh aku jadi kan?? sebab dari kecik sebok suruh aku jadi doktor. bila aku sebok2 nak jadi doktor, suruh aku jadi cikgu pulak. mane satu ni??? (sambil cakar2 rambut). hehe... okay2, memang dar kecil, aku konon2 yakin aku akan jadi doktor. tapi masalahnya... aku malas sangat membaca buku2 ilmiah. sangat2 malas okay. tapi satu benda aku realise, aku sangat suka menulis. in terms macam cerpen lah. sampai mak aku pernah sound, cita2 nak jadi doktor, tapi suka sangat menulis. ada lah beberapa cerpen dan cervel pernah aku buat. kawan2 aku kata best. tapi tak tahulah... sebab itu adalah karya 8 tahun yang lepas. haha...

so basically, apa yang aku nak sampaikan di sini... (tak mo bebel panjang2...). cita2 kita yang sebenar tu... walau tak jelas, mesti ada sedikit menonjol yang memberi tanda. contoh dalam kes aku. aku setiap hari menegaskan yang aku nak jadi doktor, tapi minat aku pada menulis. orang bahasa kan sepatutnya suka menulis. the same goes with me. akhirnya... aku menjadi guru bahasa. walaupun pada umur 18 tahun ketika aku menukar cita2 untuk menjadi cikgu, aku memilih math. tapi bila jalan kita Allah dah tentukan... akhirnya... aku gagal interviu pendidikan math dan berjaya pendidikan bahasa inggeris.

so, this is me. Nurul Eliyana Bte Mohd Yazed. yang selama 18 tahun menegaskan cita2 sebenar adalah doktor. akhirnya mengakui sendiri minat pada bahasa dan tulisan lebih tinggi. dan Allah telah tentukan jalanku menjadi seorang guru Bahasa Inggeris. Alhamdulillah. inilah jalanku. inilah rezekiku.





p/s (i) : maaf kalau ayat entri kali ni aggak pening. payah nak sampaikan dalam bentuk tulisan.

p/s (ii) : serius lapar tapi badan naik sangat so... kenalah diet. huhu...

p/s (iii) : esok! dating with hapisang!

p/s (iv) : sangat2 teringin nak produce novel. tapi masalah pada kau sekarang ialah... aku sangat tak konsisten dalam menulis. karya terakhir TWICE pun tak siap2. mane entah CD dia aku campak. adoyai!





24012012 ~ 11.23pm
atas katil ~ bilik aku-rumah Impian Emas

0 comments:

 
template by suckmylolly.com. flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com