ha, ni dah memang namanya takde kerja tapi cari kerja. haha... hari ni aku free 1 hari. bukan free actually. aku ada 1 jam kelas petang nanti pukul 3.00-4.00pm tapi disebabkan menggunakan jadual baru, ada kakak sorang ni request kelas aku tu. if not, kelas tu akan tertinggal berbanding kelas lagi satu. aku pulak kelas tu terlebih sejam dek kerana tukar jadual baru, so, okay ajelah. 1 topik dah selesai jugak. nak masuk topik baru nanti esok. huhu...
okay2, hari ni tiba2 terbukak gambar kad kahwin aku yang aku scan untuk letak kat invitation FB. jadi... nak update pasal kad lah. huhu... kedai ni siapa ye recommend? aku pun tak ingat tapi yang pasti memang aku nak buat kat kedai ni lah... maybe makcik aku kat KL kot recommend kan. sebab anak kawan dia buat kad kat sini, cantik, cun and murah. huhu... so... cuti bulan 5 tahun lepas, kami pun memburu kedai ini. terus buat booking and bayar deposit. padahal design semua tak buat lagi. just book sebab dia bagi discount rm50. kira okaylah jimat rm50. huhu... duit jugak tuuuu....
front cover. mula2 amik design dia aje. sekali macam common macam semua orang pun ada kad macam tu... aku dah delete pulak softcopy yang dia bagi. then aku mintak gerek designkan simbol ae. beginilah produk nya... puas hati!
okay, dalam ni aku rasa semua orang sama. haha... nama mak bapak pengantin segala... just tulisan je pilihan2 aku. kadang orang suka tulisan font yang fancy2. aku tak berapa berkenan. aku suka yang skema. haha... sebab certain kad kahwin, sampai susah nak baca nama2 mak bapak dan pengantinnya. ha, lihat kat part belah kanan. tu pilihan ayah aku. nampak macam sama je kan dengan kad2 lain? actually lain sikit... sebabnya... kitorang buat kat dewan, but ayah aku nak insert sekali alamat rumah sebab aku nikah kat rumah. kot2 ada yang nak datang rumah, so itu sebagai guide. dan part 'Turut Mengundang' dan 'Telefon' tu, taruk nama dan nombor telefon terus. selalu orang asingkan kan?
okay, map seperti biasa. aku suruh dia detailkan pun tak boleh jugak. dah macam pening nak pergi dewan aku. huhu... dan, untuk menjimatkan kos, aku dan gerek buat kad sekali. yang belah dia aku tak scan lah... just map je dalam satu page. huhu...
sampul dia aku tak scan pulak. huhu... sampul pun jadi masalah jugak kat kitorang sebab nak design yang kitorang nak. haha... overall, aku puas hati dengan kad kahwin aku ni. sebab semuanya design yang aku suka. kalernya mak aku pilih. aku nak silver grey but orang tu punya silver grey macam tak cantik. tapi kira okaylah gold choc sebab nampak mahal kan? hehe... and... harga sekeping kad aku ini adalah rm0.80. percaya atau tak? discount rm50 lagi... so total part aku rm800 untuk 1000 keping. tapi... ada 1 je masalah dengan kedai LH Creative ni. korang kena sentiasa follow up dengan diorang. if not, lambat lah kad korang siap. huhu... aku punya siap a month before wedding. gile tak gile nak bagi semua orang dalam masa sebulan. huhu...
p/s (i) : kena simpan kad ni elok2. sebagai kenangan. parents aku punya pun aku still simpan. mak jumpa aritu, aku terus simpan dalam album. huhu...
p/s (ii) : i'm wearing all blue today. huhu... first time pakai tudung biru licin ni. bulat abes muka haku!
p/s (iii) : 5S sekolah ni semakin mengarut. arghhh!! tension2!
17012012 ~ 9.55am
meja aku ~ bilik aku-KVK
0 comments:
Post a Comment