hai2 all... aku pagi2 dah bengang ni. aiseymen!! geram dan bengang sungguh. selama ni aku rasa aku terima je kot pasal sekolah ni. sebabnya... tempat rezeki kan, periuk nasi aku kan. tapi lama2 makin mengHARUT! adoyai! rasa macam nak menCARUT! ish2! tahan lidah, tahan lidah... sabar Eli, sabar Yanna, sabar Nurul... gile banyak nama aku. haha... tulah siapa suruh nama panjang sangat. kikiki... thank you Ayah, i love you lah! muahmuah!
okay, nak cerita pasal sekolah dan kolej. kerananya... tahun lepas, sekolah aku adalah sekolah. dan tahun ni sudah dipanggil kolej. kolej rintis vokasional. cewah! cam gempak kan? hampessss! adoyai, baran2! mula2 masa nak tukar kolej rintis, aku okay je. takde rasa apa2. gembira tak, sedih pun tak. haha... tapi bila sudah dilaksanakan, makin banyak pulak benda aku tak puas hati. dan hari ni perubahan yang paling aku tak boleh terima. TAK BOLEHHHH!!
sekolah :
- waktu balik adalah 2.40pm dan 3.15pm. waktu balik paling lewat sepanjang tempoh pengalaman aku mengajar di beberapa buah sekolah. praktikal or guru ganti.
- masa mengajar 20 waktu. dalam 13 jam. tolak waktu praktikal, inilah waktu mengajar paling pendek aku pernah dapat. banyak masa senggang.
- tak boleh keluar dari kawasan sekolah. aku rasa semua sekolah ada polisi macam ni. nak keluar mesti mintak kelulusan dari pihak atasan.
- 5S yang macam................................. (no words to describe)
- warden : tugasan yang takkan habis. habis sekolah pantau budak2 prep, hantar pergi klinik, pantau prep malam, jaga kelakuan budak2, takde couple2, spotcek dan lain2. stres!
- setakat ni je yang aku boleh pikir. kalau ada lagi aku tambah ye!
kolej :
- waktu balik 5pm. gile!! opis hour dah kami. sebenarnya... aku takdelah kisah sangat masa cakap balik 5pm dan jadi kolej. tapi still polisi sekolah. mula2 pengetua cakap lunch hour pun tak boleh keluar dari kawasan sekolah. dah kenapa??!!!
- masa mengajar aku sekarang 14 jam. rasanya still okay tapi yelah, belum masuk ajar form4 lagi. sebab tu rasa okay. hehe... next week start ajar form4.
- still lagi macam sekolah. tak boleh keluar kawasan sekolah. arggghhh!! stress lah aku. if kata kolej, buatlah betul2 macam kolej. kolej kan lecturer datang waktu kelas, then free ikut suka lecturer lah. ni tak. thumb in pukul 8am. then duduklah kat sekolah sampai 5pm. kalau kawasan sekolah ni sebesar UTM, USM, UPM, UiTM... bolehlah nak kawal cikgu2 macam ni. ini kat kawasan sekolah apa ada??? kantin pun macam.................................. (no words to describe). cikgu2 pun pandai ada otak, takkan nak skip kelas kan? as long kerja siap, kelas masuk, cukuplah. apa lagi nak??
- 5S? okay2, benda ni dah setel since dari peringkat sekolah lagi... tapi tiba2 yang bagi aku panas sungguh hari ni ialah... kena reshuffle tempat duduk. semua ikut panel. excuse me, benda tu memanglah benda elok nak tempatkan panel di satu2 tempat. kononnya senang untuk berbincang. tapi................ ish2! aku marah ni. cubalah buat benda ni sebelum 5S hari tu. ini semua dah cantik, nak ubah lagi. aku pulak kena pindah bilik guru sebelah. aku takmo!!! aku suka tempat aku ni! dah cantik2 bilik guru kitorang hias2 kemas2, last2 tak boleh duduk bilik guru ni?? kenapa tak suruh dari sebelum 5S. so boleh kemas hias tempat baru bagi betul2 puas hati. STRESSS!!
- warden pula... adoyai... tak boleh ke BPTV wujudkan jawatan felo untuk kolej? jawatan yang hanya bertugas sebagai felo. ini kamilah guru, kamilah warden. oioioi... kami pun reti penat. dan budak2 ni mane reti nak tengok warden2 dia penat. baru je jejak kami masuk rumah dah ada budak ketuk. benda2 remeh je. kalau penting lain cerita! seriously, balik pukul 5pm adalah satu cabaran bagi warden untuk hidup. macam takde kerja lain. 8-5 sebagai guru. 5 dan seterusnya sebagai warden. ada orang lain pikir? tak ada kannnn!
huhhuhuh! berapi2 rasa hidung ni sambil menaip. panas betul hati aku. kemudian keluar pulak dalam berita, akhbar kata cikgu2 kerja tak cukup masa. oioioi... kalau engkorang tak pernah rasa jadi CIKGU, tolong DIAMkan mulut yang kepoh dan dengki tu! bukannya tahu yang bebanan kerja guru macam mane. pikir sikit ya, mak bapak jaga paling ramai anak pun 10 orang. kitorang dalam 1 kelas 40 orang! perangai masing2 berbeza. ada pikir? aku warden 100 orang kena jaga. cubit sikit dah mak bapak datang serang. kalau anak mendengar kata tu kannn... takkan aku nak cubit? betul atau tak? dan... budak2 masanya lebih di sekolah berbanding di rumah bersama ibubapa yang bekerja ya. pikir-pikirkan...
p/s (i) : stress aku pasal sekolah kononnya kolej ni!
p/s (ii) : hari ni form4 belum perlu di ajar lagi. jadi ada 1jam je mengajar. kena siapkan kerja2 yang tertangguh.
p/s (iii) : okay seriously takde rasa apa2 about what i'm dealing with. gile tepu ye rasa sekarang ni. aku betul2 dah sampai tahap kepala meletup.
11012012 ~ 9.08am
meja guru ~ bilik guru-KVK (konon)
0 comments:
Post a Comment